Ingin terbit buku sendiri? Klik di sini.
Baca temuramah 8 ikon jutawan Malaysia oleh Irfan Khairi. Klik di sini
Urus Konflik Gaya Streetsmart pada peringkat akhir
Ogos 10, 2008

Kenapa saya berdiam daripada tidak menulis apa-apa entri beberapa minggu lalu. Kerana saya dalam tempoh fokus menyiapkan manuskrip terbaru yang menuntut janjinya. Insya Allah ia akan diserahkan kepada penerbit. Sekuel kepada Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart iaitu Mengurus Konflik Gaya Streetsmart. Lebih banyak cerita di sebalik kejayaan orang biasa mengurus konflik dengan cara tersendiri. Insya Allah, diterbitkan pada 2008 ini.
Gambar di atas adalah contoh kaedah KJ Metod (Card & Storyline) yang saya gunakan sepanjang proses penulisan ini. Perisian percuma yang saya gunakan dan letakkan di desktop ialah Sticky Notes. Setiap kali ada idea baru, saya catatkan terus pada nota tersebut. Ada yang digunakan dan ada yang tidak.

ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis bebas, blogger, jurulatih penulis bebas. Beliau menghasilkan buku-buku perhubungan, karier dan cinta. Buku-buku beliau kini berada di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Pembaca blog ini boleh memilikinya pada harga diskaun dan penghantaran ke rumah melalui pembelian online. Klik dan dapatkan hari




