Anak Tuan Imran Yusof (kanan) mendeklamasikan sajak sebagai penutup bicara.
Ceramah buku oleh Tuan Imran Yusof.
Ahli keluarga Tuan Imran Yusof dalam book-talk yang pertama.
Ini adalah ceramah buku atau book-talk Tuan Imran Yusof yang pertama. Beliau memilih karyanya yang kedua, Merentas Samudera sebagai buku yang dipromosikan di MPH Alamanda, Putrajaya pada 17 Ogos 2008 lalu. MPH Alamanda juga menjadi tempat saya mengendalikan book-talk pada tahun 2006 untuk kali. pertama. Merentas Samudera adalah novel profesional terbitan PTS Professional.

Saya percaya Tuan Imran juga mengalami gemuruh seperti saya lalui di tempat yang sama. Beliau menghubungi saya beberapa hari sebelum itu bagi mendapatkan informasi bagaimana sebuah program ceramah buku dianjurkan. Sebelum ini, Tuan Imran banyak memberi motivasi dan galakan kepada saya selaku penulis muda dan mentah dalam pertemuan di bengkel penulisan.

Malah kami berdua menantikan perkembangan manuskrip Tip Menjadi Isteri Pujaan di bawah kendalian Cik Siti Nor Fadilah Salleh. Masih menantikan respon seterusnya setelah dimaklumkan manuskrip yang sudah hampir setahun usianya (sebelum ini dikendalikan oleh cik Nurul Hafizah Mokhtar) bakal disunting pada September ini.

Saya mempelajari satu perkara yang menarik mengenai ceramah buku yang dikendalikan oleh Tuan Imran Yusof. Beliau membawa ahli keluarganya bersama-sama dan anak ketiga beliau turut terlibat sama dalam ceramah buku itu dengan mendeklamasikan sajak. Inilah satu-satu ceramah buku yang melibatkan keluarga bersama yang tidak pernah saya lihat pada mana-mana penulis PTS lain.

Selepas program itu, bicara buku diteruskan oleh penulis bernama Tuan Saat Sulaiman yang mempromosikan bukunya Usahawan Cemerlang terbitan Utusan Publication. Sekali lagi pengalaman ceramah buku dengan sentuhan keluarga berlaku. Bezanya kali ini, Tuan Saat Sulaiman membawa anak perempuan yang masih kecil ke program itu. Si kecil diletakkan di kerusi hadapan. Khusyuk si kecil melihat ayahnya berceramah mengenai bisnes kecil.

Tuan Saat Sulaiman memenuhi undangan MPH sempena bulan penulis tempatan dengan membawa anak kecil dari Shah Alam. Selesai sahaja program, Tuan Saat Sulaiman mendukung anaknya yang sudah tidur menaiki bas Nadi Putra dan kemudian menaiki KLIA Transit menuju ke KL Sentral sebelum tiba ke Shah Alam.

Saya meneruskan perjalanan menghadiri ceramah buku Opera Angkasa di MPH Mid Valley sambil memikirkan pengalaman ceramah buku yang disentuh dengan suasana kekeluargaan dari kacamata Tuan Imran Yusof dan Tuan Saat Sulaimant.

Ingin terbit buku sendiri? Klik di sini.
Baca temuramah 8 ikon jutawan Malaysia oleh Irfan Khairi. Klik di sini

zamri_k.jpg

ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis bebas, blogger, jurulatih penulis bebas. Beliau menghasilkan buku-buku perhubungan, karier dan cinta. Buku-buku beliau kini berada di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Pembaca blog ini boleh memilikinya pada harga diskaun dan penghantaran ke rumah melalui pembelian online. Klik dan dapatkan hari

Leave a Reply