Kerja gila dan filem Islami

Tinggalkan komen

Julai 29, 2007 oleh zamrimohamad


Apa kata Tok Rimau, penulis skrip filem pendek KIRI yang turut hadir dalam tayangan umum BMW Shorties?

“Kamu semua buat kerja gila.”

Kenapa?

“Kerana menjemput organisasi besar seperti BMW.”

Apa kerja gila kami selepas ini?

Saya mempunyai harapan. Harapan yang terbantut sementara selepas berhenti daripada ANSAR-MITV. Sepanjang malam filem-filem ditayangkan, mereka cuba menunjukkan pendirian mereka dalam filem.

Muslim di negara ini popular dalam menyerang filem-filem yang dikatakan tidak Islami, salah dari sudut moral, tidak membawa kepada kebaikan ummah dan seumpamanya. Dalam bicara kita menyebut tentang perkara ini, saya juga terlibat sama. Cuma saya berfikir, jika filem-filem ini tidak Islami, siapa di Malaysia membawa filem Islami dengan kualiti yang terbaik memenuhi hukum filem gred A?

Membawa masuk BMW Shorties adalah usaha membawa warga UIAM melihat bagaimana skil perfileman diangkat dari sudut mesej dan kualiti yang baik bermula dari rakaman, suntingan dan hasil akhirnya. Ambil perkara-perkara ini dan terjemahkan dalam filem Islami yang kita inginkan.

Mengajak orang baik bukan sekadar meletakkan seorang lelaki di tengah-tengah gambar dan berkata “Jom kita buat baik.”

Kreativiti berdakwah.

Saya melihat UIAM mempunyai peluang bekerjasama dalam projek pembangunan filem pendek melalui Pusat Aktiviti Ko-Kurikulum (CCAC) dengan sokongan BMW. Mungkin tahun hadapan filem pendek dari UIAM bakal masuk bertanding.

22.jpg

ZAMRI MOHAMAD adalah penulis bebas di akhbar, majalah, buku dan internet. Beliau juga menggerakkan bengkel penulisan rencana di majalah dan akhbar untuk usahawan SOHO, usahanita dan pelajar. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 360,218 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: