Persatuan Isteri-Isteri Poligami wajar disokong

34

Julai 20, 2005 oleh aliman


22/10/2002
MENGAPA cadangan peguam syarie Wan Mohd. Nazri Wan Hassan agar ditubuhkan Persatuan Isteri-Isteri Poligami menjadi isu sedangkan ia bertujuan mencari kaedah yang terbaik bagi mengatasi permasalahan yang timbul dalam keluarga yang berpoligami?Ada yang mengatakan bahawa penubuhan persatuan sebegini akan menggalakkan lebih ramai lelaki untuk berpoligami.Atas rasional apakah yang membuatkan beberapa individu membuat kenyataan sedemikian? Hakikatnya persatuan tersebut diwujudkan untuk `membela’ bukannya `menggalakkan’ sesuatu daripada terus berlaku.
Azizah Mohd. Noor, Presiden Penaja Persatuan Isteri-Isteri Poligami berkata, masyarakat harus memahami situasi yang dihadapi oleh isteri-isteri poligami sebelum bertindak menghukum mereka.
Pandangan beliau perlu diberi perhatian kerana idea penubuhan persatuan tersebut adalah dari golongan mereka dari keluarga berpoligami dan pernah merasai pahit manis kehidupan sedemikian. Persatuan itu mahu mengumpulkan mereka bagi sama-sama mendengar dan mencari penyelesaian dalam permasalahan yang dihadapi.
Persatuan sebegini adalah satu usaha musyawarah yang mahu mencegah sesuatu masalah yang bakal timbul. Tidakkah Allah mengingat kita “…dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.” – Al Imran: 159.
Sebagaimana katakan Azizah: “Persatuan ini ialah saluran untuk isteri-isteri poligami yang teraniaya mencari tempat untuk mengadu dan mencari pengadilan untuk masa depan mereka.”
Persatuan ini mungkin boleh bertindak sebagai penyokong kepada institusi-institusi yang sedia ada antaranya ialah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Saya percaya kewujudan persatuan ini setidak-tidaknya mampu meningkatkan kefahaman masyarakat tentang hakikat perkahwinan di dalam Islam berdasarkan firman Allah:
“Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan/kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah. – al-Rum: 21
Oleh itu penubuhan persatuan ini wajar disokong selagi ia membawa kebaikan kepada golongan isteri poligami tidak kira yang pertama atau kedua dan seterusnya, sejajar dengan tuntutan al-Quran dan hadis
About these ads

34 thoughts on “Persatuan Isteri-Isteri Poligami wajar disokong

  1. Sangat wajar di adakan.

    Sepatutnya telah lama di adakan.

    Memang sangat benar kelahirannya bukan untuk menggalakkan tetapi membela, membantu, menolong mana-mana keluarga poligami yang “berlaku penyelewengan” atau “ketidak makmuran” berlaku.

    Biasanya mereka tidak tahu apa nak buat, tidak tahu kepada siapa nak mengadu nasib. Selalunya berakhir dengan menyalahkan hukum poligami sama juga seolah-olah menyalahkan Allah s.w.t.

    Juga boleh di fikirkan bersama mengadakan Persatuan Pologami Malaysia juga. Sama juga niat dan tujuan utama bukan nak menggalakkan tetapi memberi penjelasan dan pendedahan ilmu-ilmu dan hukum-hukum berkaitan denagn poligami agar orang yang benar-benar layak sahaja yang bole amalkan pologami itu.

    Sila rujuk lelaman poligami Indonesia ini – http://www.poligamiindonesia.com/

    Dari Singapura
    Salah saorang pengamal poligami

  2. is3 berkata:

    Sangat wajar dan saya menyokong agar isteri isteri poligami tidak lah kesunyian dan kehilangan punca arah pegangan dan terus dipersalahkan. e-mail saya anisansar@yahoo.com

  3. nor berkata:

    ada perkara yang perlu saya bincangkan. sila email saya. mamapasrah@yahoo.com

  4. watie berkata:

    isteri kedualah yang paling banyak bersabar. tak semuanya berniat merampas sepenuhnya hak isteri pertama

    • Ruby berkata:

      Memang betul …isteri kedua lebih banyak bersabar daripada isteri pertama .. Kebanyakan masyarakat memandang serong dgn isteri kedua , pada hakikatnya isteri kdua lebih byk diabaikan kerana suami ingin menjaga hati isteri pertama .

      • ann berkata:

        saya setuju sangat2…sebab saya sendiri mengalaminya…selalu orang cakap isteri pertama teraniaya…tapi sebenarnya dalam sesetengah hal,isteri kedua lebih banyak memendam rasa dan makan hati dengan sikap isteri pertama dan juga suami…

        saya berharap sangat persatuan ni dapat membantu dan meringan kan beban isteri-isteri tak kisah la yang kedua,ketiga or keempat…tak semua isteri kedua ni jahat…masyarakat terlalu memandang serong terhadap status isteri muda…

    • mas berkata:

      aaaaaaaaakm..sememangnya begitulah nasib isteri kedua yang terlalu menjaga hati dan persaan isteri pertama dan suami.dituduh perampas, pengikis, pompuan jht, n mcm2 lg celaan n hinaan yg terpaksa kita terima.hakikatnya cuma kita sj yg th betapa sengsaranya hidup semata-mata menjaga hati n perasaan org lain.bkn isteri kedua yg perampas, suami yg gatl sebenarnya..sy adalah salah seorg isteri kedua yg terpaksa bersabar n bersabar sehingga akhirnya terpaksa mengambil keputusan untuk bercerai disebabkan terpaksa mengalami bermacm2 situasi dlm hidup bermadu..bila nak bercerai, suami xnk lepaskan sedgkan tanggungjwb langsg tak ditunaikan..apa erti semua ni?nk bercerai pun masalh jgk, suami x hdir mahkamh walaupun dah 4 kali perbicaraan ditunda.Akhir sekali, alhmdllah,walaupun aku terpaksa berkorban wang ringgit, masa n tenaga,akhirnya sudah 3 thn aku tenang setenangnya menjadi janda dalam usia 25 tahun..sehingga sekarang mash tkt untk mencari pengganti kerana takut pisang berbuah dua kali..kepada insan2 yang berniat untk menjadi isteri kedua, ke3, ke4 jadikanlah kisahku ini sebagai iktibar sblm membuat keputusan.Semoga kalian tidak tersalah pilih.aaaamiiinn..

    • mas berkata:

      Betul watie n ruby, hanya orang yg merasai n mengalaminya shj th kedudukan sebenar.Kepada isteri pertama, cuba-cubalah jgn salahkan kami yg terpedaya dan tertipu dgn pujukan sang suami ni..kami manusia biasa

      • sue mohd berkata:

        ya betul mas.Sya merupakan is3 kedua.Kita ni tertipu dgn cakap suami.mcm2 bentuk hinaan yg sya terima drpd isteri tua…seolah2 sya seorang saja yang salah.Kepada perempuan diluar sana…jadikanlah cerita kami sbg panduan.Tidak ada seronoknya bermadu.Mula2 mg suami ok tetapi lama2 semuanya akan berubah.sakitnya hanya allah saja yg maha tahu.Kini hanya sabar saja yg menentukan segalanya………..

  5. mila berkata:

    Salam,

    Memang wujud ke persatuan ini. Saya mahu menjadi ahli kerana saya juga isteri kedua yang banyk bersabar..bersabar..dan bersabar… Saya ingin berbincang dan meluahkan perasaan….

  6. aida berkata:

    Salam…
    Saya juga isteri kedua..Saya pun png di maki caci dan di tuduh mcm2 oleh isteri pertama..tp saya sabar je..semua isteri pertama kena tahu kenapa suami mereka kwin lagi..jodoh pertemuan di tgn Tuhan..jgn le slalu salahkan isteri kedua ketiga atau keempat pun…slalunya isteri kedua yg lebih byk berkorban..

  7. Apakah telah tertubuh Persatuan Poligami Malaysia ? Sila khabarkan kpd saya samada telah tertubuh atau belum. Terima kasih;

    Di sini saya ingin cadangkan dalam Persatuan Poligami malaysia di adakan Bahagian Isteri Pertama, Bahagian Isteri Kedua dan seterus nya. Setiap para isteri dapat berkomunikasi dan berkongsia suka duka, nangis ketawa dan bahagia derita sesama ahli. Di adakan CERAMAH DWI-MINGGUAN oleh Asatizah. Tambahkan ilmu dan maklumat tentang POLIGAMI. Perbetulkan NIAT, MATLAMAT dan TUJUAN Poligami. Perbetulkan atitude diri masing-masing.Mungkin dapat tubuhkan CAWANGAN ke Singapura, Indonesia, Brunai, Thailand dan lain-lain negara dari masa ke masa.

    Sila terterakan email saya agar dapat mudah menghubungi saya atau di hubungi.

    Salah Saorang Pengamal POligami
    Singapura

    Terima kasih
    Semuga berMANFA’AT
    Amiin

  8. ella berkata:

    salam, seandai ada persatuan ini saya sokong 2000% kerana saya isteri pertama yg teraniaya dgan suami dan isteri kedua yng x sedar diri rasa die lah mcm mem besar…………..hidup saya dengan anak2 seramai 6 org teraniaya.Habis semua duit suami saya di control sedangkan masa suami hidup susah makan x makan dengan saya tp bile senang die lupe daratan

  9. sue berkata:

    yup..mg isteri kedua banyak bersabar.kami dituduh perampas,prmpn jahat dan mcm2 lg sdgkan suami terlepas drpd semua tuduhan.bukan kami yg merampas n lafaz akad nikah.sya merupakan isteri kedua dan mg dahsyat pengalaman berpoligami ni.hanya yg berada dlm situasi ni saja yg faham.Kena redha hingga ke akhirnya wlpn “payah”.allah je yg tahu mcmna sakitnya sya rasa..tapi apa yg mampu sya buat??sabar jelah…………hingga bila,hanya Allah je tempat mengadu.

    • Abdul berkata:

      salam untuk semua isteri2 yg bermadu atau dimadu, saya ada petua yg mana istri yg bermadu atau dimadu berbaik sesama mereka, petua ini saya amat mujarap, sila hubungi saya untuk keterangan lanjut..

  10. eila berkata:

    salam… rupanya ramai senasib ngan saya… saya isteri kedua.. mnjadi org kedua tak seronak mane pon.. saya selalu memendam perasaan.. dimaki, dihamun dikata bermacam2 ole isteri pertama.. pernah dilempang.. yg kecewa sgt suami xpernah nk bela.. alasan taknk keruhkan lg keadaan.. hidup saya tertekan.. setiap perbuatan saya diintip.. kadang2 saya terpk.. saya hanya tmpt dia mlepaskan tension ngan isteri dia sahaja…. hanya saya saje yg nk jage hati diaorang.. tp diaorg xpernah nk jaga hati saya… sebabnya hanyala saya isteri kedua… saya pujuk hati saya kembali.. saya hanya mahu redha ALLAH.. saya akn teruskan slagi terdaya…

  11. aina farhana berkata:

    saya pon second wife ,baru jea lepas balik dari oversea beramai2,dgn madu dan anak2,tido hotel sy tido dgn madu husband tido dgn anak2,nanti cite lg eh kisah die panjang bole share same2.

  12. zaza berkata:

    mmg isteri ke2 byk memendam rasa, sy adalah is3 ke2 yg trpksa bekerja utk sara diri n anak2 sdgkan is3 pertama hnya d umah mnjaga anak tp ttp hdup mewah..suami bg sgalanya utk is3 pertama spt keta mewah,umah banglo n duit bulan2 tp sya trpksa tggl d umh teres yg d sewa, trpksa mmbuat pnjaman bank utk memiliki keta n trpksa bkerja utk mkn..

  13. zaitun berkata:

    assalam…saya merupakan is3 ke2 yg sudah 12thn bersama nya..tp masih yg menjadi tanda tanya apakah mereka yg bermadu ini tidak memahami kehendak dan suratan yg allah swt tulis kan pd kita…saya sering di banding2 kan dgn is3 p1 dan saya juga sering mengalah dgn apa shj kemahuan is3 p1 dia mahu kan…sehingga ke hari ini…masih lagi ada masalah yg seperti tiada kesudahan…malu pd org yg mengata itu ini..tp mereka tidak tahu yg is3 kedua lebih teraniaya dr yg p1…kedudukan nya harta sepencarian nya hak ank2 yg menjadi berat sebelah…terlebih tersiksa nya apa bila menjadi is3 k2 kepada anggota kerajaan mahu pun pd peneroka…kenapa ada perbezaan yg amat ketara pd kaum hawa yg menjadi is3 k2? hak mereka di nafi kan..hak ank2 pun begitu…dan kenapa mereka masih terus mahu kan is3 k2 itu sedang kan mereka tahu yg mrka tidak mampu beri kan seperti mana mereka beri kan pd ank2 dan is3 p1….bingung untuk tahu kesudahan…saya sudah 12thun hidup dlm tertekan…tertekan dgn mdu..anak2 tiri..suami yg tak mampu pertahan kan hak kami…hanya meyuruh kmi bersabar…sabar yg tiada kesudahan nya…………

  14. mazni berkata:

    wanita yang ingin menjadi isteri kedua sepatutnya awal-awal lagi sudah bersedia dengan perkara yang mendatang. saya mengambil pengalaman ayah angkat saya yang beristeri dua. isteri kedua pada awalnya kata “Tak apa, saya faham keadaan awak. saya anggup hadapi apa saja” Tapi lepas kawin, merungut tak berhenti. langsung tak mahu mengalah dengan isteri pertama yang punya anak tiga orang. Bila giliran isteri 1, ada je sakit la, org masuk rumah la, nak tarik perhatian suami. sekarang, ayah angkat saya dah pening. yg plg sedih, saya terbaca dairi anak perempuan dia dari isteri pertama. sedih sangat. baru saya tahu, anak sudah kurang kasih sayang sebab mak bapak asik fikir pasal kerenah pasangan masing-masing. so, kalau ada persatuan poligami, saya harap ada juga bahagian untuk anak-anak mangsa poligami. jangan ingat mak bapak je ada masalah, anan-anak lagi sengsara.

  15. istri muda TNI AD berkata:

    Saya setuju,,,selama ini istri muda hanya dianggp perusak rumah tangga seseorang,,padahal tidak seorang pun wanita ingn dijadikan yg ke 2 ,,namun apabila allah telah berkehendak kita pun tidak bisa menolak takdir tersebut,,,suka duka yg sy rasakan selama ini sangt banyak,,apa lagi suami q hanya seorg anggota TNI AD bnyk hal yg harus sy terima dri ketidk adilan waktu sampi kebutuhan sehari”,apa lagi baru” ni suami ketahuan ada wanita lain lg slain sy,,sakit rasanya apabila dtanya dia hanya marah. .bagaimanapun kita sama” wanita baik yg menjadi istri pertama atau kedua pasti perasaan kita sama tak ingin dimadu namun apabila allah sudah berkenan apapun bisa terjadi semoga dg adanya persatuan ini kita bisa .saling share sehingga munguragi beban mental sebagai istri muda wslm

    • qaseh berkata:

      Saya juga isteri kedua. Alhamdulillah abg bijak mengadili segalanya. Kakak pula redha dengan kehendakNya walaupun pada mulanya membangkang keras.

      Sebagai manusia.. jgn mengeluh dan jgn berputus asa. Percayalah apapun perkara baik yang kita buat pasti ada ganjarannya. Jgn penat untuk mencurahkan kasih sayang x kira kepada sesiapa sahaja..

      Semoga kita semua mendapat keredhaannya. Amin

      • Abdul berkata:

        salam untuk semua isteri2 yg bermadu atau dimadu, saya ada petua yg mana istri yg bermadu atau dimadu berbaik sesama mereka, petua ini saya amat mujarap, sila hubungi saya untuk keterangan lanjut..

    • Abdul berkata:

      salam untuk semua isteri2 yg bermadu atau dimadu, saya ada petua yg mana istri yg bermadu atau dimadu berbaik sesama mereka, petua ini saya amat mujarap, sila hubungi saya untuk keterangan lanjut..

  16. syah berkata:

    Askm semua, dengan nama Allah swt dan Junjungan saw, marilah kita bersatu dan bergerak bersama dengan segera didalam merialisasikan penubuhan persatuan ini demi kebahagiaan dan ketenangan bersama sebagai umat Islam. Hubungi saya di email: tamelayuhilangdidunia@gmail.com atau call/sms di talian hp no.:016 8931500….

  17. fauzira berkata:

    As salm…saye juga merupakan is3 kedua….pada mulanya memng mendapt tentangan yg hebat dri pihak isteri pertama dn mertua…namun kerna sygkn hubby saye telan pahit ini perlahan2..alhamdullh berkat kesabaran akhirnya mertua menerima saya seadanya…tp madu saye masih membenci….hinggalah satu pagi di hari raya….saye diketemukn dgn madu, dan akhirnya madu menerima saya dgn syarat jgn bgtau sesiapa diluar atau menguploads pic hubby langsung…kiranya even dh berkawin tp x boleh bgtau sape hubby saya kerna takut memalukan family madu,,,terasa sedih n pelik,,,yela x kan saya nk bgtau kt laman sosial saya bermadu…lg satu saya sendri x mgenali madu langsung, so bgmana nk bgtau leh malukan family dia… bukan niat nk merampas takhta tp hanya berkongsi….so saye hanya nak tau apekah sebenarnya hak bg isteri kedua ni klu sumer x boleh….:(

  18. Hello! I’ve been reading your website for a long time now and finally got the bravery
    to go ahead and give you a shout out from Huffman Tx!
    Just wanted to say keep up the good work!

  19. konsultan seo berkata:

    I do not even understand how I stopped up right here, but I believed this publish was great.

    I don’t recognize who you might be but certainly you are going to a famous blogger if you aren’t already.
    Cheers!

  20. fantastic points altogether, you simply won a new reader.
    What would you recommend in regards to your put up that you simply made
    a few days ago? Any sure?

  21. Jarred berkata:

    Hi there, i read your blog occasionally and i own a similar
    one and i was just wondering if you get a lot of spam remarks?

    If so how do you prevent it, any plugin or anything you can suggest?
    I get so much lately it’s driving me mad so any assistance is very much appreciated.

  22. Corinne berkata:

    Magnificent site. Plenty of useful info here.
    I’m sending it to some friends ans also sharing in delicious.

    And certainly, thanks on your effort!

  23. First of all I want to say excellent blog! I had a quick question that I’d like to ask
    if you don’t mind. I was interested to know how
    you center yourself and clear your mind before writing.

    I have had a difficult time clearing my mind in getting my ideas out there.

    I do enjoy writing but it just seems like the first 10 to 15 minutes tend to be wasted
    simply just trying to figure out how to begin. Any suggestions or hints?
    Cheers!

  24. Now I am ready to do my breakfast, after having my breakfast
    coming again to read additional news.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 330,804 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: