Terima kasih kepada semua pembaca yang saya hormati kerana menjadikan buku Rahsia Bisnes Mamak dalam kedudukan sepuluh buku terlaris terbitan PTS di MPH Alamanda, Putrajaya. Buku Rahsia Bisnes Mamak sudah memasuki proses ulang cetak yang kedua. Kepercayaan Tuan dan Puan mendorong saya menulis buku-buku bagi kemudahan Tuan dan Puan. Mohon sokongan berterusan dalam penghasilan karya yang lebih bermutu pada masa akan datang.
ZAMRI MOHAMAD



Julai 2008 TOP 20 Buku Profesional di Alamanda Putrajaya
Dipetik daripada Universiti PTS
1. Rahsia Bisnes Orang Cina
2. Rahsia Melabur Dalam unit Amanah
3. Buat Duit Dari Rumah
4. Hendak Susah Ataupun Senang
5. Kamus Inggeris-Melayu untuk Penterjemah
6. Teknik Efektif Internet Marketing
7. Kerjaya Sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik
8. Buat Duit Dengan MLM
9. Rahsia Bisnes Mamak
10. Rancangan Perniagaan
11. Mengurus Konflik
12. Memotivasi Pekerja
13. Supaya Poket Tidak Kosong Lagi
14. Menjadi Jutawan MLM
15. Kerja Berpasukan
16. Rahsia Minda Jutawan
17. Rahsia Orang Kaya Damansara
18. Kemahiran Memimpin
19. Duit Banyak Bertambah Banyak
20. Rahsia Bisnes Orang Jepun
Ingin terbit buku sendiri? Klik di sini.
Baca temuramah 8 ikon jutawan Malaysia oleh Irfan Khairi. Klik di sini

ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis bebas, blogger, jurulatih penulis bebas. Beliau menghasilkan buku-buku perhubungan, karier dan cinta. Buku-buku beliau kini berada di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Pembaca blog ini boleh memilikinya pada harga diskaun dan penghantaran ke rumah melalui pembelian online. Klik dan dapatkan hari
Ogos 18, 2008 at 5:34 pm
salam tuan,
saya baru selesai baca buku bisnis mamak tu, bagus, menarik n very informative tp ada satu bab lah yg saya tak paham.. ms 204 – vellux. Ermm..berulang kali saya baca…bukan tak paham tapi lebih kepada rasa mcm tak puas je baca pasal vellux tu…tup..tup dh abis bab tu..rasa mcm tergantung je…
Ogos 25, 2008 at 7:12 am
Assalam alaikum wbt
Miss Sensei yang saya hormati dan dirahmati Allah. Saya doakan Miss Sensei berada dalam keadaan sihat dan ceria.
Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa meninggalkan respon Cik di sini. Berkenaan Vellux, ia adalah alat yang digunakan bagi membuat pesanan. Hanya dengan menekan butang pada mesin yang diletakkan pada setiap meja, pelayan akan datang dan mengambil pesanan.
Bab itu lebih menyentuh kepada keterbukaan peniaga mamak mencuba teknologi asing dalam meningkatkan khidmat pelanggan mereka. Ia adalah satu bab yang ringkas dan padat.
Maklumat mengenai Vellux
http://www.callvellux.com/index.html
Teruskan memberi sokongan kepada buku-buku tulisan Zamri Mohamad. Sokongan Miss Sensei sentiasa di hati.
ZAMRI MOHAMAD
http://www.zamrimohamad.com