Para pembaca bayangan Khadijah berbicara
April 14, 2010
Teruskan membaca entri di bawah
Saya tidak sangka bahawa buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah dibincangkan dalam Facebook secara kerap baru-baru ini. Saya percaya tulisan Tuan Imran Yusuf sebagai seorang bapa, seorang suami dan seorang lelaki yang melangkah dalam perjalanan yang lama kehidupan menjadikan buku ini cermin hidup yang bercerita.
Buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah terbitan PTS Millenia melalui cetakan ketiga dan menerima respon dari segi peneguhan isi, perkongsian pembaca dan cadangan demi cadangan.
Buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah juga sudah menjadi buku hadiah bapa kepada anak dan menjadi buku bed time story oleh sesetengah pembaca. Klik imej di bawah bagi paparan lebih jelas.
Mudah-mudahan buku ini membawa manfaat kepada penulis dan menjadi teman akrab rakan pembaca yang sudi membaca dan berkongsi kepada rakan-rakan.
Kepada mereka yang baru pertama kali mendengar judul buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah terbitan PTS Millenia, di sini saya berkongsi sinopsis buku. Buku ini mudah didapati di semua rangkaian kedai buku MPH, Popular dan rangkaian kedai buku seluruh negara.
Bagi memudahkan para pembaca membaca dan menghadiahkan kepada orang lain. Klik dan dapat dibeli di sini pada harga diskaun.
Ulasan daripada pembaca lain di sini
——-
Pasti lumpuh tanpa doa pembaca yang mulia
April 13, 2010
Teruskan membaca entri di bawah

Mudah-mudahan ia menjadi buku yang dapat membantu usaha ramai dalam menguruskan bisnes kecil mereka. Paling penting, memberi ruang dan peluang mengurus bisnes halal untuk diri, pasangan dan keluarga.
Berkenaan buku Urus Bisnes dengan Blogshop klik di sini
———-
Cerita 2
Setiap hari saya padat dengan komitmen mengemaskini blog seni mengurus dan membina blog shop menggunakan blogger.com di satu lagi laman blog. Kerja menjadi bertambah apabila saya perlu memuat turun satu persatu foto tunjuk cara.
Apabila memikirkan betapa mudahnya para pembaca meniru satu persatu langkah dengan adanya foto, saya usahakan juga. Ketika entri ini ditulis lebih 12 tip diberikan dalam blog itu.
Mereka yang berminat membaca bagaimana menjual produk dan perkhidmatan di blog, dapatlah melayari blog ini.
Klik tip menjalankan bisnes dengan blog shop di sini.
Saya percaya, sebagaimana hidupnya kedai-kedai kecil di bandar dan pekan, kedai-kedai kecil di blog shop juga akan mengikut kitaran yang sama.
Peniaga blog shop pernah dikatakan melanggar hukum bisnes yang betul dan lari daripada cara yang sepatutnya. Tetapi itu tidak menjejaskan sesen pun hasil jualan mereka, malah makin berkembang dan diikuti.
Kerana itu blog itu dihasilkan agar satu panduan dapat diikuti dan diubahsuai mengikut kreativiti dan keperluan peniaga blog shop.
Pada masa sama, saya membuka bengkel komuniti bagaimana membuka kedai pertama menggunakan blog shop. Digalakkan mereka yang tidak ada blog selama ini tetapi mahu berniaga di internet menyertainya. Saya akan kongsikan seni membuka dan mengurus produk melalui blog.
Klik tip menjalankan bisnes dengan blog shop di sini.
———-
Cerita 3
Pada hari ini, saya bersyukur apabila mendapat tahu pembaca buku saya berjudul Buat Duit dengan YouTube terbitan PTS Professional kini menggunakan video sebagai ikhtiar mempromosikan perniagaan.
Saya meneliti video beliau dan saya terbaca komen ini pada blognya.
Saya berdoa agar dilimpahi rezeki kepada para pembaca buku saya di mana sahaja mereka berada.
Berkenaan buku Buat Duit dengan YouTube. Klik di sini
Insya Allah pada 25 April ini Baca@LRT bertemakan beri akan mengambil tempat. Kali ini para penyokong Baca@LRT akan membawa satu naskhah buku untuk dimasukkan dalam kotak buku yang disediakan oleh pihak UNICEF di Kinokuniya.
Buku yang diberi akan disebarkan kepada mereka yang tidak mampu membeli buku. Mudah-mudahan ia menjadi amal yang mudah dan berpanjangan keberkatan. Kali ini Baca@LRT amat berbeza kerana kita tidak ada perkumpulan akhir. Informasi akan disampaikan dalam Facebook Baca@LRT.
Jika ada penulis dan penerbit buku yang sedang membaca entri ini, saya ingin menyampaikan hasrat ini kepada mereka. Logo Baca@LRT telah dicetak pada dua buah buku berjudul Urus Bisnes dengan Google dan Berbunga Cinta Aisyah di Hati Rasulullah.
Saya mesti memulakan dahulu dengan harapan ia akan menjadi usaha yang diikuti oleh penulis dan penerbit lain.
Logo ini berada di kulit belakang buku sebagai satu usaha menggalakkan budaya membaca di tempat awam menjadi gaya hidup.

Dengan izin Allah, mudah-mudahan perkataan Baca@LRT menjadi kata kerja kepada para pengunjung kedai buku. Perkataan itu bakal mendorong mereka mengingati agar membawa bahan bacaan sebagai teman di luar rumah.
Jika ada mana-mana penulis dan penerbit yang sudi menyokong usaha ini. Dapatlah menghubungi saya di zamrimohamad@gmail.com agar dapat saya emelkan saiz imej logo ini.
Penggunaan logo ini tidak memerlukan kita membayar dengan wang ringgit melainkan kehendak dan kepercayaan kepada usaha ini.
———-
Cerita 5
Bengkel penulisan rencana edisi lalu menemukan saya dan Tuan Muhammad Firdaus Arif dengan beberapa peserta yang berpotensi besar menjadi pengubah pemikiran orang ramai. Ada yang datang daripada KAGAT, Risda, Universiti Putra Malaysia dan ABIM.
Salah seorang peserta sudah menulis sejak tahun 1983 lagi. Kini beliau meneruskan pengajian di peringkat doktor falsafah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau membuat kajian pengamalan agama di kalangan anggota tentera.
Semoga Allah permudahkan.
Insya Allah, edisi seterusnya adalah pada 17 April ini. Setakat ini hanya ada tiga kekosongan yang dapat diisi oleh peserta. Mereka yang berminat, klik di sini.
Ini adalah hasil kedua Tuan Farid Malique yang merupakan peserta minggu lalu. Saya percaya dari surat pembaca yang menjadi gelanggang silat akan berubah menjadi rencana yang padat dan memberi inspirasi kepada ramai.
Alumni kursuspenulisan.com adalah suara rakyat tersendiri. Ada yang sudah membantu sahabat lain dengan menulis di akhbar mengetengahkan dilema orang kecil dalam sistem yang menekan mereka. Terkini pihak kementerian buka mata dan membantu. Tahniah alumni kursuspenulisan.com iaitu Tuan Farid Malique Ini adalah permulaan kepada rencana lebih besar.

Hasil tulisan Tuan Farid Malik yang kedua
Maklum balas kementerian terhadap penulisan Tuan Farid yang pertama
———-
Cerita 6
Selain daripada buku Berbunga Cinta Aisyah di Hati Rasulullah, saya dimaklumkan oleh Tuan Shakir dari PTS Millenia, buku 30 Strategi Membina Pengaruh telah diulang cetak bagi memenuhi keperluan pembaca yang mencari di kedai-kedai buku. Mudah-mudahan dengan buku ini tuhan permudahkan usaha mereka menjadikan pengaruh sebagai ibadat. Juga menjadi pembuka pintu memudahkan tugas mereka serta menjadi lorong membantu rakan-rakan dan ahli keluarga.
Buku 30 Strategi Membina Pengaruh juga muncul dalam majalah Jutawan terbitan DAS Publishing. Surat terpilih dalam majalah ini berpeluang mendapat senaskah buku ini sebagai hadiah.
Kepada mereka yang berminat membina pengaruh yang mendekati diri kepada orang ramai di waktu senang dan di waktu susah, dapatlah melayari informasi ini. Klik sini.
——-
Nota: Mari kita doakan mudah-mudahan Allah menyembuhkan dan memberi kesihatan kepada Puan Ainon Mohd daripada sakitnya yang sudah berlarutan beberapa hari ini.
——-
Perkongsian Tuan Firdaus Ariff mengenai novel
April 10, 2010
——-

Fungsi novel untuk menukarkan pengetahuan bidang berat menjadi ringan melalui penceritaan. Sebagaimana Hamka menukarkan perbincangan adat pepatih dari aspek penulisan ilmiah kepada bentuk novel.
Ditambah lagi, 80 peratus jualan buku adalah novel. Setiap 10 buku terjual lapan adalah novel.
Novel dapat dijadikan skrip, komik. Sebagai contoh, Lagenda Budak Setan hasil tulisan Ahadiat Akashah difilemkan.
Selain itu,, yang menjadikan orang tertarik pada permainan video adalah ceritanya. Dari permainan video ia menjadi novel.
Dr Malik Badri berkata, “Fksyen nilai islam adalah jihad. Novel bukan ceramah, ia mesej halus.”
Bercerita mengenai novel, isunya pelbagai berbanding cerpen. Dalam cerpen watak adalah seramai tiga orang. Novel pula lebih. Ada menjangkau 300 orang. Latar cerpen satu atau dua tempat sahaja berbanding novel bersifat infiniti.
Di majalah panjang sebuah cerpen adalah sekitar seribu sehingga 2000 patah perkataan. Sesuatu karya fiksyen dipanggil cerpen selagi tidak melebihi 40,000 patah perkataan.
Apa yang menjadikan sebuah novel hidup adalah perincian kecil dalam satu episod besar.
Elemen asas novel ialah Topik, latar (tempat, masa, masyarakat), aksi, dialog. Elemen asas novel digunakan untuk setiap babak. Jalan cerita adalah susunan babak.
Plot bukan jalan cerita, ia adalah titik temu sebab dan akibat. Sebagaimana di sebut Tuan Haasan Jaidin, “Ini contoh yang popular. ‘Raja mangkat dan kemudian Permaisuri mangkat’ adalah cerita tanpa plot. ‘Raja mangkat dan kemudian Permaisuri mangkat akibat jatuh gering kerana sedih yang teramat sangat terhadap kemangkatan Raja’ adalah cerita yang ada plot.”
——-
Ubah sejarah dan cipta kejayaan kecil melalui penulisan
April 7, 2010
Teruskan membaca entri di bawah
——-
Hari ini saya mendapat khabar gembira. Berkat keyakinan dan kesabaran, peserta bengkel penulisan rencana yang menyertai bengkel dua hari lalu menghubungi saya melalui emel. Beliau memaklumkan hasil penulisan pertama muncul dalam Berita Harian ruangan Surat Pembaca. Selepas dua hari berbengkel.

Ruang Surat Pembaca mempunyai kepentingan tersendiri. Di sebuah penerbitan majalah pernah memaklumkan kepada saya salah satu kriteria mereka mengambil kakitangan baru jika calon menjawab ya jika disoal, “Pernah menghantar kepada surat pembaca?”
Surat pembaca adalah ruangan keprihatinan. Bagi mereka yang tidak mengikuti kaedah penulisan yang berstruktur menggunakan model penulisan, penulisan dan pemasaran, surat pembaca akan bertukar menjadi surat marah-marah dan melepaskan geram.

Surat pembaca adakalanya tidak ditulis oleh individu itu sendiri, sebaliknya orang lain yang merasakan wajar maka ditulis dan dihantar ke ruangan ini. Dalam kes alumni kursuspenulisan.com, mereka menjadi wakil rakyat kepada rakan-rakan yang berhadapan situasi.
Mereka menulis dan membuat hujah yang baik agar mesej sampai. Atas dasar membantu itulah menjadi satu sebab mengapa ada yang datang ke kursus penulisan. Mereka adalah penting kepada orang lain.
Surat pembaca adalah ruang mencambah idea rakyat kepada pembaikan sistem. Ia dibaca tidak kurang 100,000 orang setiap hari berdasarkan rekod jualan akhbar tempatan. Meskipun ia ruangan percuma, bukan mudah melepasinya melainkan surat pembaca mempunyai nilai berita.
Bagi penulis baru muncul dalam surat pembaca adalah permulaan kepada penulisan yang lebih mendalam dan serius serta pelbagai. Kerana itu ruangan surat pembaca adalah ruangan melatih, bereksperimen, mencuba kaedah penulisan dan strategi menggunakan fakta serta perbandingan.
Keyakinan sedikit demi sedikit muncul kesan daripada surat pembaca.
Jika tuan dan puan bertanya kepada saya di mana saya bermula, jawapan saya, “Di surat pembaca itu tempat saya membina tembok keyakinan sedikit demi sedikit sebelum menulis rencana dan 15 buah buku hari ini.”
Terima kasih kepada ruangan surat pembaca.
Ahad ini 11 April 2010, enam orang peserta bengkel penulisan rencana akan berkampung. Kemudian diikuti pada hari Sabtu 17 April.
Bengkel penulisan rencana pada Sabtu 17 April masih ada kekosongan. Klik di sini bagi mendapatkan maklumat lanjut.
———–
Nota: Ketika ini saya sedang menulis blog seni menjalankan dan mengurus bisnes di blog cara blog shop. Tuan dan Cik Puan dialu-alukan membaca dan memberi komen. Klik di sini.
——-











