Motivasi bagi pelajar bercinta

7

April 26, 2007 oleh zamrimohamad


  • Berita terkini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 bermula pada 19 Mac sehingga 28 Mac 2010
  • Sejumlah 14 buku tulisan Zamri Mohamad terbitan PTS Publication and Distributor akan menemui pembaca diPWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010(KLIBF 2010)
  • Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS MilleniaPTS ProfessionalPTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS IslamikaPTS Fortuna dan PTS Litera
  • Entri terbaru di bawah

    —–

    Motivasi bagi pelajar bercinta.

    Bukan saya yang menulis perkataan ini. Tetapi ia adalah salah satu kata kunci yang ditulis oleh seorang pengunjung sehingga bertemunya dengan laman web ini. Saya selalu katakan, jika seorang remaja dikata jangan bercinta, maka itulah yang akan dibuatnya. Sebabnya, pengaruh rakan-rakan menjadi model yang membuktikan cinta ketika sekolah tidak membahayakan tetapi nampak menyeronokan.

    Cinta pada peringkat sekolah dilihat sebagai seronok-seronok. Berkeperimentasi dengan rasa ingin dilihat dan diperhati dengan lebih istimewa oleh seseorang. Mereka tidak dapat mengembangkan wawasan cinta mereka kerana pengalaman dan pandangan hidup yang terhad.

    Jika dikatakan jangan kerana pelajaran akan merosot, hidup lalai, fikiran tidak matang dan seribu satu alasan negatif, mereka akan mengandaikan kita sebenarnya berkata, “Oh aku budak lagi, bodoh dan tak tahu berfikir. Dia fikir dia siapa hendak merendah-rendahkan aku begitu.”

    Agak-agaknya adakah nasihat kita berhasilkah?

    Ada satu cadangan yang saya cenderung untuk bersetuju dan mungkin boleh ditambah lagi oleh kita semua di sini. Buat satu senarai semak diri (checklist) cinta. Bagaimanakah caranya?

    Teguran dengan memberi senarai semak. Misalnya,

    “Aida, orang yang bercinta orang yang hebat.”

    “Sebab apa? ” tanyanya.

    Dalam hati dia sudah seronok kerana sangkanya sudah mendapat lampu hijau.

    “Yalah, orang bercinta hidup dia lebih bersemangat. Dia tidak membuang masa. Lebih rajin belajar. Lelaki yang baik selalu membuat kita sayangkan dan hormatkan ibu bapa kita. Dia akan tegur kita kalau kita lalai. Dia akan tegas kalau pelajaran kita merosot. Orang bercinta orang yang cemerlang. Dia akan dipuji sebab tahu jaga diri dan agama.”

    “Kalau orang bercinta gagal?”

    “Kalau orang bercinta gagal dalam pelajaran, rakan-rakan sudah jauhkan dirinya, sudah degil dan tak mahu mendengar kata maknanya cinta itu bukan cinta. Maknanya orang itu bukan pecinta yang hebat. Abang tak nak jadi macam itu. Malulah, nanti kawan-kawan tanya, teman lelaki atau teman perempuan istimewa awakah yang dapa nombor 30 dalam kelas. Malunya. Adik mahukah?”

    Saudara dan saudari ada cadangan lebih baik berbanding ini. Kongsi-kongsikan!

    7 thoughts on “Motivasi bagi pelajar bercinta

    1. FITRI ASLINDA berkata:

      saya akan menduduki peperiksaan SPM tetapi saya sedang bercinta….tapi bagi saya boyfren saya tidak menganggu untuk saya belajar….bagi saya cint, cinta, belajar, belajar…tetapi saya takut kejadian semasa saya ting 3 berulang lagi….harap tahun ni tidak…

    2. fiz___ berkata:

      ada yg kate cinta di peringkat awal sekola adalah salah..adakah ianya benar??

      =aku kni berada di ting.1 manakala pasangan ku ting.2..

      kami masing mmpunyai perasaan yg sama..
      aku suka padanya & dia juga begitu..

      aku amat mnyukai sifatnya yg penyabar&mementingkn soal AGAMA..

      sbelum ini,aku seorg yg tidak mementing kn pelajaran..bagi ku pelajaran itu penting ketika peringkat SPM..ketika itu baru pelajaran amat penting..
      tapi kini,setelah aku dan si dia bersatu dia byk membuat aku berubaH..seperti,
      -aku kni semakin bersemangat utk belajar
      -klo dlu aku seorg yg sering tingglkn perkara yg WAJIB di lakukan bgi umat ISLAM..skrg aku sudah sedari smua itu..
      -aku menyedari diri aku lebih matang dari dulu..

      akhir kata..aku menganggap die sbgai penguat semangat ku..
      tetapi aku tidak pernah lupa akan TUHANku ALLAH s.w.t. yg t’lah mncipta kn persaan CHENTA ku kpd NYA &si DIA..

      aku juga ingin panjatkn doa ku agar CHENTA KAMI berkekalan shingga ke AKHIRNYA..insyaALLAH…

      sekian,
      MIRA-didi
      &HAFIZ

    3. Anis berkata:

      Aku kini berada di menara gading..
      PMR ku hancur akibat cinta..
      Mamaku selalu pesan agar jangan bercinta di bangku sekolah.. tapi.. au degil dan tidak hiraukan pesanannya.. akibatnya.. PMRku berkecai..
      Dikala SPM, aku bertekad tidak akan mengulangi perkara bodoh itu lagi.. Masa depanku masih jauh.. nun disana… Aku tumpukan sepenuh hati pada pelajaranku.. aku tidak mahu bercinta, walaupun hasutan kawan bertubi2 melanda..
      Hasilnya aku dapat mengubah nasib hidupku dengan mendapat 8A dalam SPM..
      Syukur Alhamdulillah..
      terima kasih ya Allah.. kerana memberi hidayah kepadaku.
      Kini aku berjaya jejakkan kaki ke Menara Gading..

      Ingatlah pelajar2 yang sedang dilamun CINTA.. Sedarlah anda sebelum terlambat…
      SEE U D IPT..

    4. athirah berkata:

      saya rasa agak bagus untuk pelajar sekolah menengah.ianya disebabkan ramai pelajar yg tergoda dan akhirnya menyesal..

    5. finance help berkata:

      It’s in fact very complicated in this active life to listen news on TV, so I just use world wide web for that reason, and get the most up-to-date news.

    6. My brother suggested I might like this blog. He was totally right.
      This post truly made my day. You can not imagine just how much time I had spent for this information!
      Thanks!

    7. Great beat ! I wish to apprentice while you amend your website, how
      could i subscribe for a blog web site? The account helped me a acceptable deal.
      I had been tiny bit acquainted of this your broadcast
      offered bright clear concept

    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s

    Jumlah Pelawat

    • 356,185 pembaca

    Klik Seminar Kami

    Buku tulisan saya

    Kategori

    Koleksi Penulisan

    %d bloggers like this: