Almarhum Tunku Jaafar Tuanku Abdul Rahman | cerita orang lama

Tinggalkan komen

Disember 30, 2008 oleh zamrimohamad


Arwah datuk. Haji Omar Haji Hassan pernah menjadi sahabat kepada Almarhum. Itu pun setelah arwah ayah saya bercerita mengenai peristiwa beliau disaman dalam satu kemalangan.

Ketika itu ayah saya masih memiliki lesen L dan membawa skuter melanggar kenderaan lain di Tampin.

Tetapi datuk saya seorang yang tegas. Beliau memang tidak beri peluang kepada ayah saya meskipun Almarhum bertanya untuk membantu.

Ketika itu Almarhum adalah Pegawai Daerah (D.O) Tampin. D.O seperti sekarang juga ada beberapa bahagian seperti Bahagian Mahkamah

Akibatnya ayah saya digantung lesen oleh hakim Mahkamah Majistret. Itu cerita zaman muda ayah sekitar umur 20-an

Pada tahun akhir khidmat beliau menerima surat penganugerahan dari istana. Tetapi ayah menolak.

Rupa-rupanya ayah tidak ke Istana ketika Almarhum menjadi YDP Agong untuk penganugerahan AMN kerana peristiwa ini. Saya sendiri hairan mengapa pada akhir tempoh persaraan tahun 1991, beliau enggan ke istana dan mengisi borang putih untuk menyatakan ketidakhadiran. Sehingga saya berasa, alangkah ruginya beliau kerana tidak ke sana.

Rupa-rupanya, itulah janji beliau untuk tidak ke istana jika Almarhum menjadi Yang DiPertuan Agong. Itu janji yang diikat oleh ayah saya lebih 20 tahun sejak zaman belianya.

Mungkin beliau merasa Almarhum sebagai rakan tidak mendesak ayahnya untuk membantu. Apa pun ayah juga mempunyai alasan sendiri yang tidak mahu diceritakan kepada kami.

Ayah saya memang seorang yang sangat keras pada janji. Jika ayah kata mahu maka akan diusahakan dan jika dia kata hitam, maka hitamlah. Tidak ada kelabu.

Senyum mendengar cerita arwah ayah tujuh tahun lalu. Di meja makan ayah bercerita di hadapan menantu dan abang saya. Cerita yang pertama kali saya dengar dan tahu.

Itulah pengalaman orang-orang lama sebagai bahan cerita kenang-kenangan.

Al Fatihah kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Almarhum Tunku Jaafar Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja’afar  pada usia 86 tahun, empat hari sebelum kedatangan 2009.

Al Fatihah juga kepada allahyarham Mohamad bin Hj Omar.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 327,283 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: