SMS dan nama di hujung

Tinggalkan komen

Ogos 11, 2007 oleh zamrimohamad


Senarai nombor telefon di telefon bimbit saya sudah penuh untuk beberapa bulan lalu. Saya menggunakan buku bagi mencatat nombor-nombor baru. Kelemahan utama apabila menggunakan kaedah ini apabila saya tidak tahu siapa yang menghantar sms kepada saya. Buku itu saya tinggalkan di pejabat.

Dua hari lalu saya menerima satu sms,”Salam saudara Zamri. I have read your blog. Tq.”

Saya hanya berkesempatan membalas pada waktu petang. Itu pun secara sms dan masih tidak mendapat jawapan daripada nombor 012 ini meskipun dibalas dua kali. Jarang saya hendak menelefon semula.

SMS juga selalu penuh. Sehingga terpaksa menyalin sms penting sebelum dipadamkan dari memori telefon bimbit. Individu yang sering memberi sms ialah di kalangan rakan penulis (sudah pasti seperti berbual sambil minum kopi, banyak isunya), rakan wartawan, editor majalah, para pembaca dan individu-individu yang meluahkan masalah mereka.

Minggu ini saya berhadapan dengan sms demi sms. Padam satu datang satu. Begitulah keadaannya.

Akhirnya saya perlu melakukan perkara ini. Saya fikir, jika orang lain berhadapan dengan keadaan yang sama, mungkin mereka pun tidak tahu siapa penghantar sms itu.

Akhirnya saya ikut nasihat Dato Manja Ismail, Berita Harian. Pesan beliau kepada saya tahun lalu, selepas memberi sms, letakkan nama di hujung dan kata kunci yang mudah diingati. Mudah bagi orang lain tahu siapa yang memberi sms itu.

Sebagai contoh jika saya hantar sms kepada editor PTS, di hujung mesej saya tulis Zamri Mohamad, Penulis PTS. Jika dihantar kepada wartawan bagi tujuan publisiti universiti, saya tulis Zamri Mohamad UIA. Bergantung kepada situasi.

Katanya adakalanya antara wartawan pun perlu berbuat demikian kerana adakalanya mereka sendiri tidak cam nombor dalam telefon bimbit.

baca entri di sini Pesanan Dato Manja Ismail jika menghubungi media

22.jpg

ZAMRI MOHAMAD adalah penulis bebas di akhbar, majalah, buku dan internet. Beliau juga menggerakkan bengkel penulisan rencana di majalah dan akhbar untuk usahawan SOHO, usahanita dan pelajar. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 358,561 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: