Beberapa pengubahsuaian laman web rasmi Zamri Mohamad dilakukan bagi kemudahan pengunjung.

Kali ini pautan bagi pengunjung yang terdiri daripada pekedai buku dan pengedar buku diwujudkan bagi mereka mudah menghubungi wakil penerbit PTS Publication.

Buku tulisan Tuan Nazrul Samsudin, Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku juga disenaraikan bersama bagi kemudahan jualan online. Beberapa maklumat terbaru dan perubahan dibuat.

Bendera Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei diletakkan bagi memaklumkan bahawa buku ini menggunakan bahasa Melayu tinggi yang sesuai dengan tutur bahasa serumpun.

Ia juga menjadi matlamat penulis untuk memasuki semua bahagian negara Asia Tenggara khususnya Indonesia dan Singapura.

Moga-moga para pengunjung berpuas hati dan selesa dengan paparan baru laman web http://www.zamrimohamad.com/

zamri_k.jpg

 ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis bebas, blogger, jurulatih penulis bebas. Beliau menghasilkan buku-buku perhubungan, karier dan cinta. Buku-buku beliau kini berada di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Pembaca blog ini boleh memilikinya pada harga diskaun dan penghantaran ke rumah melalui pembelian online. Klik dan dapatkan hari ini

Leave a Reply