Hari ini adalah hari ilmu

Tinggalkan komen

Mei 22, 2007 oleh zamrimohamad


Dari kiri, Puan Nisah, Puan Jamilah, Puan Pn. Rashidah Mat Nor dan saya
Dari kiri. Saya, Tuan Shamsuddin, Tuan Balam Moses dan Bridget Menezes
Dari kiri. Saya, Teoh Shu Ning, Deborah Augustin, Aliff Firdaus, Darell Koh dan Puan Maya Iris

Hari ini adalah hari ilmu. Itu mengikut pandangan saya. Selama tiga hari ini bermula Isnin, Selasa dan Rabu, MPH mengadakan sesi fotografi bagi penulis-penulis bestseller. Temanya 50 tahun kemerdekaan negara kita. Pakaian tradisional merupakan pakaian yang digalakkan oleh penganjur.

Teringat pula kata Tuan Shamsuddin Ab Kadir yang hadir pada hari itu, “Kalau saya pakai baju Melayu pagi-pagi, nanti disangka hendak bernikah satu lagi.” Maka kot menjadi pilihan beliau.

Saya berpeluang belajar dari beberapa penulis dari penerbitan lain. Alhamdulillah, itulah yang saya sebut hari ini hari ilmu.

Penulis bernama Bridget Menezes berkongsi petua cerianya, “Mengapa perlu marah-marah jika orang lain tersilap ketika membawa kenderaan. Jika orang lain tersilap kita masamkan muka. Saya ubah cara saya, saya lambaikan tangan dan senyum mesra. Harapan saya agar dia akan lebih ingat peristiwa ini dan lebih berhati-hati. Bukankah memberi kebaikan lebih baik daripada memberi kebencian?”

Penulis Malaysian Flavours, Manglish dan A Nyonya Texas yang juga merupakan tenaga akademik di UKM, Puan Lee Su Kim, “Bagus untuk kamu menulis dalam bahasa kamu bagi keperluan anak-anak kampung. Saya sedang membuat sebuah buku humor terhadap orang Barat. Jika mereka boleh membuat humor terhadap kita, mengapa tidak kita? Humor ringan sebagai mendorong mereka berfikir”

Penulis-penulis lain yang turut hadiri ialah Puan Rashidah Mat Nor dari PTS Pro, penulis Kaedah Mengajar Sains, Puan Maya Iris, penulis buku Curahan Cinta Niagara, Puan Nisah Haron, penulis Mencari Locus Standi, Tuan Balam Moses, penulis Brickfields: A Time, A Place, A Memory,Tuan K. Kanagandram ahli Outstanding Citizen, Alif Firdaus yang juga penulis, kartunis dan ahli silap mata PTS One dan Puan Jamilah Samian penulis Cool Mum Super Dad. Dato Johan Jaafar juga ada di situ.

Saya mendapat inspirasi daripada tiga penulis muda yang datang untuk sesi fotografi. Mereka mengingatkan saya kepada pengalaman saya pada umur mereka sekitar 18-20 tahun. Finalis pertandingan MPH Young Writers ini mempunyai kesungguhan untuk berkarya dan saya harapkan mereka bakal menjadi penulis yang prolifik. Ucapan selamat saya kepada Teoh Shu Ning, Deborah Augustin dan Darell Koh.

Terima kasih MPH, karipap dan roti yang sepatutnya menjadi prop akhirnya dimakan oleh kami penulis-penulis. Apa pun MPH Mid Valley mempunyai pasukan kerja yang proaktif! Juga terima kasih kepada presiden Mahallah Ali, saudara Haeqal kerana sama-sama untuk agenda pagi ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 360,159 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: