Cerita blog ini

November 9, 2007

zamri_k.jpgMotivasi Minda adalah nasihat daripada diri kepada diri sendiri.

Motivasi ditafsirkan oleh penulis blog ini sebagai mencari sebab dalam apa jua tindakan. Setiap entri yang dipaparkan secara umum kepada khayalak pembaca mempunyai sebab dan alasan tersendiri.

Minda bermaksud pemikiran atau fakuliti insani.

Apabila perkataan Motivasi Minda digabungkan, ia membawa maksud berfikir dan mencari maksud setiap tindakan dengan alasan yang jelas

Penulis mewujudkan blog bersifat terbuka ini sebagai satu peringatan, satu catatan pengalaman dan satu proses pendidikan diri yang turut dikongsi kepada para pembaca blog ini. Istilah Motivasi Minda adalah satu nasihat kepada diri penulis. Ini bukanlah blog motivator sebagaimana disangka ramai. Zamri Mohamad adalah penulis bebas.

Pada awalnya Motivasi Minda disangka oleh para pengunjung sebagai sebuah blog motivasi oleh motivator. Penulis tidak menganggap dirinya sebagai motivator tetapi meletakkan dirinya sebagai rakan siber para pengunjung. Sebagai rakan semestinya diri perlu memenuhi ciri-ciri rakan iaitu saling mendorong, berkongsi perkara yang baik dan bersedia memperbaiki diri dan keadaan melalui teguran, kritikan dan cadangan.

Selain daripada blog ini, penulis juga memiliki blog yang hampir sama di pautan www.motivasimindamu.blogspot.com

Selain itu, laman web www.zamrimohamad.com menjadi medium penghubung rasmi penulis dengan para pembaca buku tulisan beliau dan pelayar-pelayar blognya.

8 Responses to “Cerita blog ini”

  1. omen Says:

    salam kenal


  2. Salam kenal kepada saudara

  3. mylan Says:

    saya berminat nak bekerja sendiri di rumah, boleh senaraikan peluang-peluang yang boleh saya usahakan..


  4. Apakah kecenderungan dan minat tuan?

  5. fiz Says:

    BAGAIMANA MELAYANI ANAK YATIM YANG USIA 3 TAHUN

  6. fiz Says:

    BAGAIMANA NAK MEMBINA SEMANGAT SELEPAS KEMATIAN SUAMI DAN CARA MENGUATKAN SEMANGAT UNTUK MEMBESARKAN ANAK YANG SEUSIA 3 TAHUN

  7. GOLDEN Says:

    Kini anda sudah temui formula berkesan tanpa ada keraguan lagi… bertindak sekarang!
    “Mahukah Anda Mengetahui Langkah Terpantas, Termudah dan Selamat Untuk Menjadi Usahawan Internet Berjaya?”
    Membuat keputusan yang bijak untuk diri anda adalah amat kritikal.

    Jangan sesekali membenarkan diri anda membuang masa, usaha dan wang ringgit lebih banyak lagi kerana berdegil mahu mencari “pengalaman” meneroka peluang yang berlambak di internet secara sendirian dan gagal?

    Izinkan kami membantu anda sekarang…www.realonlinebiz.ws/famiza


Leave a Reply