Malu-malu

Tinggalkan komen

Mei 7, 2007 oleh zamrimohamad


Rakan saya, Wan Muhammad Haeqal W. Husin memerhatikan pengunjung-pengunjung yang datang ke gerai jualan buku terbitan PTS pada hari Rabu ketika sesi Pembaca Bersama Penulis. Ketika itu, bersama saya ialah Tuan Shamsuddin Kadir, penulis dan pakar kewangan dan saudara Ahmad Yusof Ibrahim, penulis siri perhubungan dan cinta remaja.

Saya ditanya oleh Haeqal, “Kenapa buku Magnet Cinta ramai pelajar sekolah rendah yang beli?”

Tanyanya membuat saya terfikir. Oh, rupa-rupanya ada pembaca yang segan dan mengirimkan buku tersebut untuk ditandangani saya di gerai jualan tersebut.

Masakan tidak, ada yang menghulurkan buku Magnet Cinta dari papan gerai sebelah, hanya separuh wajah sahaja saya dapat lihat. Ketika menghulurkan buku itu semula kepada pembeli, masih hanya kelihatan separuh mukanya.

Rasa-rasanya dalam urus jual beli terbuka seperti ini, agak segan untuk membeli dan memiliki buku perhubungan dan cinta ya?

Tapi tak mengapa, jika saudara dan saudari yang membaca buku ini dan memilikinya dari Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, satu mesej yang ingin saya sampaikan.

Saya sentiasa mengalu-alukan dan gembira dengan segala pandangan dan komen para pembaca di laman web Motivasi Minda (klik untuk ke laman web rasmi)

Untuk saudara Haeqal, saya andaikan:

Magnet Cinta yang dibeli itu adalah hadiah daripada adik yang menyayangi kakak, abang atau kakak dan abang iparnya. Maka dihadiahkan Magnet Cinta. Logik jawapan ini?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 360,203 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: