Macam-Macam: Lelaki iklan internet cari teman sekubur

Tinggalkan komen

Mac 24, 2007 oleh aliman


Berita Harian Sabtu, 24 Mac 2007
Macam-Macam: Lelaki iklan internet cari teman sekubur

NANJING: Seorang lelaki bujang China menyiarkan iklan di internet untuk mencari teman sekubur bagi memastikan dia tidak kesunyian selepas kematiannya.

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Li, 45, berkata dia sedang berbual dengan rakannya di sebuah bar dan mereka berbincang mengenai kehidupan dan kematian dan idea mencari teman sekubur tiba-tiba muncul.

Iklan itu menyebabkan Li menerima pelbagai pandangan, tetapi seorang wartawan dari Jinling Evening Post adalah orang pertama yang menghubunginya kerana berasa hairan dan ingin mengetahui lebih lanjut.

“Saya hanya mahu mencuba dan tidak kesal jika gagal. Saya tidak mahu apa-apa hubungan dengannya dan hanya mahu mencari seseorang untuk berkongsi kubur saya,” katanya. – Agensi

Tinggalkan komen

Jumlah Pelawat

  • 385,021 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan