Cerita dari persidangan antarabangsa

Tinggalkan komen

Mei 16, 2007 oleh zamrimohamad


aya baru sahaja pulang dari persidangan antarabangsa Pengurusan Menurut Perspektif Islam di Hotel Hilton anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Seminar dua hari ini bermula dari 15 hingga 16 Mei 2007. Saya berada di sana sekadar setengah hari bagi tujuan berita buletin.

Berjumpa pula dengan saudara Zarifi Daud, bekas presiden Majlis Perwakilan Pelajar UIAM tahun 2005. Sembang panjang kami berdua sementara menunggu sesi seterusnya. Beliau menghasilkan buku bersama Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof. Sedang menanti-nanti bukunya berada di pasaran.

Banyak perkara baru saya belajar dari program seperti ini. Dari cara kerja. protokol dan berkomunikasi mengikut kelas pendidikan dan status yang dicipta dalam masyarakat kita. Insya Allah, dalam setengah hari sahaja kita boleh membawa balik sesuatu sebagai cermin hidup diri.

Saya juga melihat bagaimana cara kerja wartawan-wartawan bertugas. Salah seorang wartawan senior tersebut mempunyai magnet tersendiri. Jika dia tidak pulang, wartawan-wartawan lain yang lebih muda juga tidak pulang. Tidak pulang maknanya ada sesuatulah. Jadi perhati-perhatikan keadaan.

Rupa-rupanya sidang akhbar selepas program adalah sesuatu yang penting dalam mana-mana acara. Ia adalah peluang untuk wartawan menambah nilai berita jika majlis tersebut tidak dapat memberi sumber yang secukupnya.

Amat penting untuk mengadakan sidang akhbar dalam membantu mengangkat nilai berita, memudahkan kerja wartawan dan membantu mempromosikan program sedia ada. Ia berbeza jika sekadar memberi kenyataan akhbar secara faks selepas majlis.

Siapa kata. Bukan saya kata. Penasihat Media, encik Halim Taib memberitahu saya.

Sebagai penulis, program seperti ini saya penting bagi saya. Ia adalah tempat mencari idea dan bahan-bahan baru melalui situasi, bahan bacaan yang diberi dan pemerhatian. Boleh jadi ia boleh menjadi bahan yang bagus untuk menjadi bahan bacaan awam kelak.

Ia juga menjadi tempat pertemuan rakan-rakan lama dan rakan-rakan baru yang kita kenali walaupun ketika itu kita sedang menghadap komputer yang disediakan penganjur (Oh ketika itu saya sedang menggunakan perkhidmatan wireless, ada seorang sahabat baru saya kenal di sebelah)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 362,331 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: