Prof Madya Dr Faridah lakar nama UIAM di Pittsburgh

Tinggalkan komen

Jun 22, 2007 oleh zamrimohamad







Jam 8.30 pagi saya dihubungi oleh saudari Huda dari unit fotografi, Jabatan Perhubungan Awam. Beliau meminta saya membuat tugasan di Jabatan Rektor untuk satu sidang akhbar. Saya kira ini kali kedua saya jadi bidan terjun jurufoto universiti. Tidak ada dalam skop kerja. Tetapi pengalaman tambahan untuk diri sendiri. Saya juga tidak dapat bereksperimentasi dengan kamera itu lama-lama. Ada kerja lain petang itu.

Apa yang istimewa tentang sidang akhbar ini, biarlah akhbar Berita Harian 22 Jun 2007 berbicara;

Faridah lakar nama UIAM di Pittsburgh

UNIVERSITI Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) melakar sejarah apabila penyelidiknya, Prof Madya Dr Faridah Yusuf muncul satu-satunya wanita negara yang berjaya meraih pingat pada pertandingan Invention and New Product Exposition (Inpex) 2007 di Pittsburgh, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Pencapaian membanggakan itu membuktikan kecemerlangan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berterusan universiti berkenaan pada peringkat antarabangsa.

Penyelidikan Faridah bertajuk Carbon Nanotubes/Standard Malaysian Rubber Nanocomposite berjaya meraih satu emas dan satu perak, masing-masing bagi kategori pembuatan dan sains.

Satu lagi perak turut diraih Faridah menerusi penyelidikan Cathepsin G, A Medically Useful Protease From The Waste Skim Latex Serum of Hevea Brasiliensis menerusi kategori sains.

Penyelidikan lain yang turut meraih pingat ialah Gad-Fybosoil Novel Biofertilizers ciptaan Prof Madya Dr Abd El-Aziem Farouk Gad yang menggondol satu emas, manakala dua perak dimenanginya menerusi Temperature-Based Prototype Bioreactor for The Production of Thermophilic Recombinant Bacterial Phytases.

Kejayaan penyelidik itu diraikan Rektor UIAM, Prof Datuk Dr Syed Arabi Idid pada satu majlis di Gombak, semalam.

Hadir sama, Timbalan Rektor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Datuk Dr Mohd Azmi Omar.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 362,326 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: