Promo, promo, promo!

Tinggalkan komen

Ogos 10, 2007 oleh zamrimohamad



Ingatkah saudara bagaimana saya mempunyai cita-cita melihat penulis Malaysia mempunyai rancangan mereka sendiri di dalam internet?

Sebelum ini saya menunjukkan beberapa buah trailer promo buku dan beberapa penulis Malaysia yang di’You Tube’ sebagai memberi konsep bagaimana ia boleh dijalankan.

Sebenarnya saya sedang berbincang bersama seorang rakan bagi menjalankan projek ini.

Borders dan penulis dipromosikan

Hari ini saya melayari laman web Borders Media milik rangkaian kedai buku Borders

Mereka mempunyai tv web mempromosikan buku-buku dalam kedai buku mereka. Saya berikan contoh, para pembaca buku Harry Potter berdiskusi mengenai salah sebuah siri buku Harry Potter. Satu lagi, sebuah rancangan bicara buku bersama penulis yang dipecahkan kepada beberapa siri.

Bagi menghasilkan video yang bagus, ia memerlukan bahan (content), treatment (apa mahu diterjemah ya?), skrip dan jurusolek studio supaya penulis tidak nampak pucat, lesu dan sekali lihat seperti hantu. Tidak dilupakan kumpulan studio yang bagus. Tetapi bagi konsep indie dan kumpulan amatur bawah tanah, kamera video SONY, komputer dan pencahayaan yang mudah sudah membantu bagi menggerakkan kerja mereka.

Terapkan ke dalam universiti

Universiti juga memerlukan pendekatan ini bagi mempromosikan ilmu-ilmu mereka. Boleh digunakan sebagai medium ‘memaksa’ anak murid mereka menonton sebagai sebahagian daripada tugasan mereka. Maka selepas ini DVD hiburan mereka hanyalah wajah para pensyarah dalam talk show mereka sendiri.

Saya pernah mencadangkan perkara ini. Apa kata si pakar yang sudah 20 tahun menjaga tempat yang sama.

“Kalau pelajar yang uruskan studio untuk benda-benda ini, rosak dan susah hendak ganti.”

Oh patutlah. Sehinggakan barang-barang itu sudah ketinggalan zaman dan rosak kerana tidak digunakan dan terjatuh pecah dilanggar orang sebelum beroperasi lagi.

Jika ada mana-mana penggerak universiti yang idealis, optimis dan sedia mengambil risiko inginkan contoh kertas kerja konsep. Saya sedia memberi.

Klik gambar di atas.

22.jpg

ZAMRI MOHAMAD adalah penulis bebas di akhbar, majalah, buku dan internet. Beliau juga menggerakkan bengkel penulisan rencana di majalah dan akhbar untuk usahawan SOHO, usahanita dan pelajar. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 358,566 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: