Orang Cina diberi peluang belajar bisnes Mamak
Mei 17, 2008
Restoran India Muslim juga memberi peluang kepada bisnes-bisnes lain beroperasi di kawasan sekitar premis. Pelanggan melihat restoran India Muslim sebagai bisnes mesra perniagaan lain. Ada premis yang tidak mengecaj apa-apa kadar sewa.
Selagi mana bisnes itu bukan bisnes yang serupa dengan apa yang ditawarkan oleh restoran India Muslim, selagi itu bisnes alternatif akan beroperasi.
Ini melibatkan bisnes bersifat mobil (bergerak) seperti perniagaan burger jalanan, perniagaan baju, pakaian dan kasut secara longgok (bundle), penjual bunga, pengedar kad tambah nilai telefon dan penjual telefon.
Kesempatan ini juga digunakan oleh penjual cakera video filem dan muzik.
Pelanggan-pelanggan perniagaan sekitar ini secara langsung memberi peluang kepada peniaga India Muslim menarik pelanggan-pelanggan bisnes sekitar ke premis mereka.
Petikan Kosmo 15 Mei 2008
Praktikal di kedai mamak
Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIEnanhidayat.nanazmie@kosmo.com.my
JOHOR BAHRU – Menjalani latihan praktikal di kedai mamak?
Mungkin ramai pelajar yang tidak berminat namun bagi Low Heng Huat, 23, peluang menjalani latihan praktikal di Restoran Al-Mashur Cawangan Serampang, di sini selama dua bulan diibaratkan ‘bagai bulan jatuh ke riba’.
Heng Huat, penuntut semester enam Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai ini berkata, dia begitu teruja untuk menjalani latihan praktikal di restoran berkenaan meskipun majoriti rakan-rakannya lebih banyak menjalani latihan di restoran-restoran eksklusif dan hotel-hotel mewah.
Ini kerana menurutnya, pengalaman yang diperolehi sepanjang menjalani latihan berkenaan begitu istimewa dan sukar diperolehi di tempat-tempat lain.
“Bukan senang untuk belajar menebar roti canai sebenarnya, selain berhadapan dengan pelanggan pelbagai kaum.”Saya telah lama tertarik dan simpan hasrat untuk bekerja di kedai mamak, dan peluang ini tak akan saya lepaskan dan pada saya ia bagaikan ‘bulan jatuh ke riba’,” ujarnya kepada Kosmo!.
Menurut Heng Huat, dia tidak berasa janggal meskipun merupakan satu-satunya pekerja berbangsa Cina di restoran berkenaan kerana ramai ’senior’ yang baik hati serta banyak membantunya.
Heng Huat telah memulakan latihan di restoran berkenaan sejak awal bulan lalu sehingga 28 Jun depan dan dipantau oleh penyelia restoran berkenaan, Jamaludin Ibrahim.
Dalam pada itu, Jamaludin ketika ditemui berkata, Heng Huat yang merupakan pelajar pertama diambil pihaknya menjalani latihan praktikal dilihat begitu berdedikasi, mudah memahami arahan serta rajin.
“Saya harap Heng Huat akan mendapat penilaian yang baik dalam latihan praktikal ini bagi membantunya mendapatkan segulung ijazah,” ujarnya.
Kuantiti terhad dan sedang kehabisan di pasaran. Segera miliki Rahsia Bisnes Mamak hari ini sementara stok masih ada. Buku top 30 di Alamanda Putrajaya. Klik di sini

ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis bebas, blogger, jurulatih penulis bebas. Beliau menghasilkan buku-buku perhubungan, karier dan cinta. Buku-buku beliau kini berada di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Pembaca blog ini boleh memilikinya pada harga diskaun dan penghantaran ke rumah melalui pembelian online. Klik dan dapatkan hari ini
Filed in Ada-ada sahaja, Belajar Tip-tip Bisnes, Bestseller
Tags: Ann Wan Seng, barkath, berita harian, Bestseller, bisnes, Bisnes Keluarga, bisnes mamak, borders, buku, buku bestseller, buku online, buku pilihan, buku terlaris, cawangan baru, duit, e-kedai, faisal sharbudin, habib jewel, harian metro, india, jiwa rasa, jiwarasa, jutawan, kandar, kedai, kekayaan, kinokuniya, kosmo, malaysia, mamak, mandrem, masalah, mph, muslim, mydin, Norela Zubir, pelita samudera, peniaga, perniagaan, pesta buku antarabangsa kuala lumpu, popular, rahsia bisnes, Rahsia Bisnes Mamak, Rahsia Bisnes Orang Cina, restoran mamak, ted mahsun, teh tarik, terlaris, times, ulasan buku, usahawan, Usahawan tempatan memilih Rahsia Bisnes Mamak, utusan malaysia, wang, zamri mohamad





November 4, 2008 at 9:35 am
Terima kasih atas infonya….