Buku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013

4

Oktober 21, 2012 oleh zamrimohamad


Dipetik daripada laman Facebook Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur,  “Bagi mereka yang tertanya-tanya tarikh Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012, ia akan diadakan pada 26 April hingga 5 Mei 2013.”

Bagaimana kita memanggilnya, “Pesta Buku 2013?”, “PBAKL 2013?”, “KL Book Fair 2013?” semuanya sama, manusia membanjiri PWTC.

Mengapa tunggu pesta buku sebagai seorang pembaca? Tukar diari menjadi seorang penulis di sini

Apakah buku-buku yang akan dapat ditemui pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 nanti? Kita bermula dengan buku-buku yang pernah muncul di booth PTS Media Group.

Set untuk penulis

Kaedah penulisan

Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas

Ketahui bagaimana cara hendak menambahkan pendapatan dengan menulis artikel di majalah-majalah. Menjadi seorang penulis bebas tidak sekadar tertakluk kepada bakat semata-mata.

Kaedah pengurusan masa, kaedah membina matlamat dan strategi menjana idea adalah faktor-faktor yang membantu seorang penulis bebas dalam pengkaryaan.

Inilah antara perkara-perkara yang jarang disebut tetapi penting dalam merancang kejayaan.

Tip Menjadi Penulis Bestseller

Tip Menjadi Penulis Bestseller memberi fokus kepada cara-cara menulis buku bukan fiksyen.

Ia mendedahkan bagaimana cara menulis buku bukan fiksyen berdasarkan pengalaman hidup dan kerjaya yang akan menjadi semuah buku yang ditunggu-tunggu pembaca.

Kaedah memasarkan penulisan

Urus Bisnes dengan Google

Urus Bisnes dengan Google membimbing kita mengenali dan mahir menggunakan aplikasi Google.

Antara aplikasi Google yang penulis huraikan adalah Gmail, Google Talk, Google Profile, Google Docs, Google Calendar, Google Groups, Google Maps, Google Alerts dan Google Search.

Ia ditulis secara langkah demi langkah, satu per satu, dengan dibantu oleh screenshot yang mudah difahami dan diikuti secara langsung oleh pembaca

Mudahnya Bisnes dengan Blog Shop

Buku ini menjadi panduan kepada peniaga-peniaga kecil di seluruh negara bagi mengatur strategi membuka blog bisnes sendiri. Meskipun tidak ada asas membina web sendiri. Gunakan formula yang terbukti berkesan, iaitu ‘mulakan dengan apa yang di tangan!’

Mudahnya Bisnes dengan Forum Online

Dia tidak tahu membina laman web ataupun membuat blog, tetapi dia menjual produk dari Internet. Bunyinya mustahil, tetapi dia lakukan setiap hari. Bagaimana?

Dia mengikuti petua ini, “Berniagalah di tempat orang berkumpul di Internet.”

Di mana mereka berkumpul seperti berkumpulnya orang di warung? Hanya di satu tempat bernama Forum Online. Forum Online menukarkan cakap-cakap orang ramai menjadi wang.

Cara itu akhirnya dibukukan meskipun ada yang cuba merahsiakan.

Peniaga kecil, pekerja yang berniaga sambilan, suri rumah dan pelajar memiliki buku ini dan mencipta telaga bisnes mereka sendiri.

Mudahnya Bisnes dengan Forum Online memberikan petua;

(1) Menukarkan rakan menjadi pelanggan di Forum Online.
(2) Menjual produk dan perkhidmatan sendiri ataupun orang lain secara cepat, mudah dan praktikal.
(3) Mempromosi dan menjual secara berpanjangan.

Buku ini mendedahkan kaedah Show Don’t Tell yang digunakan berkali-kali oleh peniaga di Internet. Jadikan buku ini di sisi kita ketika menggunakan Internet. Buku ini menjadi penasihat kepada bisnes kita.

Mengapa tunggu pesta buku sebagai seorang pembaca? Tukar diari menjadi seorang penulis di sini

4 thoughts on “Buku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013

  1. nurul akmal berkata:

    berikan kami alamat dimana pesta buku itu dijalankan…sila bri jawapan secepat mungkin…tq

  2. intan berkata:

    nak kerja part time !

  3. Buku yang sangat bermanfaat untuk memulai sebagai penulis..

  4. What’s up it’s me, I am also visiting this site daily, this site
    is truly good and the viewers are genuinely sharing fastidious thoughts.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 324,215 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: