Siapa yang mati kerana membaiki enjin kereta Proton

4

April 27, 2008 oleh aliman


Tidak ada sesiapa yang mati di sini, praktikal menggantikan penapis minyak.

Sesi teori
Enjin yang dikeluarkan bagi tujuan pembelajaran
“Kamu mahu ke mana?” tanya seorang rakan.

“Mahu ke Kolej Komuniti Bukit Beruang, ada kursus di sana,” jawab saya.

“Kamu beri ceramah penulisankah?”

“Tidak”

“Jika tidak mengapa ke sana?”

“Saya mahu ambil kursus. Kursus asas penyelenggaraan kenderaan.”

Rakan saya ketawa. Begitu juga sahabat seorang lagi. Saya juga turut ketawa, masing-masing yang berada di pantai Klebang pada malam itu menoleh ke arah kami. Semua ketawa.

Dua orang rakan saya melarikan diri dari rumah sementara waktu. Kata mereka, mahu melarikan diri daripada Akademi Fantasia. Gerai-gerai makan di pantai Klebang pada malam itu juga menyiarkan rancangan realiti itu. Masing-masing terperangkap dalam keadaan.

Esoknya, saya bersama abang pergi ke Kolej Komuniti Bukit Beruang. Saya berkemungkinan sudah teruja benar hendak menghadiri kursus seperti ini. Pengetahuan terhadap kenderaan jika mempunyai ujian, pasti saya merupakan pelajar yang berada di paras yang mendukacitakan.

“Muka awak seperti biasa saya lihat tetapi saya tidak pasti di mana,” kata pegawai Kolej Komuniti, Tuan Zulaili.

Saya diam.

Sejak saya mengetahui aktiviti di kolej komuniti, dapatlah dikata bahawa saya jatuh cinta dengan sistem pendidikan terbuka yang diketengahkan. Melalui moto pembelajaran sepanjang hayat, kami diberi peluang mempelajari apa sahaja kursus yang ingin dianjurkan. Isi sahaja borang, kemudian pihak kolej komuniti akan mencari tenaga pengajar yang sesuai. Saya dapat katakan, ini juga kelas-kelas yang berasaskan kemahiran hidup yang disediakan pada hujung minggu.

Latihan praktikal mengikut senarai semak yang diberikan.

Letak tayar di bawah kereta ketika menggantikan tayar pancit, jika penahan tidak berfungsi dengan baik, tayar akan mengurangkan kerosakan kereta yang terhentak. Pada masa sama menjaga diri daripada tercedera, khususnya tangan
Kakitangan hospital Melaka, Ahmad Rizal mempraktikkan semula ajaran Tuan Zulaili (kanan)
Pengajaran di bawah kereta peserta bernama Soraj.

Kami didedahkan kepada perkara asas penjagaan kereta. Ia diajar oleh dua orang pegawai iaitu Tuan Zulaili Ismail dan Tuan Azharudin Ahmad. Pada waktu pagi kami diajar secara teoritikal dan pada tengah hari sehingga petang diajar secara praktikal.

Istilah buta IT memang sudah biasa didengari. Bagaimana pula dengan buta enjin?

Minggu lalu, mereka mengajar sekumpulan wanita mengenai penjagaan kenderaan sebagaimana didedahkan dalam manual kenderaan, pendapat pakar dan tip-tip mekanik.

Masing-masing berpuas hati dengan kelas yang dianjurkan pada hari itu. Minggu hadapan pula kelas menyelenggara penghawa dingin kereta dan overhaul atau baikpulih kenderaan secara keseluruhan.

Matlamat mereka yang datang belajar hari ini bukan mahu menjadi pakar membaiki enjin, sekurang-kurangnya apabila berhadapan dengan mekanik, mudahlah kita tahu apa yang dikatakan dan tidak menjadi pemandu buta kereta. Itu sudut pandang mereka. Masaing-masing saling mengiyakan. Termasuklah saya yang baru mahu celik sedikit.

Tip yang diajar oleh pegawai-pegawai yang dipanggil cikgu, “Ambil tahu istilah-istilah ini. Kelak, mekanik tidak mudah memperbodohkan kamu apabila dia mendengar kamu sebut istilah-istilah tertentu mengenai enjin.”

“Kamu penulis, tulis,” kata peserta bernama Ahmad Rizal.

“Kamu penulis, tulis,” kata peserta bernama Ahmad Rizal lagi.

“Kamu penulis, tulis,” kata peserta bernama Ahmad Rizal sekali lagi.

Usikan tidak berhenti, setiap kali pegawai berhenti menerangkan sesuatu, kata-kata itu diseru kepada saya. Kami sekali sekala ketawa. Hilang stress belajar perkara teknikal ini.

Tamat kursus, masing-masing tidak sabar menunggu kursus seterusnya.

“Mana-mana lelaki di sini mahu belajar cara membuat kuih donat, mendaftarlah dan belajar,” kata Tuan Zulaili.

Dalam ketawa kami mengangguk, ilmu yang sama penting seperti ilmu menyelenggara enjin. Bukankah itu juga ilmu untuk survival?

 

Buku ini tidak dijual di mana-mana kedai buku melainkan secara online. Dapatkan buku terlaris sementara stok masih ada. Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku boleh didapati di sini. Klik untuk membeli.

 

 

zamri_k.jpg

 

ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis bebas, blogger, jurulatih penulis bebas. Beliau menghasilkan buku-buku perhubungan, karier dan cinta. Buku-buku beliau kini berada di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Pembaca blog ini boleh memilikinya pada harga diskaun dan penghantaran ke rumah melalui pembelian online. Klik dan dapatkan hari ini.

 

 

About these ads

4 thoughts on “Siapa yang mati kerana membaiki enjin kereta Proton

  1. hamizah berkata:

    menariknya topic ni,kalau ingin sertai kursus sebegini macamana?baru2 ni saya membeli sebuah kereta wira secondhand.bila kereta yg dah berumur 12 tahun,mestilah penyelenggaraannya kena lebih sikit.teapi suami saya langsung tak mahu mempelajari perkara asas membaiki kereta(sebelum ini pakai kereta baru)semua diserah bulat2 pada mekanik.ada ida tak macamana caranya nak menggalakkan suami menyertai kursus sebegini atau sekurang kurang nya ambil tahu sedikit tentang baik pulih kerosakan kereta.

  2. junain bin kiman berkata:

    bleh d terima,tetapi,jika d tingkat kat kan lagi adalah lebih baik…

  3. mohd adib berkata:

    tuan kereta yang mati sebab kena bayar bil…

  4. Addy Baling berkata:

    tuan kereta yang mati sebab kena bayar bil..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 317,584 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: