ACER 4310

Tinggalkan komen

Ogos 16, 2007 oleh zamrimohamad


Si hijau dalam kenangan
ACER 4310 menjadi sebahagian tim penulis bagi tujuan menulis

Saya selalu berinteraksi dengan komputer. Ia hidup dalam imaginasi. Seperti dalam sebuah filem animasi. Kami bercakap dan bertukar-tukar pandangan ketika semangat berada di atas dan ada kalanya di bawah. Kami seolah-olah satu tim, bergabung penulis dan mesin merealisasikan impian.

Tahun 2005, Si Hijau sudah menghasilkan empat buah buku,lebih lima manuskrip dan beberapa buah artikel. Rezeki royalti baru-baru ini saya gunakan sebagai suntikan modal bagi memilih komputer riba ACER 4310 bagi meneruskan kerja si Hijau.

Si Hijau namanya diberi kerana monitor selalu bertukar warna hijau. Komputer berharga kurang RM300 selalu diketuk-ketuk. Di tepi dinding, saya tampalkan matlamat ke mana buku-buku dalam perut si Hijau akan terbang selepas ini.

Mengingatkan kepada si Hijau menjadi cabaran bagi diri dan ACER 4310 bagi menghasilkan lebih banyak manuskrip. Teknologi mewujudkan rasa selesa. Jika dibiar lama-lama menjadi penyakit malas.

Ia menjadi satu kepuasan apabila ia dibeli dengan seratus peratus wang berkarya. Terima kasih PTS. Alhamdulillah.

Apabila memiliki komputer riba ini, ia membawa saya teringat kepada kisah penulis-penulis menjual barang kemas, menjual motosikal pemberian arwah ayah dan pelbagai cerita yang menginsafkan saya. Ia semata-mata hendak memiliki komputer riba bagi berkarya. Perjuangan air mata dan darah bagi memandaikan anak bangsa.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 358,512 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: