KJ Method

Tinggalkan komen

Mei 22, 2007 oleh zamrimohamad


Puan Ainon sedang menyampaikan ceramah.
Sudah jam 6.00 masih berbincang tentang isu semasa.
Prof. Dr Ariff menulis ayat-ayat berpengaruh

Saya bersama teman-teman dan abang saya berpeluang ke bengkel penulisan KJ Method. Menjadi kewajiban mana-amana penulis di bawah naungan PTS untuk menghadiri kelas bimbingan penulis kelolaan jurulatih dan pengerusi PTS, Puan Ainon Mohd. Selepas kelas tersebut, abang saya juga berkobar-kobar untuk menulis tentang insuran. Kata Puan Ainon, “Tukarkan judulnya kepada pengurusan risiko.”

Saya berkesempatan menemui editor majalah Ana Muslim keluaran T-Blue dan seorang guru yang datang jauh dari Pulau Pinang. Inilah kebaikan apabila datang berkursus. Kita mengenali orang baru dalam hidup dan saling belajar serta berinteraksi.

KJ Method merupakan kaedah penulisan 3-4 buku serentak pada satu-satu masa. Ia diperkenalkan oleh Kawakita Jiro dari Jepun. Insya Allah setelah berbincang dengan sahabat-sahabat alumni Kolej Kediaman Ali Ibn Abi Talib, kelas KJ Method akan disebar luar ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Ia boleh digunakan bagi tujuan penulisan akhbar, majalah dan tesis.

Kami sedang dalam projek menjadi kolej ini pusat pendidikan alternatif. Iaitu memberi kemahiran-kemahiran tambahan dalam pelbagai bidang. Jika ada yang berminat memberi ceramah dalam apa jua disiplin, insya Allah ia boleh diusahakan. Setakat ini kami ada penceramah sukarela dalam bidang bisnes kecil. Bagi penulis-penulis yang ingin melatih diri mereka memberi pengucapan awam, saya menggalakkan mereka datang ke sini berkongsi ilmu. Terdapat satu bilik persidangan berhawa dingin untuk 30 orang pelajar Apa kemahiran saudara?

Berminat untuk memberi sumbangan?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 361,006 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: