Bisnes Mamak : Habib Jewel

Tinggalkan komen

Mei 20, 2007 oleh zamrimohamad


Sebahagian dari bab dalam buku Rahsia Bisnes Mamak

Habib Jewel mencipta ikutan penuh kreativiti

Sejarah Habib Jewel dengan nama perniagaan M.A. Habib Mohamed bermula di Pitt Street, Pulau Pinang. Ia diasaskan oleh Tuan Haji Habib Mohamed pada tahun 1958. Bermula dari sebuah perniagaan keluarga, ia berkembang sebagai Habib Corporation Berhad yang tersenarai sebagai perniagaan berlian yang pertama disenaraikan dalam papan bursa saham pada tahun 1999 di bawah kepimpinan anak lelakinya, Meer Sadik Habib. Perkembangan Habib Jewel bukan sahaja sebagai memperniagakan berlian semata-mata, ia berkembang dalam pembuatan, jualan, pemasaran dan francais. Sehingga kini Habib mempunyai 14 cawangan di seluruh negara.

Habib Jewel mementingkan kualiti dan rekaan berlian terkini dalam usaha memastikan ia memperolehi pengiktirafan antarabangsa. Melalui pengiktirafan antarabangsa, Habib Jewel menjadi sebuah entiti perniagaan yang dipercayai pelanggan-pelanggan termasuk di Eropah, Amerika Syarikat, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Semangat kerja yang profesional dan mementingkan kepada mutu rekaan serta kajian pasaran yang berterusan menjadikan Habib Jewel bertahan dan pesaing yang kompetetif dalam industri ini. Habib Jewel disenaraikan sebagai perniagaan berasaskan hiasan berlian terbesar Malaysia.

Bagi memperkukuhkan jenama dan memperkembangkan rantaian perniagaan, Habib Jewel membuat langkah usahasama dalam perniagaan. Pengeluar berlian hiasan antarabangsa seperti koleksi Queen’s Heart dan berlian potong. Heart on Fire dari Amerika Syarikat merupakan dua entiti perniagaan berlian antarabangsa yang menjalinkan kerjasama perniagaan dengan Habibn Jewel. Amalan menang-menang ini menjadikan reputasi ketiga-tiga perniagaan ini lebih kukuh dan perkembangan jenama ketiga-tiga entiti perniagaan ini diyakini oleh para pelanggan.

Habib Jewel menekan kepada kredibiliti dalam perniagaan, karisma dalam mencipta idea dan harga berlian yang kompetitif sebagai teras dalam perniagaan ini. Sasaran menjadikan ia diiktiraf di peringkat antarabangsa adalah usaha jangka panjang yang ditekankan dalam perkembangan operasinya.

Menyedari betapa pentingnya pelanggan dalam Habib Jewel, nilai pelanggan ditekankan dalam moto perniagaan mereka. Meletakkan Habib Jewel sebagai perunding berlian peribadi pelanggan menjadi slogan yang menjadi falsafah perniagaan yang penting.

Meer Sadik Habib, generasi kedua keluarga Tuan Haji Habib Mohamed membuat kejutan dalam pemasaran berlian secara agresif yang telah menarik perhatian peminat berlian. Sehari sebelum Festival Berlian (Jewel Fest) dibuka, Habib Jewel telah mengeluarkan iklan penuh warna satu muka dalam akhbar The Straits Times, Singapura. Iklan yang dipersembahkan dengan penuh tarikan dan kejutan ini menawarkan berlian 20 karat pada harga empat juta ringgit Malaysia dan anting-anting dari harga dua ribu ringgit Malaysia.

Bagi memastikan iklan tersebut mematuhi undang-undang dan tidak menjejaskan reputasi entiti perniagaan itu sendiri, Meer Sadik Habib telah menggunakan khidmat tiga orang peguam di bahagian perundangan yang diwujudkan dalam organisasi Habib Jewel.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 363,129 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: