Teruskan beralasan dan berangan-angan
Oktober 24, 2009
“Saya sibuk tidak ada masa.”
“Saya ada keperluan untuk keluarga dan kerja.”
“Saya masih muda, banyak perkara perlu dilakukan.”
“Saya sudah tua, tidak larat memikirkan.”
“Saya tiada duit.”
“Saya terlalu kaya.”
“Saya, saya, saya dan saya beri alasan untuk tidak menulis.”
“Saya ada komitmen lain.”
Gadis dalam foto ini bergantung kepada mesin oksigennya 24 jam sehari disebabkan paru-paru beliau rosak. Sewaktu sedang mandi sekalipun mesin itu mesti disambungkan ke hidungnya.
Beliau turut hadir ke bengkel penulisan dikendalikan oleh guru saya, Puan Ainon Mohd.
Beliau terpaksa duduk di pintu masuk bilik bengkel kerana di situ ada suis elektrik. Makan tengah harinya dihantar oleh adiknya naik ke atas kerana bilik kuliah terletak di tingkat 2 bangunan.
Mesin oksigen itu berharga RM25 ribu.
Ramai yang tidak berganjak dan sanggup berdiri di belakang sepanjang bengkel jam 10 pagi sehingga lima petang. Duduk di luar tidak menjadi masalah asalkan dapat mendengar dan mengikuti bengkel.———–






