Tidak habis-habis lagi kisah Transformers?

1

Julai 5, 2007 oleh zamrimohamad


Tidak habis-habis lagi kisah Transformers?

Saya jadikan filem ini terowong keluar daripada peristiwa tiga hari lalu. Termasuklah hari ini. Komputer tiba-tiba tidak berfungsi. Saya berhutang 18 halaman untuk disiapkan. Ujian penulis bebas.

Kembali kepada cerita Transformers.

Selain daripada sebuah filem untuk hiburan, filem ini masih tidak melupakan peranan dalam memberi inspirasi kepada penonton sama seperti siri kartun di kaca televisyen selama empat musim dahulu.

Optimus Prime, pemimpin Autobots memberi idea bagaimana seorang pemimpin bertindak. Meskipun cerita selama dua jam ini penuh dengan aksi dan letupan di sana sini, kepimpinan Optimus Prime yang tenang dan rasional dalam tindakan banyak mengawal anak-anak buahnya daripada bertindak melulu.

Optimus Prime menggambarkan gaya pemimpin yang menghargai sumbangan rakan-rakan lain. Baik yang hidup atau mati, Optimus sangat jelas dengan keadaan ini dan mengingatkan mereka menghargai pengorbanan rakan sepasukan.

Jelas dalam memberi arahan merupakan satu lagi ciri kepimpinan yang ditonjolkan oleh Optimus.

Fantasi kanak-kanak dengan mesej orang dewasa.

Saya cuma boleh mencatat sedikit sahaja tentang filem ini. Filem yang mengingatkan saya ketika zaman sebelum masuk ke alam persekolahan lagi.

Petikan kata-kata Optimus Prime dalam filem animasi 1984 Transformers

Power flows to the one who knows how. Desire alone is not enough.
Just remember, there’s a thin line between being a hero and being a memory
One shall stand, one shall fall.

22.jpg

ZAMRI MOHAMAD adalah penulis bebas di akhbar, majalah, buku dan internet. Beliau juga menggerakkan bengkel penulisan rencana di majalah dan akhbar untuk usahawan SOHO, usahanita dan pelajar. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Advertisements

One thought on “Tidak habis-habis lagi kisah Transformers?

  1. Leen berkata:

    mr right dari blog aku betul review filem Transformer dari aspek yang cukup menarik. presiden US ketagih dadah?

    http://akubetul.blogspot.com/2007/07/transformer-movie-big-secret-revealed.html

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 360,203 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: