Cari duit cara mudah dengan kertas kuning
Januari 29, 2010
Info sisipan
Teruskan membaca entri di bawah
———-
“Sudah.”
“Sudah bayar”
“Sudah.”
Soalan antara satu sama lain seorang rakan dengan seorang rakan lain yang galak melihat beberapa kedai buku dari sebuah kompleks ke sebuah kompleks membeli-belah lain. Ada dua buah buku menjadi rakan pulang saya selain daripada rakan seorang ini. Satu mengenai penjenamaan, sebuah buku terjemahan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dan sebuah lagi buku lama mengenai menulis surat jualan tulisan Daniel S Kennedy. Ia adalah buku terbitan 1990 yang amat relevan dalam penulisan skrip jualan.
Saya dan rakan berjalan melepasi beberapa kenderaan di ruang yang disediakan. Sekeping kertas kuning diselitkan pada cermin bahagian pemandu. Tertera perkataan yang bertulis, “Kenapa anda masih tidak kaya?”
Kata saya pada rakan, “Iklan ini akan diselit pada kereta kecil seperti Kancil, MyVi dan seangkatan. Sangka orang itu ini orang-orang tidak ada wang. Tidak kaya.”
Kami menuruni tangga ke bahagian bawah, kereta terletak berdekatan pintu masuk kompleks. Dari jauh sudah jelas kelihatan kertas kuning yang sama. Kali ini pada cermin hadapan.
“Bayangkan jika beliau letakkan pada kereta mewah,” kata rakan saya.
“Ya, itu pun betul. Kereta mewah yang perlu bayar hutang setiap bulan. Mungkin pengedar iklan itu percaya, hutang itu menjadikan mereka tidak kaya,” sekadar respon.
Saya memegang risalah bersaiz suku daripada kertas bersaiz A4.
“Nanti dahulu!” kata saya. Mata masih membaca teks pada risalah iklan itu.
Saya berfikir jika beliau mahu menunjukkan kekayaan, di mana kualiti kekayaan pada risalah berwarna kuning itu.
Pertama, mengapa menggunakan kertas berkualiti kertas kajang biasa untuk pengiklanan.
Kedua, mengapa perlu orang kaya ini berjimat memadatkan teks dalam risalah bersaiz suku daripada kertas A4.
Ketiga, lebih menarik lagi. Mengapa kekayaan itu tidak digunakan mencetak risalah yang berwarna atas kertas lebih baik. Barulah menonjol berbanding membuat salinan fotokopi seperti apa kami lihat ketika ini.
Dari segi kualiti kekayaan tidak nampak pada sehelai risalah bajet orang kaya ini.
Kekayaan yang disebut hilang dengan kualiti kekayaan yang sepatutnya terpamer.
Teringat kata mentor saya, “Ada satu golongan akan percaya. Mereka yang banyak hutang akan mengikuti formula kekayaan orang mencipta sistem melepaskan dirinya sendiri daripada hutang.”
Cadangan saya, bacalah buku Rahsia Bisnes Mamak terbitan PTS Professional kita belajar kualiti kekayaan dalam budaya bisnesnya. Mohon buat pesanan buku melalui pautan ini
——–
Nota: Jadikan nama tuan dan puan terpampang di akhbar dan majalah pada tahun ini. Kursus penulisan rencana sedang dibuka. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Adakah anda berasa entri ini bermanfaat? Sebarkan melalui emel forward kepada rakan-rakan. Jika di Facebook, share pautan entri blog ini.
——–
Cerita kursus perniagaan dan kisah kursus penulisan
Januari 29, 2010
Info sisipan
Teruskan membaca entri di bawah
———-
Baca@LRT mendapat paparan penuh Sinar Harian
Kisah teksi dan peluang kedua
Januari 29, 2010
Info sisipan
Berita terkini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 bermula pada 19 Mac sehingga 28 Mac 2010 Sejumlah 14 buku tulisan Zamri Mohamad terbitan PTS Publication and Distributor akan menemui pembaca di PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010(KLIBF 2010)
Teruskan membaca entri di bawah
———-
Waktu sudah hampir tengah hari. Mereka yang menunggu bas dan teksi di tempat menunggu bas tidak seramai pagi tadi. Tidak perlu bersesak-sesak, beratur panjang atau memotong barisan semata-mata mahu mendapatkan ruang di dalam bas.
Bagi para pemandu teksi, pada waktu pagi seperti ini, para pemandu sudah menunggu di terminal LRT membawa penumpang ke tempat kerja masing-masing.
Keadaan lengang, matahari makin meninggi. Kelihatan sebuah teksi melepasi tempat menunggu bas. Tidak ada seorang pun yang menahan teksi terbabit. Mereka hanya melihat teksi berkenaan berlalu. Masing-masing mahu menunggu bas.
Tujuh minit kemudian, bas masih tidak muncul. Dari jauh kelihatan sebuah teksi menghampiri tempat menunggu.
Ia adalah teksi yang sama melepasi mereka tujuh minit lalu. Teksi itu tidak keluar dari kawasan tersebut, sebaliknya mengelilingi kawasan jalan sehala itu dua kali.
Masing-masing di situ tidak mempedulikan kehadiran teksi itu. Mata mereka menumpukan perhatian di hujung jalan masuk ke tempat mereka. Menunggu bas datang. Tetapi kali ini teksi berkenaan berhenti di hadapan mereka. Seorang penumpang menaiki teksi itu.
Perjalanan ke tempat yang dihajati pelanggan adalah perjalanan sunyi. Tidak ada interaksi antara pelanggan dan penumpang. Masing-masing dengan urusan peribadi. Si pemandu membawa penumpang dan penumpang hanya melihat keadaan sekeliling sepanjang perjalanan.
Tidak lama kemudian, suara si pemandu teksi kedengaran, “Hidup ini sentiasa ada peluang kedua.”
Si penumpang tidak dapat menangkap butir awal bicara pemandu teksi, “Apa dia tuan?” dia meminta ayat awal itu diulang.
“Hidup ini sentiasa ada peluang kedua,” kata pemandu teksi berketurunan india, matanya melihat penumpang melalui cermin di hadapan.
Penumpang bertanya, “Maksud tuan?”
“Saya percaya kepada peluang kedua. Tadi saya melalui tempat menunggu bas di mana saya mengambil saudara tadi. Kali pertama saya, tidak ada orang pedulikan saya dan hanya menunggu bas. Kali kedua, saya dapat juga penumpang. Di mana-mana saya akan lakukan perkara yang sama. Saya akan melalui jalan yang sama dua kali. Jika tidak ada barulah saya bergerak ke tempat lain.”
Peluang kedua dalam hidup. Kepada pemandu teksi ini adalah peluang mencari rezeki di tempat yang sama. Beliau percayalah itulah usahanya. Kepada penumpang, beliau berfikir, apakah dalam hidup beliau mempunyai kepercayaan yang sama seperti pemandu teksi. Adakah beliau berusaha mendapatkan peluang kedua dalam apa yang dilakukan dalam hidup?
——–
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 perkenal ‘Khadijah’
Januari 29, 2010
Info sisipan
Teruskan membaca entri di bawah
———-
Ini adalah vote atau undian para pembaca mengenai buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasullullah
Pertama daripada cik puan Nuha Nusaibah. Beliau meminati penulis-penulis seperti Kahlil Gibrán, Amy S. Foster, Francesca Lia Block. Berasal dari Butterworth, Pulau Pinang.
Pandangan beliau mengenai buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah.
Kedua daripada cik puan Zafirah dari Kelantan. Beliau juga membaca karya fiksyen seperti The Complete Sherlock Holmes: All 4 Novels & 56 Short Stories (paper). Pandangan beliau mengenai buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah.
Ketiga daripada cik puan Crystal Grey. Beliau dari Shah Alam. Cenderung membaca buku thriller, ilmiah, agama, sejarah dan biografi. Beliau membaca karya Ramlee Awang Murshid, Imaen dan Abdul Latip Talib. andangan beliau mengenai buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah.
Kepada para pembaca Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah yang telah memiliki melalui kedai buku MPH, Popular, Bookcafe dan kedai-kedai buku berhampiran, ucapan terima kasih daripada penulis. Komen dan pandangan amat ditunggu-tunggu daripada pembaca di blog, emel dan Facebook.
Lontarkan komen pada ruangan yang disediakan.








