Menulis diari adalah satu praktis yang dilakukan majoriti pemimpin dunia. Kajian mendapati individu yang menulis diari 12 peratus lebih bahagia.

Diari penulis mengandungi perkara-perkara terbaik yang berlaku dalam hidupnya. Juga intipati pertemuan dengan orang lain di sekitar.

Ia dapat dijadikan bahan penulisan rencana atau buku. Jangan direkod, jangan ditulis catatan malang, negatif dan aib diri. Ia memberi kesan kepada imej diri pada masa akan datang. Malah, agama kita melarang perkara aib didedahkan. Cukup dengan azam dan bersungguh-sungguh berubah.

———–

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Hari Raya ini adalah hari terbaik untuk mendapatkan cerita pengalaman dan tip-tip daripada saudara mara sama ada berbentuk cerita keluarga, bisnes, kerja dan apa sahaja. Buka telinga dan catat secara kasar.

Simpan dan tulis semula dalam buku atau rencana sebagai penambah rasa topik yang dibincangkan.

Kaedah ini saya gunakan ketika menulis buku 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki dan 12 buku yang lain.

———–

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.





Kertas kuning contengan mengandungi idea bisnes internet pada tahun 2003. Ketika itu saya hanya tahu gunakan Geocities sahaja! Masih lagi memikirkan offline dibawa ke online. Ditulis dalam Bahasa Inggeris, tidak tahulah kenapa begitu.

—-

Lebih banyak membuka kotak dan fail buruk di rumah, lebih banyak bahan saya jumpa.

Apa yang berlaku tahun 2009 seolah-olah sudah dirancang bermula tahun 2001 sehingga 2004 lalu. Banyak yang saya lupa!

Rupa-rupanya terbitnya buku Internet Marketing pada tahun 2009 (Buat Duit dengan YouTube, Internet Marketing untuk Bisnes Kecil dan Buat duit dengan Google terbitan PTS Professional adalah angan-angan pada tahun 2003!

———–

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Sembilan cerita di Aidilfitri

September 21, 2009

Tanya anak buah saya berumur 10 tahun kepada ayahnya, “Ayah kenapa ramai orang di kubur. Wajib pergikah setiap pagi raya?”
Jawab ayah, “Kita ke kubur sebagai kasih sayang kita pada mereka. Pada hari ini seksa kubur sudah kembali. Doa ahli keluarga dapat mengurangkan beban itu. Keduanya, tanda kasih kepada diri kita, ingatan kita juga akan bersama mereka.”

Lampu merah bertukar hijau, kenderaan yang berhenti lama di simpang bergerak kembali.

“Tapi kita mesti datang sebagai tetamu yang beradab. Iaitu dengan menutup aurat dan menjaga pergaulan,” sambung si ayah.

——

Cerita dua

Apabila berada di rumah itu. Saya melihat episod cerita lama. Dahulu penghuni rumah ini adalah guru kepada ibu saya, ketika mana mereka menggunakan papan batu dan kapur sebagai pen dan buku nota pelajar.

Hari ini saya adalah anak kepada ibu itu melihat wajah guru yang pernah mengajar ibunya 50 tahun lampau. Guru ini jugalah yang menandatangani borang ketika kemasukkan saya ke universiti.

Malam ini kami bertakbir di rumahnya.

Ya Allah besar jasa guru ini pada keluarga saya.

——-

Cerita tiga

Baru selesai takbir dari rumah ke rumah sejak jam 8.30 malam sehingga 12.30 malam. Di sini hujan renyai-renyai. Dari rumah berkeluarga, yang hanya ada nenek tua, cikgu kepada ibu saya ketika kecil dan jiran-jiran semuanya kami jengah. Cuma sudah kurang orang tua. Mungkinkah tradisi ini akan hilang selepas ini?

Terima kasih atas kiriman sms rakan-rakan.

——-

Cerita empat

Saudara saya di UIA, Ubaida M.A Al Qudsi , bekas pelajar UIAM di kuliah yang sama (komunikasi) yang bakal konvo tahun ini selepas Eid dilaporkan syahid di Palestin selepas dua minggu cedera ditembak tentera Israel. Beliau penggerak aktif Al Aqsa Society.

Beliau ditembak 6 kali di perut dan kepala. Semoga rohnya ditempatkan Allah bersama roh para syuhada.

——-

Cerita lima

Dalam Remaja@PTS One, saya menulis satu episod cerita benar hari raya yang berlaku kepada rakan saya lama dahulu. Kisah Mek Senah Pening Kepala Lagi yang berhadapan dengan sikap cucunya. Serta beberapa buah cerita pembangunan jiwa yang pasti menyeronokkan hati anak dan adik yang mendapat buku ini sebagai duit raya.

Dapatkan di kedai buku berdekatan.

Pos Malaysia baru sahaja menghantarnya lima minit lalu. Terima kasih kepada tim PTS One iaitu Cik Puan Mazlia Murad, Puan Rafiza, Cik Puan Haryani Kamilan, Cik Puan Husna Adnan dan Tuan Nor Azri Nor Azmi atas kiriman buku dan surat cetakkan komputer canggih yang tidak memerlukan tandatangan.

———-

Cerita enam

Tip membina pengaruh ketika hari raya

Rene Descartes adalah seorang ahli matematik, saintis dan tokoh falsafah yang masyhur berbangsa Perancis

Dalam kemasyuhuran dan keupayaan intelek beliau yang diraikan seluruh dunia. Beliau memberi nasihat iaitu menghormati kepercayaan dan nilai kebaikan seorang kanak-kanak.

Nasihat ini berkait rapat dengan pengalaman hidup Descartes ketika kecil. Pada satu hari, salah seorang saudara maranya berkata bahawa ahli keluarga yang lain akan datang ke rumah pada hari itu. Descartes disuruh memakai pakaian yang cantik bagi menyambut kedatangan ahli keluarga seorang lagi.

Gelagat Descartes menjadi jenaka kepada saudara maranya. Rupa-rupanya ahli keluarga yang disebut tidak muncul sebaliknya ia menjadi jenaka dan hiburan mereka ke atas Descartes. Mereka berbohong bagi menghiburkan diri.

Situasi ini memberi kesan pada kepercayaan Descaters terhadap orang yang lebih tua. Apabila dewasa, situasi ini memberi pengajaran pada Descartes terhadap nilai menghormati orang lain khususnya pada kanak-kanak.

Petikan buku 30 Strategi Membina Pengaruh (PTS Millenia)

——–

Cerita tujuh

Anak-anak kampung tidak bermain gitar di hujung jalan kampung menuju ke surau pada Ramadan dan menjelang Raya. Tetapi apabila sampai masanya tetap menyambut hari raya. Songkok di kepala, rambut terjurai hingga ke bahu. Rock Raya namanya! Itulah Raya 80-an. Lateral sungguh. Selamat hari raya kepada semua!

——–

Cerita lapan

Sejak kebelakangan ini, kecenderungan kakak dan abang membawa adik-adik dan anak buah ke kedai buku telah berlaku pada musim cuti raya sambil mereka berjalan di kompleks membeli belah.

Bagi mereka yang bergelar kakak dan abang yang mahu memberi Che Pau raya tahun ini.
Saya cadangkan buku berjudul Kad Raya dari Syurga (Komik-M), sebuah komik yang akan menyentuh hati adik-adik kita.

Inilah pemberian istimewa dari hati kita yang menyayangi mereka. Klik pautan.

——–

Cerita sembilan

Ada ayah dan ibu yang gembira apabila anak mereka membakar duit raya yang diberikan.

———–

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.