Menjelang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur | AM.MAX TV3
Disember 31, 2009
Info sisipan
Teruskan membaca entri di bawah
Program talk-show AMMAK anjuran MPH itu akan disiarkan setiap hari Sabtu di TV3 jam 8.00 – 8.30 pagi.Dalam setiap rancangan 5 buah judul akan dibincangkan.
Sehingga beberapa tahun yang lalu MPH tidak menjual buku, melainkan buku-buku Inggeris sahaja. Hanya selepas Kinokuniya sudah membuka pintunya kepada buku-buku Melayu barulah MPH ikut membuka pintunya juga.
Namun MPH akan membuka tahun baru 2010 dengan membuktikan komitmennya kepada industri buku berbahasa Melayu dengan melancarkan program televisyen yang dinamakan “AMMAK”.
Sebelum ini MPH sudah membuktikan komitmennya dengan melancarkan program Mutiara Minda, suatu program yang mempromosi koleksi judul-judul Melayu dalam rangkaian kedai-kedainya.
MPH juga sudah membesarkan ruangan pameran buku-buku Melayu di kedai-kedainya yang terletak di lokasi di mana penduduk Melayunya adalah majoriti. Di sesetengah outletnya, rak buku-buku Melayu diletakkan di hadapan pintu masuk. Malah di outlet seperti di kompleks membeli-belah Alamanda di Putrajaya, 80 peratus stok yang dipamerkan adalah judul Melayu.
Program talk-show AMMAK anjuran MPH itu akan disiarkan setiap hari Sabtu di TV3 jam 8.00 – 8.30 pagi. Dalam setiap rancangan 5 buah judul akan dibincangkan.
Siaran pertama adalah pada Sabtu 2 Januari 2010.
30 Strategi Membina Pengaruh – Zamri Mohamad
Imam Syafie – Abdul Latip Talib
Di Mana Terangnya Bulan – Baharuddin Bekri
Sayalah Putera Mahkota – Aizam Aiman
Dear Yayah: Sejuknya Eau Claire – Farihah Iskandar
Penerbit AMMAK di studio TV3 adalah Cik Ifawani Omar.
——–
Terkini! Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.
Azam 2010 | Membuka diari lama pada tahun baru
Disember 31, 2009
Sejumlah 14 buku tulisan Zamri Mohamad terbitan PTS Publication and Distributor akan menemui pembaca di PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010(KLIBF 2010)
Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia,PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika,PTS Fortuna dan PTS Litera
Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores,Bookcafe dan E-kedai.net
Saya mencari semula entri berkenaan azam saya pada tahun 2009. Saya temui dan saya ulang semula entri ini setengah jam sebelum tahun baru 2010. Saya cuba menyemak satu persatu. Sama ada apa yang saya sebut sebagai azam karier sudah dicapai atau belum.
Komen terbaru pada malam ini ditulis dan diboldkan. Bermula dengan sub tajuk Komen azam 2009
——–
Bicara mengenai soal azam tahun baru, saya teringat kepada perkataan yang menjadi tajuk icara tuan Osman Affan di TV1 iaitu “azam yang tertunda”, Ahad ini seorang lagi penulis PTS , Tuan Hj Ahmad Fadzli Yusof akan muncul membicarakan mengenai topik azam tahun baru.
Saya kira azam ini mempunyai cabang-cabangnya. Azam menjadi insan lebih baik dari segi akhlak, ibadah dan kehidupannya. Untuk catatan blog ini, saya mahu berkongsi satu cabang dalam azam tahun baru iaitu, azam karier.
“Saudara sudah lari daripada personaliti karier saudarakah?”
“Apa maksud saudara?”
“Bukankah saudara seorang penulis, kini sudah buat perkara lain.”
Oh, saya faham. Ini berkaitan dengan penglibatan saya dalamseminar terbaru pada Febuari ini. Sebenarnya kariernya sama, cabangnya berbeza.
Tahun 2009 karier penulisan saya menyentuh kepada beberapa cabang baru.
Tahun 2009, buku-buku baru akan saya hasilkan sesuai dengan misi bersama penerbit, memandaikan bangsa dengan karya yang baik. Pada awal tahun 2009, dijangka tiga buah buku baru saya akan dilancarkan.
Komen azam 2009 : Pada tahun 2009 buku yang berjaya dilancarkan bukan tiga tetapi enam
Geng Genius Misteri Luqman
Tip Menjadi Penulis Bestseller
30 Strategi Menjadi Individu Berpengaruh
Buat Duit dengan YouTube
Internet Marketing untuk Bisnes Kecil
Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
Tahun 2009, kerjasama dengan penulis-penulis lama dan baru ditambah lagi. Tahun 2008 saya berjaya mencapai sasaran empat penulis bersama setahun. Tahun hadapan diteruskan lagi dengan kerjasama dua penulis baru.
Komen azam 2009: Sasaran saya dua, pada tahun 2009 saya bekerjasama dengan empat penulis berikut. Manakala tiga lagi di bawah program penghasilan penulis baru yang berjaya menghasilkan buku masing-masing.
Tuan Muhammad Syarafuddin Sulaiman
Tuan Izwan Wahab
Tuan Imran Yusuf
Tuan Haeqal Zulqarnain
Tuan Aliff Mohd Nor
Tuan Aizuddin Zakaria
Tuan Azree Hanifah
Tahun 2009, sasaran menganjurkan bengkel bulanan untuk penulis bebas bermula setiap dua bulan sekali. Bagi yang masih berminat, bolehlah mendaftar untuk kelas 11 Januari 2009. Teknik menulis untuk majalah akan didedahkan. Ada bonus lain yang hanya saya kongsi kepada peserta sahaja pada bengkel tersebut.
Komen azam 2009: Berjaya anjurkan tiga daripada enam. Tiga bengkel penulisan melibatkan Akademi Penulis.
Tahun 2009, sasaran menganjurkan bersama seminar pemasaran internet untuk perniagaan kecil di Malaysia. Kerjasama ini melibatkan beberapa penceramah lain dalam bidang pembangunan internet, pengurusan risiko bisnes kecil dan penjenamaan perniagaan kecil.
Dalam seminar ini, saya berperanan menyampaikan tajuk yang masih berlegar dengan karier penulisan iaitu teknik penulisan untuk menjual di internet. Alhamdulillah kita sudah mempunyai dua penaja. Terima kasih kepada Majalah IM dan Primaya Solution.
Komen azam tahun 2009 : Sejarah kursus ini adalah satu-satunya kursus pemasaran perniagaan internet yang keluar dalam akhbar nasional ketika mana krisis ekonomi dunia berlaku. Merupakan perkenalan dan kerjasama bersama tuan Adly Mukhtar dan tuan Ahmad Zafran dari Flarebiz.
Tahun 2009, saya memfokuskan penulisan artikel kepada empat majalah sebulan. Jika mampu, enam majalah.
Komen azam 2009 : Hanya dua majalah dan tidak mencapai bulanan kerana buku baru.
Tahun 2009, saya sudah mempunyai ruang menulis dalam sebuah buletin bulanan.
Komen azam 2009 : Ada tetapi tidak ada masa menulis.
Tahun 2009, bekerjasama dengan pengendali latihan lainbagi membawa pakej bengkel penulisan melalui pusat latihan mereka.
Komen azam 2009 : Ya melalui kerjasama Akademi Penulis, Ultramind Resources, Waiz Malaysia.
Azam karier tetap yang sama, ditambah lagi dengan kerja-kerja baru.
Apa yang penting dengan azam karier ini?
Doa Tuan dan Puan untuk kemudahan kerjaya, kesihatan dan kejayaan saya di dunia akhirat. Jika ada akhlak saya yang buruk hingga ada marah-marah, jangan dibenci kelemahan itu. Doakan saya. Nanti kita sama-sama jika Allah izinkan masuk syurga. (ditulis dengan keadaan senyum)
Selamat tahun baru semua!
PTS Publications | Cerita minum pagi di hadapan tuan Google
Disember 29, 2009
Info sisipan
Satu cerita pada awal pagi.
Saya duduk di satu sudut kafe, menjalankan aktiviti perniagaan seperti biasa.
Ketika itu, meja-meja di kafe dipenuhi oleh pelanggan yang bekerja di pejabat berhampiran.
Saya menjalankan urusan perniagaan melalui internet di kafe kerana mahu merasa keadaan baru menguruskan pesanan yang sama setiap hari.
Datang seorang lelaki yang saya kenali, beliau mempunyai sebuah kedai di situ. Kedai beliau menjual barang runcit. Seperti sebuah pasaraya mini, lelaki ini membuka kedai seawal jam sembilan pagi.
Biasanya isteri dan anaknya membantu dalam urusan jual beli. Seawal pagi ini, pasti sibuk dengan pelanggan yang mahu mendapatkan senaskah akhbar harian dan beberapa barang lain.
Peniaga itu khusyuk melihat saya mengemaskini maklumat perniagaan melalui aplikasi Google. Lama beliau memerhatikan apa yang saya lakukan.
Peniaga ini bertanya kepada saya, “Saya peniaga biasa dan bukan pakar internet. Tetapi saya percaya internet dapat meningkatkan keuntungan dalam perniagaan kecil saya. Orang selalu bercerita mengenai Google sebagai cara baru mengurus bisnes kecil di intenet. Sebagai seorang peniaga yang sibuk, bolehkah ini membantu saya?”
Kemudian seorang lagi yang duduk di meja bersebelahan mendengar perbualan kami.
Wanita pertengahan umur yang tadi hanya duduk menunggu rakan memesan hidangan kemudian menarik kerusinya hampir ke meja saya.
Beliau bertanya kepada saya, “Saya bercadang berniaga dari rumah. Adakah Google dapat menjadikan perniagaan saya dikenali ramai pelanggan? Adakah Google dapat memudahkan orang mencari barang dan perkhidmatan yang diperlukan? Paling penting, adakah mereka akan menemui perniagaan saya di internet?”
Soalan bertubi-tubi saya menjawab ya berkali-kali.
Tetapi ya yang disertakan jawapan kenapa tidak mustahil dilakukan oleh mereka.
Sama ada peniaga yang sudah mempunyai kedai sendiri atau pun berniaga dari rumah. Sama ada berniaga secara sepenuh masa atau pun sambilan.
Boleh jadi saudara adalah salah seorang daripada dua individu tadi.
Soalan-soalan ini membawa kepada penulisan buku ini. Sebuah buku yang benar-benar mendengar apa yang bermain dalam fikiran pembaca.
Sebuah buku yang ditulis dari seorang peniaga kecil kepada peniaga kecil lain.
Buku ini ditulis bagi mendedahkan saudara bagaimana kita dapat membina, mengurus dan memasarkan perniagaan kecil melalui Google. Mengurus bisnes pada kos yang rendah dan hampir percuma sifatnya.
Ia ditulis berdasarkan pengalaman menggunakan Google bermula sebagai pengguna biasa kemudian menggunakan Google bagi tujuan perniagaan kecil yang dijalankan dari rumah.
Dengan hanya menggunakan Google, urusan pesanan produk dapat dilakukan setiap hari.
Apabila peniaga dapat menguasai beberapa aplikasi penting bagi menjalankan bisnes menggunakan Google, peniaga telah memudahkan pelanggan bagi mendapatkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Jenama bisnes saudara akan lebih diingati, identiti bisnes saudara akan dikaitkan dengan beberapa ciri-ciri positif dalam sebuah bisnes. Penjenamaan bisnes berlaku. Itulah brandentiti.
Dua buku sebelum ini berjudul Internet Marketing untuk Bisnes Kecil dan Buat Duit dengan YouTube memberikan kemahiran bagaimana menggunakan sebahagian daripada kelebihan Google menjadi kelebihan kepada perniagaan sendiri.
Kedua-dua buah buku ini telah benar-benar membantu peniaga kecil di Malaysia dan menjadi satu fenomena baru dalam bisnes kecil di negara ini.
Kemudian buku ini ditulis bagi mendedahkan lebih banyak strategi dan rahsia bagaimana peniaga kecil yang berniaga dari rumah atau dari premis dapat memasarkan produk dan perkhidmatan mereka secara cepat, mudah dan praktikal.
Adanya Google sebagai sebahagian daripada dunia internet merupakan berita baik kepada peniaga kecil.
Aplikasi dan fungsi yang disediakan Google turut mengambil kira bagaimana peniaga kecil seperti kita berfikir dan bekerja.
Buku Urus Bisnes dengan Google ditulis dengan mengambil kira keperluan saudara jika dikategori dalam salah satu senarai berikut.
- Peniaga kecil yang mempunyai premis perniagaan dan bercadang mencanangkan kepada orang ramai kewujudan perniagaan sedia ada.
- Peniaga kecil yang tidak mempunyai premis perniagaan, tetapi mahu memberitahu bakal pelanggan bahawa perniagaan mereka beroperasi.
- Peniaga kecil terdiri daripada kaum wanita sama ada suri rumah atau pun sudah bekerja yang menjalankan perniagaan dari rumah.
- Peniaga SOHO iaitu secara Small Office Home Office, yakni bekerja dari rumah yang mahu pernigaan dikenali.
- Mereka yang masih bekerja tetapi membuat perniagaan secara sambilan dan mahukan fungsi Google mempercepatkan perkembangan perniagaan.
- Mereka yang masih belajar pada peringkat universiti dan menengah yang mahukan Google memudahkan urusan bisnes mereka.
- Bakal peniaga yang mahu mempelajari kaedah menggunakan Google secara cepat, mudah dan praktikal agar ia dapat dimanfaatkan ke dalam perniagaan.
Buku ini ditulis bukan untuk rujukan pakar-pakar Google atau mereka yang mendalami Google sehingga ke tahap dapat membaca pengiraan matematik yang digunakan bagi menggerakkan Google.
Buku ini ditulis oleh orang biasa yang menjalankan perniagaan dan menjadikan Google sebahagian daripada hidupnya.
Google menjadi sebahagian daripada modal yang memperkenalkan dan membesarkan perniagaan dari tidak dikenali sehinggalah telefon berdering tanpa berhenti kesan daripada kewujudan perniagaan kita di Google.
Rahsia Google bukan sekadar hanya melayari Google dan menaip perkataan carian, kemudian menekan butang Search di sebelahnya. Ia lebih daripada itu.
Buku ini mendedahkan kuasa Google kepada perniagaan kecil milik saudara.
Google membantu dalam empat aspek utama sebuah bisnes kecil iaitu
- Memperkenalkan bisnes.
- Mengurus bisnes.
- Memasarkan bisnes.
- Mengembangkan bisnes.
Buku ini adalah buku strategi bagi saudara menjadikan Google sebagai sebahagian daripada medium meluaskan perniagaan.
Ditulis menggunakan bahasa yang mudah, gambarajah yang disusun bagi memudahkan saudara meniru satu persatu kaedah.
Saya perlu berhenti di sini dan membiarkan saudara membaca dan mengamalkan strategi-strategi bisnes kecil menggunakan Google.
Sementara saudara membaca buku ini, saya akan menjawab satu persatu soalan peniaga kecil dan wanita yang duduk di kafe bersama saya ketika ini.
Sementara kopi masih panas, rakan wanita itu masih belum datang, saya mesti segera mendedahkan cerita ini.
Apa lagi yang kita tunggu. Aktivasikan kuasa Google dalam bisnes saudara.
Sekiranya ada yang membaca entri panjang ini, saya ucapkan terima kasih dan ini ada kejutan kepada tuan dan puan.
Selepas membaca entri ini apakah judul yang lebih seksi dapat diberikan berbanding judul Urus Bisnes dengan Google? Jika terpilih akan mendapat buku ini beserta autograf sebagai hadiah terima kasih ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010.
Kongsikan di sini.
Sekali lagi sebagai pencetus idea, Google membantu dalam empat aspek utama sebuah bisnes kecil iaitu
- Memperkenalkan bisnes.
- Mengurus bisnes.
- Memasarkan bisnes.
- Mengembangkan bisnes.
Mari kita senaraikan sekarang.
——–
Nota: Kursus penulisan rencana sedang dibuka. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Adakah anda berasa entri ini bermanfaat? Sebarkan melalui emel forward kepada rakan-rakan. Jika di Facebook, share pautan entri blog ini.
——–
Terkini! Zamri Mohamad adalah penulis 15 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.
Kedai Buku | Mahu jadi Google Preacher , Urus Bisnes dengan Google
Disember 28, 2009
Info sisipan
Assalamualaikum
Ya! Tepat sekali, saya di Melaka ketika ini. Menyiapkan buku ke-15 berjudul Urus Bisnes dengan Google (tajuk final masih belum diputuskan).
Setiap hari dari pagi sehingga jam dua pagi hari seterusnya, saya mencuba setiap satu aplikasi Google yang relevan untuk perniagaan kecil di Malaysia dan negara serantau termasuk sahabat kita di Indonesia dan Singapura.
Saya masih dalam proses menyiapkan buku ini. Menulis mengenai Google untuk perniagaan kecil membuat saya teruja. Saya meninggalkan Kuala Lumpur seketika waktu bagi memberi ruang agar buku ini disiapkan pada waktunya.
Jika di Kuala Lumpur ada sahaja kerja dan perbincangan serta idea-idea baru yang timbul. Lambakan idea yang membuat saya teruja dan melihat seolah-olah jam memerlukan lebih 24 jam bagi memastikan idea-idea ini menjadi benar.
Sasaran saya menyiapkan buku ini adalah pada 10 Januari 2010. Kurang dua minggu bermula hari ini. Tarikh 10 Januari adalah tarikh yang signifikan pada diri saya. Ada sesuatu yang dekat pada hati apabila mengenangkan hadir tarikh itu. Semoga Allah permudahkan.
Izinkan saya menceritakan mengenai buku yang akan diperkenalkan ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010. Buku ini bakal diterbitkan oleh PTS Professional.
Jika diukur sebagai buku trilogi pemasaran bisnes kecil di internet, saya telah menulis dua buah buku sebelum ini berjudul Internet Marketing untuk Bisnes Kecil dan Buat Duit dengan YouTube. Buku Urus Bisnes dengan Google adalah buku yang ketiga.
Saya mensasarkan ada dua buah buku lagi mengenai pemasaran internet akan ditulis. Ini menjadikan lima buah buku keseluruhan. Penulisan buku pemasaran internet untuk bisnes kecil adalah usaha serius yang berbeza daripada slogan.
Buku-buku ini pasti mengecewakan mereka yang mempunyai mentaliti internet menghasilkan duit cepat. Buku-buku ini ditulis dengan matlamat lebih jauh. Menjadikan bisnes yang ada di tangan sebagai legasi berpanjangan.
Berfikir dunia internet sebagai satu industri. Bermula dengan menguasai yang asas dan berusaha memenuhi perpustakaan dengan bahan bacaan berkaitan.
Sejak kerajaan memperkenalkan Pusat Industri Desa (PID) tidak banyak buku diterbitkan. Bermula dengan Truewealth kemudian Amin, selepas itu diijkuti PTS, barulah kelihatan siri pemasaran internet di kedai-kedai buku.
Paling penting, ia berada di perpustakaan desa supaya mereka dapat membaca dunia luas internet. Inilah yang tidak dapat diberi oleh e-book.
Saya diberitahu, pada cuti sekolah, para pelajar di kampung mencari-cari kursus asas komputer. Mudah-mudahan buku-buku ini akan menjadi pencetus kepada perspektif baru mengenai komputer dan internet yang jauh daripada butang Search di carian Google.
Erik Hartmann, Google Strategic Partner Development (kiri) ketika hadir di PWTC sempena program saya dan Izwan Wahab bersama PTS
Sedang berfikir, boleh jadi saya mahu jadi gila-gila tulis surat pada Google di Malaysia dan memberi saya surat lantikan sebagai Google ‘preacher’. Sudah tiga buku yang berkaitan dengan Google sudah ditulis.
Agaknya mahukah Google berikan surat itu?
Angan-angan gila ini adalah rentetan cerita Guy Kawasaki yang keluar dari Apple Macintosh dan membuka bisnesnya sendiri, Garage Technology Ventures.
Sehingga hari ini Guy Kawasaki digelar Mac Evangelist kerana dalam mana-mana presentasi beliau masih menjadikan Apple sebagai kes studi berdasarkan topik yang disampaikan.
Guy Kawasaki telah menulis beberapa buah buku. Antaranya, Reality Check, The Art of the Start, Rules for Revolutionaries, How to Drive Your Competition Crazy, Selling the Dream dan The Macintosh Way.
Tunggu entri seterusnya, saya akan kongsikan lagi mengenai buku terbaru Urus Bisnes dengan Google?
Atau tuan dan puan ada idea memberi judul buku yang lebih faktor Wah!
Lontarkan idea itu di sini.
——–
Nota: Kursus penulisan rencana sedang dibuka. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
- Adakah anda berasa entri ini bermanfaat? Sebarkan melalui emel forward kepada rakan-rakan. Jika di Facebook, share pautan entri blog ini.
——–
Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.










