Delaware? No!

2

Januari 4, 2007 oleh zamrimohamad


Paparan imej balasan dari University Trinity, kampus utama Texas.

Email saya kepada pihak universiti untuk mendapatkan maklumat.

  • Jawapan yang diberikan sangat mudah.

    Zamri,
    Delaware? No.
    Try our website….much easier to navigate: http://www.trinity.edu.

    Take care,

    Eric A. Maloof
    Associate Director
    Coordinator of International Admissions
    Trinity University
    Office of Admission
    One Trinity Place
    San Antonio, TX 78212

    210.999.7207
    800.TRINITY
    210.999.8164 (fax)

    Inilah jawapan yang diberikan oleh Tuan Eric A. Maalof apabila aku bertanyakan sama ada Universiti Trinity mempunyai cawangan di Delaware dan sama ada ia diakreditasi oleh badan pendidikan di Amerika Syarikat.

    Jawapan yang mengecewakan. Mencari jawapan atas kebenaran tentang seorang motivator berwarna-warni yang bukunya hampir kesemua di almari sejak tahun 2004 lagi. Semuanya kesan daripada kenyataan beliau di laman webnya bahagian anugerah,

    MA in Mass Communications, Trinity University, Delaware, USA – 1991

    Menarik benar hikmah di sebalik situasi ini. Apa kata saudara-saudari cuba semak setiap satu dengan menghubungi badan pendidikan di negara yang disebut atau Lembaga Akreditasi Negara (lewat memberi jawapan)

Catatan: Semalam hampir 2 jam lebih aku dan rakan yang sedang menyiapkan tesis sarjananya dalam bidang politik duduk di hadapan komputer memeriksa satu persatu anugerah yang diberikan kepada motivator ini. Dari ijazah, nama universiti, lokasi dan latar belakang kawasan itu sendiri disiasat. Kemuncak kepada pencarian ini akan tiba dengan jawapan pihak LAN. Tujuan saya bukan untuk memburukan mana-mana pihak. Saya amat meyakini dengan latar belakang pendidikan beliau menjadi asas kepada ilmu yang disampaikan. Setiap sen saya laburkan untuk memiliki karya dan produk beliau sebagai pelaburan ilmu bersandarkan kepada keyakinan ini sejak tahun pertama di universiti.

Apabila timbul isu ini, saya lebih suka bertanya terus ke pihak yang rasmi. Lebih meyakinkan bak kata iklan kerajaan di TV1 dulu.

Jika kenyataan diberikan benar, saya tidak ragu-ragu mengatakan ia benar, jika sebaliknya saya hanya mengetengahkan jawapan pencarian saya. Para pengunjung bebas membuat andaian sendiri.

Advertisements

2 thoughts on “Delaware? No!

  1. rastom berkata:

    Dalam undang undang pendaftaran syarikat di USA, seingat saya, di Delaware cukup mudah. Maka terlalu banyak pendaftaran untuk pelbagai jenis niaga dibuat atas nama Delaware. Saya masih kabur, motivator yang mana yang sedang diselidiki, yang Tuah tuah Jebat itukah?

  2. Blog Rasmi Motivasi Minda berkata:

    Ya. Saya email bertanya sama ada kampus utama Universiti Trinity di Texas mempunyai mana-mana universiti di Delaware dengan nama yang sama, sama ada cawangan sendiri atau institusi lain dengan nama yang sama. Mereka menafikan ada cawangan di Delaware. Saya sudah pening kepala.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 360,997 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: