The Simpsons di bumi Malaysia!

Tinggalkan komen

Ogos 5, 2007 oleh zamrimohamad


Bengkel KJ Method pada Sabtu 4 Ogos 2007 dihadiri 95 peratus wajah-wajah baru. Satu perkembangan yang bagus dalam dunia penulisan. Makin banyak karya-karya baru dalam pelbagai bidang akan muncul memenuhi kehendak pembaca.

Saya tidak terus pulang, sebaliknya pergi ke KLCC bersama saudara Haeqal. Terlupa hari ini adalah hari kedua Karnival PC di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Keadaan stesyen LRT KLCC yang sesak menyebabkan pengawal keselamatan stesyen menyekat kemasukkan para penumpang dari eskalator. Jarang sekali saya melihat situasi ini.

Entah mengapa rasa mengantuk hari ini. Boleh pula tertidur sebentar di Kinokuniya. Mungkin tidur lewat benar semalam sehinggakan mata tidak dapat cergas membaca.

Oh, sempat pula ambil peluang menonton The Simpsons.

Siri kartun The Simpons menemui para penonton pada tahun 1990 sebagai siri kartun televisyen. Asalnya, kartun ciptaan Matt Groening ini dihasilkan selama 30 saat sebagai selitan bagi sebuah program pada tahun 1987.

The Simpsons yang kini ditayangkan di pawagam membawa isu menarik tentang dunia baca dan pemimpin. Sebuah tasik di Springfield telah dicemari oleh Homer Simpson sehinggakan Environment Protection Agency (EPA) mendesak presiden Amerika, Arnold Schwarzenegger membuat keputusan segera.

Bagi memudahkan Arnold membuat keputusan, EPA memberi lima pilihan tindakan dan meletakkan kelima-lima dokumen tersebut di atas meja presiden.

Apa jawab Arnold?

“I was elected to lead not to read. I choose option number three,” jari telunjuknya menunjukkan dokumen nombor tiga.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 357,017 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: