
Dimaklumkan bahawa bisnes yang dikenali dengan nama JJ88 mempunyai lima buah kenderaan yang berfungsi sebagai gerai bergerak yang beroperasi di sekitar Kelana Jaya dan Rawang. Keuntungan sehari adalah sekitar RM600-RM1000 sehari bergantung kepada lokasi. Saya berada di sana sekitar tiga jam bagi melihat operasi bisnes tersebut.
Secara bersih purata pendapatan daripada penghantaran buah dan pengedaran berbentuk gerai bergerak ini mencapai RMXXXXX sebulan. Saya berkesempatan melihat bagaimana bahan mentah dihantar pada setiap malam selepas waktu berniaga

Menjelang jam 7 malam, waktu gerai mahu ditutup lebih ramai yang mengunjungi gerai ini membeli buah jambu batu dan air jambu batu. Majoriti pelbagai iaitu bangsa Melayu, Cina dan India.
Potensi besar bisnes ini memerlukan laman web bagi menarik pengedar di luar. Bisnes JJ88 telah melancarkan laman web www.jj88.com.my.
Itulah tujuan saya berada di sana, menaikan kualiti copywriting atau penulisan untuk menarik jualan dan pengedar baru melalui laman web mereka. Sebelum ini saya pernah menjalankan khidmat yang sama untuk pengedar individu produk Fuel Saver di Selangor.

Sesetengah pembina laman web mempunyai kemahiran merekabentuk laman web yang menarik, tetapi memerlukan khidmat penulisan untuk menjual daripada individu lain. Setidak-tidaknya mereka mempelajari sistem corong bagaimana penulisan dalam laman web membawa pelanggan kepada keputusan mahu membeli.
Proses penulisan untuk tujuan menjual di laman web adalah proses yang mempunyai kaedah dan langkah demi langkah tersendiri. Bagi tujuan itu Seminar Pemasaran Internet untuk Bisnes Kecil diadakan pada Febuari ini. Terdapat lima penceramah dalam pelbagai subjek akan mendedahkan kaedah mempromosi dan melindungi bisnes di dalam dan di luar internet.
Tempat adalah terhad. Klik di sini untuk mendaftar.
Jemputan khas saudara Adly Mukhtar, tim Flarebiz menjana RM10,000 pada usia 17 tahun
Adly aka Labanon mengambil keputusan keluar daripada Universiti bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada empayar perniagaan Internet yang dibina bersama partner Zhafran.
Seorang yang berpengalaman dalam penghasilan produk digital yang tertumpu kepada niche Make Money Online seperti TipAdsense, Rahsia10K, MajalahIM dan sebagainya.
Mendapat pendapatan RM10,000 pertama ketika berusia 17 tahun dan kini mengejar angka yang lebih tinggi.
Fenomena yang telah berlaku pada 10 Jun 2008 produk beliau telah mendapat 5 angka dalam masa 2 hari sahaja.
Beliau akan berkongsi rahsianya yang boleh digunakan oleh peniaga dan individu dalam kegawatan ini.
Temui beliau, daftar dan klik di sini www.kursusperniagaan.com




