Alasan

Tinggalkan komen

Julai 6, 2007 oleh zamrimohamad


“Susah benar subjek Psikologi,” kata saya.
Jawab abang, “Lagi?”
“Pensyarah yang mengajar tidak tahu mengajar,”tambah saya lagi.
Balas abang, “Lagi?”
“Apabila saya baca, saya sendiri tidak tahu apa isinya,” kata saya dengan yakin.
“Lagi,” respon yang sama abang berikan.

Saya terdiam.

Rupa-rupanya saya memberi banyak alasan. Hanya kerana subjek Pengenalan Psikologi yang tidak dapat saya kuasai dengan baik, saya memberi pelbagai sebab bahawa itu bukan salah saya. Itu cerita pada awal tahun 2003.

Alasan memberi kita ruang untuk melepaskan diri daripada kelemahan. Tetapi ia tidak menyelesaikan isu yang kita hadapi. Seronok memberi alasan kerana ia memberi kelegaan sementara. Kemudian apabila rasa tidak selesa timbul semula, alasan-alasan baru dicari.

Orang yang memberi alasan tidak mahu dirinya kelihatan lemah daripada sudut pandangan sendiri. Maka alasan bertujuan menunjukkan dia betul. Orang yang mendengar muak dengan alasan. Kerana ia bukan tindakan efektif.

Rupa-rupanya ada banyak perkara untuk saya muhasabah diri.

Dari satu alasan ke satu alasan.

22.jpg

ZAMRI MOHAMAD adalah penulis bebas di akhbar, majalah, buku dan internet. Beliau juga menggerakkan bengkel penulisan rencana di majalah dan akhbar untuk usahawan SOHO, usahanita dan pelajar. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Tinggalkan komen

Jumlah Pelawat

  • 385,013 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan