Selamat Hari Guru

Tinggalkan komen

Mei 16, 2007 oleh zamrimohamad


Guru-guru di sekolah yang terakhir sekali mengajar saya di Sekolah Tinggi Melaka pada tahun 1999-2000. Kepada guru-guru yang sebelumnya juga tidak saya lupakan. Tanpa mereka, siapalah saya.

Terima kasih kepada guru-guru.

  • SEJARAH DUNIA & MALAYSIA Cikgu Manogaran a/l Ramasamy. Guru yang menghadiahkan sebatang pen kepada semua pelajarnya pada hari akhir sebelum peperiksaan STPM. Saya dedikasikan anugerah pelajar Sejarah Terbaik, Hadiah Tuan Haji Rafie Mahat 2000 kepada beliau.
  • SEJARAH ISLAM Cikgu Sim Swee Neo. Guru yang sangat tegas tapi mesra. Guru pertama yang menerima tugasan saya yang ditulis menggunakan mesin taip. Satu-satunya tugasan tanpa menggunakan pen di kelas.
  • PENGAJIAN PERNIAGAAN Cikgu Koh Boon Poh. Guru yang paling banyak menerima kunjungan di hospital pada satu-satu masa. 30 pelajar datang menziarahinya selepas waktu sekolah ketika beliau dimasukkan hospityal.
  • PENGAJIAN AM Cikgu Mazlan Salleh. Guru yang berkongsi pengalaman bagaimana kegagalan boleh menjadi ubat untuk kita berjaya. Kisah pelajar si penoreh getah yang bangkit semula tidak akan saya lupakan. Insya Allah.
  • EKONOMI Cikgu Shirley Chua. Guru yang suka bermain badminton. Selalu mencabar pelajar-pelajarnya dan berkongsi cerita.
  • MUET Cikgu Rose Hafizah Lim. Guru yang pernah berkata kepada saya, “Walaupun bahasa Inggeris kamu teruk, tapi kamu sangat yakin.”
  • Matematik tingkatan 2 Cikgu Abdul Rashid Sarmani. Guru yang mengajar saya konsep jemaah dan hidup dalam naungan agama. Usrah mingguan beliau di rumahnya tidak akan saya sia-siakan. Cikgu pertama memperkenalkan saya kepada NGO dan ilmu perbandingan agama.
  • Sejarah tingkatan 2 Cikgu Rejab Abdullah. Cikgu yang mengajar falsafah hidup, percaya kepada rakan, setia kepada sahabat dan semangat berjuang untuk sesuatu.

http://members.aol.com/zamrimohamad/u6a2.html

Lain-lain entri zaman sekolah saya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 361,847 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: