Menjadi Usahawan Bidang Training

4

Jun 17, 2007 oleh zamrimohamad


Kursus sehari ini mempertemukan para penulis di bawah PTS dalam mempertajamkan kemahiran untuk menjalankan latihan bagi peserta-peserta kursus di bawah modul masing-masing. Menariknya, kursus ini menjadi ruang pertemuan rangkaian penulis untuk berbincang projek bersama yang hendak dibuat bagi penerbitan 2007 dan 2008.

Pada masa sama, ia menjadi tanda tanya kepada bekas wartawan TV3 saudara Adli dan bekas pengacara Bersamamu TV3 saudari Fifi tentang rahsia KJ Method yang membawa kepada penghasilan lima buah buku secara serentak pada satu-satu masa.

Jawapan kepada saudara Adli dan saudari Fifi, hadirilah kursus Adapatasi 24 Jun 2007 dan kursus KLJ Method pada Ogos nanti

Akhir progam buat saya bukan sahaja mendapat ilmu daripada Puan Ainon, tetapi satu lagi kerja baru dalam masa dua minggu ini, iaitu menulis bahagian pertama buku Panduan Temuduga Untuk Muslimah Moden. Ini adalah buku kedua dalam siri Muslimah Moden selepas Tip Urus Masa Untuk Muslimah Moden yang sedang disiapkan sebelum berakhirnya bulan ini.

Sebahagian daripada peserta kursus Menjadi Usahawan Bidang Training

Dari kiri

  • Kartunis, saudara Jonos
  • Penulis Hidup Tenang Walau Berhutang, Tuan Shamsuddin Kadir
  • Bekas wartawan TV3, Saudara Adli Effendy
  • Bekas Pengacara Bersamamu TV3, Noor Hafiza Saharuddin. a.k.a Fifi
  • Penulis Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas, Zamri Mohamad (belakang)
  • Mentor dan Pengerusi PTS, Puan Ainon Mohd
  • Penulis Rahsia Buat Duit dengan Internet, saudara Sabri Hassan Assa’ari (belakang)
  • Penulis siri PDA (Panduan dan Asas), saudara Amin Idris
  • PenulisMenjadi Remaja Smart Study – Persediaan Minda untuk Menjadi Pelajar Cemerlang , Tuan Osman Affan
  • Penulis 55 Petua Orang Berjaya, Tuan Hj Ahmad Fadzli Yusof

Catatan cerita dari saudara Amin Idris

Sebelum ini saya pernah menulis tentang kepentingan untuk sentiasa menambah kualiti dan nilai diri. Yang paling penting, kita mesti sentiasa ada kemahuan untuk belajar jika kita benar-benar mahu meningkatkan kualiti dan nilai diri.Hari ini, saya bersama geng RK Training menghadiri satu Kursus Menjadi Usahawan Bidang Training. Jurulatihnya ialah Sifu PTS sendiri, Puan Ainon Mohd.

Sepanjang kursus tersebut, banyak perkara yang telah saya pelajari. Di kesempatan ini, ingin saya berkongsi dengan anda beberapa perkara menarik;

1. Beza antara seorang chef dan seorang tukang masak ialah ‘tukang masak membuat masakan mengikut apa yang diminta manakala seorang chef ialah mencipta resipinya tersendiri untuk dimakan’.

Kaitannya dalam bidang training ialah; seorang jurulatih mesti mempunyai keupayaan mencipta modulnya tersendiri. Perkara ini tiada kaitan sangat dengan magnetik tetapi jika anda mahu menjadi seorang trainer maka anda mesti berupaya untuk mencipta modul tersendiri agar peserta ‘melekat’ pada anda kerana anda akan tampil dengan gaya dan identiti tersendiri.

2. Tips magnetik

‘Compliment people in front of others’

Sepanjang kursus tersebut, saya dapati Puan Ainon menggunakan satu teknik yang dinamakan ‘Compliment people in front of others’. Puan Ainon mempengaruhi peserta dengan memuji-muji melalui kata-katanya iaitu;

“Di hadapan saya ini kesemuanya ialah bakal trainer yang berjaya! Jika anda menulis buku, buku anda akan laku!!!”

Puan Ainon menyebutnya berulang kali menyebabkan para peserta bertambah yakin dan percaya dengan keupayaan diri. Antara buktinya ialah sahabat saya sendiri, Sdr. Afyan. Ketika dalam perjalanan pulang, Afyan mengatakan pada saya, selepas kursus ini beliau berasa yakin untuk melakukan bisnes training menembusi pasaran jabatan kerajaan. Fuh… hebat betul Puan Ainon mengendalikan kursus dan saya percaya teknik ‘Compliment people in front of others’ tadi banyak berkesan.

Teknik 3 + 1

Puan Ainon juga menyebutkan teknik bagaimana untuk memperbetulkan peserta kursus yang melakukan kesalahan semasa aktiviti latihan. Caranya ialah melalui teknik ‘3 + 1′.

Caranya amat mudah, semasa memberi feed-back kepada peserta selepas melakukan aktiviti, kenal pasti dan nyatakan 3 perkara positif yang dilakukan mereka. Kemudian barulah dinyatakan satu kesilapan (walaupun banyak, sebut satu jer) yang dilakukan mereka.

Hasilnya? Peserta akan sedar kesilapan mereka dan pasa masa sama tidak rasa ‘down’, putus asa atau direndah-rendahkan. Malah kemungkinan besar mereka bertambah semangat untuk melakukan sekali lagi untuk hasil yang lebih baik.

Untuk anda menjadi magnetik, teknik ‘Compliment people in front of others’ dan ‘3 + 1′ ini mungkin banyak membantu tatkala berhadapan dengan orang lain. Tidak semestinya untuk mengadakan program latihan, tetapi termasuk juga menghadapi pekerja, ahli-ahli organisasi atau adik-beradik.

22.jpg

ZAMRI MOHAMAD adalah penulis bebas di akhbar, majalah, buku dan internet. Beliau juga menggerakkan bengkel penulisan rencana di majalah dan akhbar untuk usahawan SOHO, usahanita dan pelajar. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

4 thoughts on “Menjadi Usahawan Bidang Training

  1. Anonymous berkata:

    Terima kasih Sdr Zamri,

    Rumusan yang bagus untuk mengingat semula bengkel semalam.

    Insya Allah, saya pasti hadir bengkel KJ Method dan Surah Yusof Ogos ini. Sambil itu, mungkin menimba ilmu terus daripada mentee PuanSifu yang telah mengikuti bengkel tersebut sebelum ini.

    Untuk makluman, ejaan nama saya yang betul ialah Fifi Noor Hafiza.

    fifi@teamfifi.com

  2. Blog Rasmi Motivasi Minda berkata:

    Oh, saya sudah tersilap. Mohon maaf.

    Saya sudah betulkan 😀

  3. Anonymous berkata:

    Ahaks! Mungkin silap saya juga tak terangkan dengan jelas.
    Nama penuh saya Noor Hafiza Saharuddin. a.k.a Fifi

    Harap Maklum Sdr. Zamri =)

  4. Blog Rasmi Motivasi Minda berkata:

    Aduh peningnya kepala saya.

    Okay, saya betulkan kali kedua hahaha!

Tinggalkan Jawapan kepada Anonymous Batal balasan

Jumlah Pelawat

  • 385,014 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan