Sepakat membawa berkat

2

Jun 14, 2006 oleh aliman


Sepakat membawa berkat

Kategori lelaki aneh
RAHIM Zainal Abidin dan isterinya, Kamaliah Abdul Halim.

MELIHAT kemesraan pasangan Ir. Rahim Zainal Abidin, 49, dan Kamaliah Abdul Halim, 46, ia jelas menggambarkan keintiman kedua-duanya. Bukan hanya dalam melayari bahtera rumah tangga yang dibina selama lebih 20 tahun, tetapi juga seiring mengukuhkan empayar perniagaan kosmetik mereka, RZac Holdings.

Kesungguhan pasangan ini membina empayar perniagaan bukan sahaja dibuktikan dengan kemampuan memiliki bangunan sendiri di Jalan Todak, Seberang Jaya, Pulau Pinang bahkan juga pembinaan kilang pengeluaran produk bertaraf Amalan Pengilangan Baik (GMP) pada penghujung tahun lalu di Kawasan Perindustrian Ringan, Prai.

Jika sebelum ini Rahim hanya bertindak sebagai ‘orang di belakang tabir’ memberi nasihat dan dorongan kepada isteri tersayang, kini beliau sendiri turun padang dengan memberi fokus kepada bahagian kewangan.

Jika disingkap kelulusan dan pengalaman, ia terlalu jauh berbeza dengan apa yang mereka lakukan ketika ini.

Rahim yang merupakan seorang jurutera profesional sebelum ini mengambil keputusan bersara awal pada usia 40 tahun dengan jawatan terakhirnya sebagai Penolong Pengarah Jalan Jabatan Kerja Raya, Pulau Pinang.

Dalam tempoh dua tahun lalu, beliau nekad menumpukan sepenuh perhatian membantu Kamaliah atau mesra dengan panggilan Kay menguruskan perniagaan dalam bidang kecantikan.

Keputusan tersebut diambil apabila mereka berasakan perniagaan tersebut semakin menampakkan peningkatan memberansangkan.

“Ketika itu saya berasakan penglibatan saya diperlukan. Tanggungjawab saya lebih kepada memikirkan formula harga, sama ada untuk pengedar dan pengguna, agar formula yang digunakan dapat memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak.

“Pada masa yang sama saya turut merancang strategi bagaimana mahu memperbaiki mutu produk, mempelbagai dan memperluaskan lagi perniagaan,’’ ujarnya.

Kata Rahim, jika dahulu beliau dikenali sebagai perunding jurutera dalam bidang kejuruteraan, kini beliau menjadi jurutera kosmetik.

Ditanya tidakkah terasa janggal apabila kaum lelaki sepertinya menceburi bidang yang dimonopoli wanita, dalam nada bersahaja tetapi penuh bermakna Rahim berkata, “Pada awalnya saya terasa janggal juga. Tetapi saya tidak melihat ia sebagai alasan untuk saya berpaling.’’

Kosmetik

Untuk satu tempoh yang agak singkat, kata Rahim, jika sebelum ini bidang tersebut menjadi kerjaya sambilan, kini ia sebaliknya menjadi kerjaya sepenuh masanya. Lebih menarik, kakitangannya juga bertukar ke bidang kosmetik.

Menurut Rahim, setelah melibatkan diri secara terus dalam perniagaan itu, manisnya begitu terasa kerana ia dilakukan bersama isterinya.

“Kami biasanya ke tempat kerja bersama-sama kerana kami bukan sahaja menjadikan bangunan itu sebagai pusat kecantikan, spa dan ruang pameran produk tetapi juga ruang pejabat,’’ ujarnya yang mengakui lebih selesa berbincang tentang strategi pemasaran dan pengeluaran produk-produk baru bersama isteri pada waktu malam.

“Kata orang, sepakat membawa berkat. Itulah yang kami lakukan dalam setiap keputusan yang akan diambil. Pendapat antara satu sama lain diambil kira sebelum mencapai kata putus,’’ tambah Rahim.

Sambil mengakui bahawa jadual kerja mereka tidak menentu, Rahim dan isteri seboleh-bolehnya mencari ruang dan masa berkualiti untuk dihabiskan bersama anak-anak.

Sebagai suami, secara jujur beliau mengakui amat bangga dengan pencapaian isterinya itu yang bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga demi keluarga dan anak-anak.

Pada masa yang sama, kata Rahim, apa yang dicapai juga dapat membantu kaum wanita lain yang melibatkan diri dalam industri ini.

Kay sendiri yang sentiasa memanjatkan kesyukuran kepada Allah Taala dengan apa yang dicapainya mengakui, sokongan suami banyak mempengaruhi kejayaannya hari ini.

Rahim, kata Kay, bukan sahaja menyokong segala apa yang dilakukan selama ini tetapi juga membentuk dirinya menjadi individu berani dan cekal.

“Saya sendiri pada awalnya takut-takut untuk menceburi bidang ini. Namun atas sokongan dan dorongan suami, saya akhirnya berjaya mencipta nama dalam industri ini,’’ ujarnya yang dikenali sebagai usahawan bumiputera yang gigih berusaha.

Kata Kay, bisnesnya pada awalnya bermula dengan jenama luar negara. Atas cadangan suami jugalah beliau mencipta jenama sendiri. Kepercayaan yang diberi juga membuatkan beliau yakin menghasilkan produk sendiri.

Menjadikan kepercayaan sebagai inti pati kepada kebahagiaan berumah tangga, Kay mengakui elemen itu mempengaruhi kehidupan mereka sekeluarga.

“Saling mempercayai antara satu sama lain amat penting. Jika ia musnah, secara tidak langsung ia akan membunuh kebahagiaan yang dimiliki. Bagi saya hidup berumah tangga memerlukan komitmen yang tinggi dalam banyak perkara dan komunikasi dalam setiap perkara adalah perlu bagi mencapai pelbagai keputusan untuk kebaikan bersama,’’ ujarnya yang mengakui tidak pernah meletakkan kesibukan diri sebagai penghalang dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

“Sentiasalah bertanya mengenai keperluannya dan ini amat membantu. Dengan cara ini, pasangan berasa dirinya dihormati dan selamat kerana mengetahui bahawa kita sentiasa berusaha mengambil berat keperluannya,’’ ujarnya yang berkongsi pengalaman membina keharmonian hidup bersuami isteri.

Tambah Kay, penglibatan suami secara sepenuh masa lebih memudahkan beliau jika ada sebarang urusan di luar. Jika sebelum ini beliau sering bersendirian ketika menghadiri seminar atau meninjau produk-produk baru di pasaran, kini beliau tidak lagi sendirian.

Bagi pasangan yang dikurniakan empat cahaya mata iaitu Norhezreen, 23, yang menuntut di Universiti Liverpool, Mohd. Heezman, 20, menuntut dalam bidang kejuruteraan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohamad Hezmeen, 17, penuntut bidang Perakaunan di UiTM dan Mohamad Hezwan, 14, pelajar tingkatan empat, harapan tinggi Rahim dan Kay sentiasa menggunung terhadap anak-anak.

Selain menjadi manusia berguna kepada agama, bangsa dan negara, pasangan ini turut berharap agar satu hari nanti anak-anaklah yang akan mewarisi perniagaan yang telah mereka bina.

About these ads

2 thoughts on “Sepakat membawa berkat

  1. Fiq Life berkata:

    owhhh ade kisah nye erk! saya teringin jadi macam RAHIM Zainal Abidin, mesti banyak dugaan untuk jadi seperti encik!

  2. nor atiqah berkata:

    apa mksud hidup sepakat membawa berkat???

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 327,685 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: