Berguru dengan orang lama

Tinggalkan komen

Ogos 2, 2007 oleh zamrimohamad


Editor Millenia Muslim, Tuan Haji Zulkafli Baharudin (kanan)
Puan Zabrina Abu Bakar, penulis Life is an Open Secret (kanan)

International Islamic Fair (IIF) 2007 memberi perbezaan dari segi tujuan saya ke sana. Kali ini saya pergi bukan atas urusan kerja. Ia memberi saya ruang untuk berinteraksi atas tujuan persahabatan dan membina kenalan serta mencari guru pengalaman.

Alhamdulillah, berkesempatan bertemu dengan Tuan Haji Zulkafli Baharudin, editor di Millennia Muslim. Majalah terbitan MMP Communication ini telah berada di pasaran sejak lima tahun lalu. Ia diikuti dengan Aniqah dan Forward.

Personaliti beliau menarik perhatian saya. Orang yang sangat terbuka dengan idea dan berbincang tentang kemungkinan-kemungkinan baru buat pembaca Millenia Muslim menjadikan kami teruja sama. Beliau tidak lokek dengan pengalaman diri dan sangat jelas dengan prinsip dalam memperjuangkan sesuatu isu. Millennia Muslim adalah majalah yang serius dalam memperkatakan sesuatu tanpa istilah favouritism.

Pada hari yang sama, saya berkesempatan bertemu dengan penulis buku Life is an Open Secret. Beliau, Zabrina A. Bakar adalah penulis bebas sepenuh masa. Sebelum ini merupakan pensyarah di beberapa buah kolej dan universiti. Bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tekah menerbitkan buku beliau sendiri dan menubuhkan syarikat penerbitan yang diusahakan bersama keluarga.

Buku beliau dihasilkan dalam tempoh empat bulan dan dirasmikan oleh Timbalan Rektor (Akademi) Dato Dr Azmi Omar dan Pengarah Alumni, Dr Shukran Abd Salam. Ia dilancarkan di pentas utama PWTC pada Sabtu 28 Julai 2007.

Puan Zabrina juga menulis di beberapa buah makalah antarabangsa di Amerika, Kanada, United Kingdom, Mesir dan Brunei.

Berlatar belakang ijazah perakaunan dan ijazah lanjutan dalam pentadbiran perniagaan, Puan Zabrina mula melibatkan diri dalam penulisan blog pada Mac 2006. Ia dikunjungi oleh para pelawat daripada 97 negara.

Buku berkulit hijau menjadi pilihan. Apabila ditanya kenapa, “Hijau itu diertikan lambang kehidupan.”

Beliau adalah penulis kedua yang saya temui mempromosikan buku melalui laman web You Tube. Saya sertakan trailer video beliau dan saya.

Maklumat lanjut http://lifeopensecret.com/book/

lifeopensecret.com oleh Zabrina A Bakar
Siri buku PTS Millenia oleh Zamri Mohamad
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 358,561 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: