Everything Men Know about Woman

1

Julai 5, 2007 oleh zamrimohamad


Sementara menunggu tayangan filem Transformers, saya sempat ronda-ronda di kedai buku MPH selepas beberapa minggu tidak ke sana. Ingat-ingat lupa tentang susun atur buku di MPH One Utama, sudah lama tidak datang ke sini.

Sedang saya seronok membelek-belek buku, saya tertarik dengan sebuah buku kecil bertajuk, Everything Men Know about Woman by Dr. Richard Harrison.

Buku ini dijual sepanjang satu juta naskhah seluruh dunia. Jika di Malaysia harganya RM19.90.

Jika kita membeli buku pada harga ini, apakah yang kita dapat?

Pada muka hadapan, kulit yang berwarna kuning dengan tajuk dan nama penulis buku tertera di situ.

Pada kulit belakang, blurp buku yang mendedahkan rahsia sikap kompleks kaum perempuan yang akhirnya dapat dibongkarkan dan didedahkan kepada umum. Pendekatan Dr. Richard yang dianggap berjaya dalam memahami tingkah laku manusia.

Pada muka surat pertama sehingga halaman terakhir, hanyalah kertas kosong sahaja.

Saya ulangi. Halaman-halaman kosong.

Pembaca perlu menulis sendiri penemuan tentang sikap perempuan. Itulah rahsia terbongkar yang dimuatkan oleh Dr. Richard.

Everything Men Know about Woman by Dr. Richard Harrison.

RM19.90

Catatan: Buku ini digunakan dengan kaedah berkumpulan. Misalnya sekumpulan lelaki bersembang sambil minum teh tarik dan berbincang tentang sikap orang perempuan seperti anak perempuan, isteri dan ibu. Masing-masing mencatatkan penemuan mereka. Jika digunakan secara peribadi, ia ditulis oleh seorang suami tentang personaliti isteri dan begitulah seterusnya.

Catatan: Petikan laman web http://www.robertgallen.com/crackcode.php

Cindy Cashman took an old idea and added a twist to it and made a fortune in the information business. You might have seen the book, “Everything Men know about Women.” by Dr. Richard Harrison. This was actually Cindy’s book and the Dr. author was actually a pseudonym ( a “made-up” name). Cindy made over a million dollars from marketing this book and now lives in a huge mansion in Texas all by herself with no publishers at all. But here’s the real exciting part:

CINDY’S BOOK IS COMPLETELY BLANK. There isn’t a single word printed on any of the 96 pages of this paperback! And yet, women bought this book by the case load-100 books at a time-to give to their friends. Cindy make enough money to retire. She doesn’t have to work another day in her life.

22.jpg

ZAMRI MOHAMAD adalah penulis bebas di akhbar, majalah, buku dan internet. Beliau juga menggerakkan bengkel penulisan rencana di majalah dan akhbar untuk usahawan SOHO, usahanita dan pelajar. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Advertisements

One thought on “Everything Men Know about Woman

  1. ainon mohd berkata:

    Cindy mahu buat duit dengan menjual buku.
    Kita mahu menjual buku supaya bangsa menjadi lebih pandai. Jadi mesti tulis kandungan buku.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 360,141 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: