Stephen Liew, Konsisten dengan kerja.

Tinggalkan komen

Julai 7, 2007 oleh zamrimohamad


Jumpa rakan-rakan lama ketika mengambil ijazah di UIAM dahulu membuat kami teruja bercerita semula mengenai kenangan.

Seorang demi seorang sudah mempunyai karier masing-masing. Ada yang berkhidmat dengan bank, ada pula yang bekerja di sektor pendidikan dan ada pula yang memilih syarikat petroleum sebagai asas membina karier.

Saya pula sudah setahun bekerja di UIAM. Sedang berusaha menjadi penulis bebas sepenuh masa.

Kebetulan berjumpa rakan-rakan. Maka kisah tentang kerjaya menjadi bualan.

Dalam banyak rakan-rakan, saya mempunyai seorang rakan. Beliau konsisten dengan kerjanya yang satu. Sahabat saya Stephen Liew bekerja di jabatan akaun sebuah bank di Kuala Lumpur. Kami memerhatikan perkembangan beliau setiap masa.

Stephen adalah satu-satunya rakan yang saya ketahui setakat ini tidak menukar pekerjaan. Kebanyakan rakan-rakan yang lain sudah memohon pekerjaan di organisasi lain apabila imbuhan yang ditawarkan lebih tinggi. Masing-masing mempunyai pilihan. Termasuklah saudara saya bernama Stephen. Beliau akui gaji yang diterima membuat beliau tercekik tetapi ada sudut lain yang faedahnya melampaui gaji itu.

Beliau mengingatkan saya kepada sebuah buku bertajuk How To Get Rich. Donald Trump paling curiga dengan orang yang bertukar-tukar kerja.

Kata Trump, “Orang yang suka bertukar-tukar kerja tidak ada unsur kesetiaan dan saya tidak mengambil pekerja yang tidak ada unsur setia.”

Trump dikenali dengan satu perkara, mengambil pekerja dan tidak suka membuang pekerja. Malah ada pekerja yang sudah melebihi 60 tahun berkhidmat dengan beliau. Kecuali dalam rancangan Apprentice, beliau perlu mengikut skrip Mark Burnet, “You are fired!”

Cerita Stephen Liew juga mengingatkan saya kepada nasihat Puan Ainon mengenai pekerja yang berkualiti dan dipercayai sepanjang masa. Saya ulang siar semula catatan ini yang diambil daripada Universiti PTS.

Langkah 5: Nabi Muhammad belajar menjalankan semua peranan, tanggungjawab dan kerja-kerjanya sehingga majikan-mentornya, Pedagang Abu Talib, benar-benar yakin NM sudah layak berdagang sendiri.

Prinsip: Ajar anak kita supaya belajar berkuli dengan 1 majikan selama 10-12 tahun bagi mendapatkan keyakinan dan dukungan majikannya. Dalam bisnes, dukungan utama adalah modal berniaga.

Jika ibu bapa sendiri tidak berupaya mendukung anaknya memulakan bisnesnya, maka anak kita mesti belajar supaya mentornya yang memberikan dukungan itu.

Dalam model yang ditunjukkan oleh NM, beliau mendapatkan dukungan itu daripada majikan-mentornya, yang juga ayah saudaranya.

Model bagaimana NM memulakan bisnesnya mempunyai suatu perbezaan pokok dengan model yang digunakan oleh agensi seperti MARA dan PUNB bagi melahirkan usahawan saat ini.

Agensi-agensi yang melaksanakan program melatih usahawan mengajarkan kepada calon-calon itu bagaimana mencari modal tunai dengan cara meminjam wang daripada bank ataupun dana kerajaan.

Jadi, sebelum apa-apa, sebelum pun terbukti calon itu mempunyai bakat berniaga, mereka sudah diajar supaya pandai membelit diri dengan hutang, sudah diajar supaya pandai menggunakan nama ibu bapa ataupun kaum kerabat sebagai penjamin hutang, ataupun menggunakan harta ibu bapa sebagai cagaran.

NM tidak memulakan bisnesnya dengan berhutang wang tunai kepada mana-mana ‘banker’, ataupun mencagarkan sebarang harta.

Beliau melabur tempoh 10-12 tahun berkuli dengan 1 majikan. Dalam tempoh itu beliau membuktikan kepada majikannya akan integriti dirinya yang tiada cacat-celanya. Beliau juga membuktikan bakat perniagaannya kepada majikan-mentornya.

Justeru, NM menggunakan dirinya sebagai modal utama memulakan bisnesnya. Dua aspek dirinya yang dijadikan modal adalah (a) integriti dan (b) pelbagai ilmu dan kemahiran berdagang yang telah dipelajari dengan secukupnya daripada majikannya.

Dalam model NM, beliau mendapatkan dukungan ahli keluarga, yakni ayah saudaranya sendiri, seorang pedagang yang jujur. Dukungan itu diperoleh dengan jalan yang susah, iaitu dengan cara berkuli sebagai pembantu-perantis selama 10-12 tahun. Inilah faktor yang menjadikan NM berjaya dalam bisnes perdagangan (trading).

Bandingkan model NM dengan model MARA dan PNB. Kedua-dua agensi itu memberikan modal kepada calon-calon usahawan macam main tangkap-muat. Background search tidak dijalankan ke atas calon-calon usahawan yang bakal diberikan dukungan modal. Calon boleh diberikan hutang berdasarkan kertas kerja semata-mata!

Faktor integriti calon usahawan tidak diberikan pertimbangan oleh MARA dan PUNB. Bandingkan ini dengan model NM. Sebelum beliau mula ikut majikannya berdagang pada usia 12 tahun, Tuhan telah membasuh hati beliau terlebih dahulu!

Justeru, dalam model NM, faktor hati-hati, terang hati, hati bersih, baik hati, murah hati, rendah hati, tabah hati, dan hati lurus, adalah syarat utama menjadi usahawan.

Jikalau MARA dan PUNB tidak berupaya membasuh hati calon-calon usahawan yang bakal diberikan pinjaman modal, masih ada cara-cara lain bagi memilih calon-calon yang integritinya baik.

Pada masa ini terdapat banyak ujian yang dicipta oleh pakar-pakar psikologi bagi mengenalpasti personaliti yang memiliki sifat-sifat jujur dengan yang tidak jujur.

22.jpg

ZAMRI MOHAMAD adalah penulis bebas di akhbar, majalah, buku dan internet. Beliau juga menggerakkan bengkel penulisan rencana di majalah dan akhbar untuk usahawan SOHO, usahanita dan pelajar. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 362,331 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: