Tulis buku boleh jadi jutawankah?
2September 1, 2006 oleh zamrimohamad
“Saya pernah rasa yang saya yang paling hebat dan paling bagus. Tetapi saya silap. Saya ingatkan saya lebih bagus sehinggalah saya jumpa orang yang lebih bagus dan lebih hebat. Satu nasihat saya, merendah diri,” respon Tuan Azizi Ali kepada soalan pelajar bagaimana hendak menjadi jutawan dan berapakan nilai dirinya.
Beliau berkongsi pendekatan jutawan dengan menekankan pecahan beberapa jenis pendapatan iaitu pendapatan linear iaitu gaji bulanan, pendapatan portfolio seperti unit amanah serta sahama dan pendapatan pasif iaitu menghasilkan satu benda yang menjana pendapatan berkali-kali.
Contoh pendapatan pasif yang dikongsikan beliau ialah menulis buku. Ramai yang terkejut kerana mereka menyangka Tuan Azizi Ali akan bercerita tentang saham dan pelaburan. Beliau mengatakan buku Millionaire From Different Planet telah menambah pendapatan pasifnya sejak diterbitkan tahun 2000 sehingga kini.
Tiga anak muda yang duduk di belakangku masing-masing bercakap sama sendiri, “Entah betul entah tidak menulis boleh jadi kaya. Boleh percayakah?”
Buku-buku dijual dengan diskaun 50% (sekitar RM30.00) sebuah buku
Berpusu-pusu keluar selepas program
Tulis buku yang membantu banyak orang-orang lain menjadi jutawan, macam buku-buku terbitan PTS PRO itu (termasuk sebuah buku sdr “Cari Duit…”). Penulis macam ini lebih mulia kedudukannya, dan lebih banyak pahalanya! Apabila orang Islam banyak jutawan, maka banyaklah zakat dan sedekah mereka.
Benar kata Puan, hatta Tuan Azizi Ali pun menyebut beliau hanya satu-satunya penulis buku kewangan Muslim-Melayu di Malaysia…. Sepanjang dua jam beliau selit-selitkan mesej suruh hadirin menulis buku