Suara hujung talian

1

Julai 7, 2007 oleh zamrimohamad


Jaga etika ketika menjawab telefon. Itu nasihat kepada diri saya ketika kejadian itu terjadi tiga hari lalu.

Saya sedang membantu sebuah jabatan mempromosikan aktiviti mereka melalui media antarabangsa. menjadi tanggungjawab saya untuk melakukan perkara ini, iaitu menghubungi jabatan berkenaan untuk mendapatkan maklumat perkembangan.

Seingat saya, saya menghubungi beliau sebanyak tiga kali pada tiga hari berbeza. Hari pertama memaklumkan bahawa surat telah dihantar. Hari kedua, bertanyakan sama ada maklumat boleh diperolehi pada hari itu. Hari ketiga iaitu hari terakhir untuk mendapatkan maklum balas beliau.

“Awak tidak beritahu saya pukul berapa perlu dihantar. awak hanya beritahu harinya sahaja. Masih ada 24 jam lagi. Jika saya belum hantar sekarang, itu bukan salah saya,” kata pengurus wanita di jabatan tersebut. Bercampur-aduk bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris.

“Saya cuma hendak mendapatkan maklumat terkini. Pegawai saya sudah bertanyakan perkembangan,” jawab saya dengan ketawa yang dibuat-buat.

” Ada sedikit lagi. Saya sedang buat,” jawabnya lagi.

Amboi manis sungguh bahasanya. Walau apa keadaan, pegawai atau pekerja perlu menjawab telefon dengan tenang. Saya terfikir, dia sedang bercakap dengan siapa. Mungkin bercakap dengan adiknya.

Mohon maaf kepada pengurus jabatan itu. Saya bekerja di bawah seorang bekas wartawan yang mempunyai 20 tahun pengalaman kerja. Corak kerja saya bukan corak kerja mengarah-arah dan duduk di pejabat sahaja. Kerja saya ialah mencari maklumat. Jika terasa dengan panggilan demi panggilan, mohon maaf sekali lagi.

Jika saya orang luar yang ingin menyumbang ribuan wang ringgit kepada jabatan ini, pengurus wanita ini sudah membuat saya membatal niat tadi. Begitulah bahaya apabila pekerja kecil menghidupkan fius bom jangka tanpa sedar.

Persepsi orang lain sering mengaitkan pekerja dan majikan. Sikap sebegini memberi kesan kepada majikan. Majikan akan dilihat sebagai:

Tidak tahu mengawal dan mendidk anak buah.
Jabatan yang dikendalikan tidak profesional.
Majikan tidak berkarisma.
Maklum balas seperti ini yang menjadikan organisasi pendek rezeki.

Amalan biasa kami ialah menghubungi sekurang-kurangnya tiga kali untuk mengetahui perkembangan tugasan, jemputan atau peristiwa. Itu petua yang diberi oleh badan perhubungan awam antarabangsa yang menguruskan BMW Malaysia Sdn Bhd.

Dalam keadaan yang membuat saya panas seketika, saya mendapat satu idea daripada ketua pengurus ini. Jika hantar surat bukan sahaja nyatakan tarikh akhir, beritahu waktunya sekali.

22.jpg

ZAMRI MOHAMAD adalah penulis bebas di akhbar, majalah, buku dan internet. Beliau juga menggerakkan bengkel penulisan rencana di majalah dan akhbar untuk usahawan SOHO, usahanita dan pelajar. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Advertisements

One thought on “Suara hujung talian

  1. Anonymous berkata:

    Sabar sahajalah, tuan…
    Saya ada article yang lebih kurang sama dengan pengalaman panas yang tuan alami. Sila klik

    http://fifinoorhafiza.blogspot.com/2007/07/attitude-how-to-manage-difficult-person.html

    Semoga tuan tidak panas-panas lagi! 😉

    Fifi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 360,182 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: