Lebih ‘psycho’ berbanding Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Tinggalkan komen

Julai 15, 2007 oleh zamrimohamad


Lebih ‘psycho’ berbanding Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Itu adalah respon saya bersama-sama penulis lain iaitu saudara Firdaus Ariff, saudara Wan Muhammad Haeqal dan Syaraffudin Sulaiman selepas meninjau dua buah kedai buku di Amcorp Mall.

Selepas menghadiri majlis perkahwinan Qalif di rumah Puan Ainon dan Prof Abdullah Hassan, kami sepakat menghabiskan masa sehingga ke malam di kedai buku terpakai di Amcorp Mall. Seingat saya, kali terakhir pergi ke pusat membeli belah itu dua tahun lalu ketika menghadiri ujibakat DJ Impian, RTM di hotel Singgahsana yang terletak berdekatan.

Tidak pernah saya membeli lebih daripada 15 buah buku dalam sehari melainkan semalam. Ini rekod peribadi yang tidak pernah saya buat di mana-mana pesta buku. Kedua-dua buah kedai buku di pusat membeli belah ini berjaya menggoda wang ringgit saya keluar dari poket ke mesin wangnya.

Kenapa begitu banyak?

13 buah buku tebal-tebal meliputi topik perhubungan, cinta, pengurusan tempat kerja dan komunikasi yang berjumlah sekitar RM240.00 saya beli dengan potongan sebanyak RM80.00. Semuanya hanya berjumlah RM160.

Kebiasaanya nilai RM160 bagi kedai-kedai buku utama menghadkan pembelian saya kepada 4-5 buku sahaja. Ini melibatkan buku-buku luar negara.

Tetapi di sini di kedai buku yang dibuka oleh seorang penyarah undang-undang berbangsa cina yang mengajar di universiti Monash membuat saya sangat berpuas hati dengan buku-buku yang dibeli. Bagus dari sudut isi dan kuantiti.

Pekerja pada hari itu, saudari Mastura, bekas pelajar kejuruteraan di Universiti Malaysa banyak memberi input berguna untuk saya sepanjang berada di kedai ini.

Selepas itu saya bergerak ke kedai buku Book Xcess yang baru beroperasi selama 6 bulan di tingkat dua. Kedai milik Jacqueline Ng ini memberikan pelanggan harga buku-buku baru yang tidak masuk akal. Buku Dr Phil McGraw bertajuk Love Smart: Find the One You Want – Fix the One You Got yang berharga sekitar RM45.00 hingga RM99.00 (kulit keras) hanya berharga RM19.90 sahaja. Ini bukan buku terpakai. Buku baru dan masih panas.
Book Xcess dengan moto read more for less membuat kami khayal dan mabuk dengan buku-buku yang dipamerkan. Mereka akan beroperasi di tingkat tiga di premis yang lebih luas pada Ogos ini.

Satu perkara yang menarik mengenai pemilik bernama Jacqueline ialah beliau bukan sahaja penjual malah peminat buku.

Syarafuddin memerhatikan gelagat tuan kedai ini. Apabila pembantu kedai mengeluarkan buku-buku daripada kotak untuk disusun di rak, dia akan menunjukkan buku-buku tersebut kepada Jacqueline. Ada masa dia geleng dan ada masa dia angguk. Beliau tahu isi setiap buku yang ditunjukkan oleh pekerjanya melalui komen-komen berisi.

Ketika saya berbual pendek dengannya. Beliau juga memberikan saya beberapa tajuk cadangan majalah luar negara untuk penulis. Jacqueline mempunyai sebuah kedai majalah di sebelah Book Xcess.

Saya masih khayal dengan buku-buku di rak pejabat. Sengaja saya letakkan di pejabat bagi memudahkan saya berkarya.

Jika ditanya tiga sahabat yang lain, mereka juga masih khayal dan berkata, ” Lebih ‘psycho’ berbanding Pesta Buku!”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,995 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: