Pertama, jumlah judul dalam bahasa Melayu bertambah dan ruang pameran yang diberikan juga ditambah. Buku Rahsia Bisnes Mamak membuat penampilan sulungnya di Popular Bookfest pada tahun ini.
Rangkaian kedai buku milik perniagaan berbangsa Cina mempunyai sikap optimis terhadap buku-buku dalam bahasa Melayu kesan daripada permintaan dan jumlah jualan yang bertambah tahun ke tahun. Sayang sekali, perkara ini tidak didedahkan secara positif dalam ulasan hos-hos di kaca televisyen.
Kedua, promosi buku-buku Melayu dan para penulis mengalami perubahan drastik. Kain rentang atau banner gergasi yang digantung pada dinding dan siling bangunan mempamerkan buku-buku dalam bahasa Melayu.
Ketiga, terdapat dua pentas berbanding satu pada tahun lalu. Pentas kedua merupakan pentas aktiviti dan pentas utama adalah bagi acara-acara besar.
Keempat, secara kasar jumlah pengunjung berbangsa Melayu bertambah dan banyak berkumpul di seksyen buku Bahasa Melayu. Ini menunjukkan sikap postitif terhadap penganjuran pesta buku dan dunia membaca.
Semestinya kehadiran media pada hari itu memberi fokus kepada isu kemasukkan Ezam ke dalam parti UMNO. Pada ucapan yang disampaikan oleh Tun, beliau mengambil peluang menafikan pengedaran surat menyurat kepada Israel dan dianggap sebagai jenaka pihak tertentu.
“Saya mahu ia diterbitkan, tunggulah,” kata Tun.


ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis bebas, blogger, jurulatih penulis bebas. Beliau menghasilkan buku-buku perhubungan, karier dan cinta. Buku-buku beliau kini berada di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Pembaca blog ini boleh memilikinya pada harga diskaun dan penghantaran ke rumah melalui pembelian online. Klik dan dapatkan hari ini




