Nota: Terima kasih kepada Tuan dan Puan yang meluangkan masa ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2009. Insya Allah, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010, penulis akan terus berkarya, menghasilkan lebih banyak buku yang bermutu sebagai mendukung usaha menambahkan lebih banyak judul dalam bahasa ibunda. Mohon doa para pembaca, tuan dan puan agar saya diberi kesihatan, kelapangan dan kekuatan dalam berkarya.

Ikuti catatan di bawah.

Saya singgah di sebuah gerai jualan ensiklopedia di aras satu PWTC. Saya singgah di situ semata-mata tertarik dengan koleksi terjemahan Ibn Kathir oleh Dewan Bahasa Pustaka. Ada 14 jilid semuanya.

Sayang sekali, pemasaran siri terjemahan Tafsir Ibn Kathir ini tidak begitu diketahui ramai. Adakah ia menjadi siri karya agung yang mati dan tidak sampai kepada pecintanya. Boleh jadi DBP dan DAWAMA ada jawapan.

Saya benar-benar hilang akal kerana mahu memilikinya. Terjemahan ke dalam bahasa Melayu oleh DBP tidak diragui kualitinya. Cuma siri tafsir ini tidak cantik seperti dahulu, kulit buku sudah terkoyak sedikit dan halaman demi halaman sudah lusuh. Tetapi isinya masih segar.

Penjualnya ramah sekali. Bercerita mengenai pengalaman syarikat mereka yang beroperasi di Johor. Mereka bertanggungjawab mengedar dan menjual buku-buku ke sekolah dan perpustakaan.

Dalam bercerita, ada satu cerita berbaur tidak puas hati.

“Mari saya tunjukkan,” katanya.

Beliau mengambil set buku untuk kanak-kanak di bahagian rak bawah sekali. Diberikan kepada saya.

Gambaran fizikal buku itu tidak ubah seperti buku mewarna dan bacaan kanak-kanak berharga kurang lima ringgit di kedai buku Mamak. Seratus peratus isi dan wajahnya begitu. Ada sepuluh judul dalam set yang dibungkus dengan plastik murah.

Tertera harga set buku kanak-kanak itu, RM138.00

Pekedai geleng kepala. Setiap satu berharga lebih RM20.00, beliau meletakkan di rak bawah sekali, malu mahu menjualnya. Diletakkan di situ kerana penjualnya membawa ke Pesta Buku dan beria-ia mahu ia dipamerkan.

“Setiap tahun mereka akan tukar kulit dan jual semula pada sekolah,” katanya lagi.

Nasib sekolah dan perpustakaan mendapat buku cap ayam bagi membina intelek anak-anak.

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.
Nota: Terima kasih kepada Tuan dan Puan yang meluangkan masa ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2009. Insya Allah, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010, penulis akan terus berkarya, menghasilkan lebih banyak buku yang bermutu sebagai mendukung usaha menambahkan lebih banyak judul dalam bahasa ibunda. Mohon doa para pembaca, tuan dan puan agar saya diberi kesihatan, kelapangan dan kekuatan dalam berkarya.

Ikuti catatan di bawah.

Kami marah-marah.

Ya, kami maksudnya ada dua orang penulis yang marah-marah.

Puncanya kerana buku-buku yang kami cari sudah tiada di gerai buku itu.

Bukan kerana habis dijual, tetapi diangkat keluar. Alasan pekedai, “Tidak cukup tempat.”

Sebelum ini pekedai berkata buku-buku itu akan berada di sana pada hari kami janjikan. Sebaliknya berlaku.

Kemudian pekedai itu menyelongkar bawah meja pameran. Ada beberapa buah buku yang kami cari dipamerkan di bawah meja.

Kami yang masih masih marah-marah, memilih buku di bawah meja. Pengunjung yang tidak tahu apa berlaku, tertanya-tanya apa dibuatnya kami berdua di bawah meja.

Tunai tiga angka beralih tangan. Masih tidak puas hati. Ada yang dicari tidak kami jumpa lagi.

Ada dua buah meja kami selongkar mencari buku yang mereka janjikan, “Ada,” bilang si pekedai.

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.
Nota: Terima kasih kepada Tuan dan Puan yang meluangkan masa ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2009. Insya Allah, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010, penulis akan terus berkarya, menghasilkan lebih banyak buku yang bermutu sebagai mendukung usaha menambahkan lebih banyak judul dalam bahasa ibunda. Mohon doa para pembaca, tuan dan puan agar saya diberi kesihatan, kelapangan dan kekuatan dalam berkarya.

Ikuti catatan di bawah.

Cerita ini disampaikan oleh Cik Kauthar yang bertugas di gerai jualan buku PTS pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 lalu. Sekembali saya ke gerai jualan selepas dua jam singgah ke beberapa buah kedai membeli buku, Kauthar memberitahu saya, “Ada orang datang membeli buku Tip Menjadi Penulis Bestseller.”

Saya senyum, pastinya gembira kerana buku itu dipilihnya.

“Beliau seorang OKU,” kata Kauthar lagi.

Ingatan saya kembali kepada sahabat pembaca, allahyarham Badruzamani. Rupa-rupanya cerita yang sama berulang kembali.

“Pelanggan itu bersemangat sekali. Bersungguh-sungguh beliau mahu menjadi penulis best-seller,” sambung Kauthar.

Dua hari sebelum itu, seorang puan membeli buku Tip Menjadi Penulis Bestseller, katanya, “Saya tidaklah bercita-cita mahu menjadi penulis bestseller, cukuplah karya saya diterbit dan dibaca,” jelasnya sambil ketawa.

Jawab saya, “Puan, bestseller itu bukan sekadar ringgit dan sen. Jika buku kita dapat mengubah hidup orang menjadi lebih baik, itu juga bestseller. Ia kekal menjadi bestseller sepanjang hayat.”

Puan itu tersenyum dan mengangguk puas.

Ya, Allah berikanlah kekuatan pada diri pembaca Tip Menjadi Penulis Bestseller, permudahkan cita-cita dan rezekinya dan berikan semangat berkarya sebagaimana semangat kepada Badruzamani.

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.
Nota: Terima kasih kepada Tuan dan Puan yang meluangkan masa ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2009. Insya Allah, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010, penulis akan terus berkarya, menghasilkan lebih banyak buku yang bermutu sebagai mendukung usaha menambahkan lebih banyak judul dalam bahasa ibunda. Mohon doa para pembaca, tuan dan puan agar saya diberi kesihatan, kelapangan dan kekuatan dalam berkarya.

Teruskan membaca entri di bawah

———-

Ikuti catatan di bawah.

“Hanya ada satu sahaja?” tanya pelanggan yang singgah ke gerai buku PTS

“Tinggal satu sahaja,” jawab petugas.

Mukanya hampa, sedikit kecewa. Hanya satu dapat dibeli, sedangkan dia mahu membeli dua naskhah buku berjudul Magnet Cinta.

Satu naskhah tetap diambil, tetapi wajahnya masih wajah hampa.

Saya hanya tahu pada petang itu, ketika ketiadaan saya di gerai jualan. Saya sendiri tidak sangka beberapa naskhah buku berjudul Magnet Cinta akan habis di situ. Esoknya, beberapa naskhah dibawa dan dipamerkan semula sehingga akhir waktu pameran.

Sayang sekali, kerana kata pelanggan ini dia datang dari jauh.

Jauh pada perkiraan saya negeri pantai timur atau utara.

Kerana wajah Magnet Cinta yang berjiwa muda, ia disentuh oleh pelajar-pelajar sekolah lengkap beruniform. Mereka membelek-belek di hadapan saya buat seketika kemudian baru sedar buku itu untuk siapa.

Sedangkan ia buku untuk bakal isteri dan baru berumah tangga.

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.