Memberi nilai tambah karya melalui teknik penulisan
Mei 31, 2010

Sebuah buku berkulit keras berwarna hitam
Mei 25, 2010
Ia berkaitan dengan nilai tambah.
Jawatankuasa kerja sukarela yang menggerakkan Baca@LRT percaya kepada nilai tambah dalam apa yang kita usahakan. Agar ia dapat dibawa pulang dan dikongsi kepada semua.
Saya berkesempatan mencatat beberapa isi daripada bicara buku Fredrik Härén di Kinokuniya, KLCC.
Fredrik Härén memperkenalkan bukunya the Idea Book. Sebuah buku berkulit keras berwarna hitam. Tanpa nama di kulit buku ia menjadi buku kreativiti pengurusan bisnes terlaris antarabangsa.
Fredrick mengajukan tiga soalan penting kepada hadirin.
Pertama, adakah kreativiti penting dalam kerjaya?
Kedua, adakah anda individu kreatif?
Ketiga, adakah organisasi anda sudah cukup memberi ruang kreativiti?
Dalam tiga persoalan itu, Fredrick memaparkan peratusan jawapan yang diberikan oleh hadirin sepanjang seribu kali pembentangan awam yang dikendalikan.
98 peratus berkata ya kreativiti penting dalam kerjaya
45 peratus berkata ya mereka kreatif. Di Singapura respons sekitar 20 sehingga 30 peratus.
2 peratus berkata organisasi mereka memberi ruang kreativiti.
Idea ; Bajet alat tulis menjadi bajet membeli buku
Mei 22, 2010
Katanya, “Saya berfikir bagaimana mahu menjual sebuah buku yang juga dikategorikan sebagai buku pengurusan ini sebelah-menyebelah dengan 11,000 buah judul dalam kategori yang sama. Oleh demikian saya mengubah konsep buku itu sendiri.”
Fredrick mengubah konsep buku yang selama ini difahami sebagai catatan demi catatan dalam setiap helai dari awal sehingga akhir. Beliau mengenalpasti di organisasi-organisasi, mereka mempunyai dua jenis bajet.
Pertama, bajet pembelian buku dan kedua, bajet pembelian alatan pejabat seperti kertas, fail, pen dan seumpamanya. Bajet ini jauh lebih tinggi berbanding bajet pembelian buku.
“Saya mendapat idea. Buku saya dapat dimasukkan dalam bajet pembelian buku. Tetapi jumlahnya kecil dan bersaing dengan judul lain. Kemudian mereka membeli buku saya dengan bajet alatan pejabat kerana nilai buku nota yang kosong itu di dalam buku saya. Maka saya mendapat kedua-duanya!”
Apakah itu idea jika 1+1 = 3
Mei 22, 2010
Apakah itu idea?
Fredrick memberi salah satu definisinya. Idea adalah gabungan dua formula menjadi satu formula baru.
Misalnya gabungan antara kapal laut dan payung terjun atau antara teater dan sarkis. Apakah kombinasi ini akan membawa dua idea baru?
Penghasilan idea melibatkan penglibatan individu (p), pengetahuan sedia ada (k) dan informasi tambahan yang mencetuskan inspirasi baru (i), maka formulanya
Idea = P (K+I)




