Budaya beli-belah masa hadapan

Tinggalkan komen

Ogos 17, 2007 oleh zamrimohamad


Sudah lama tidak menonton rancangan Beyond Tomorrow. Lagu montaj rancangan ini masih teriang-ngiang di telinga. Kali terakhir saya menonton rancangan berbentuk sains teknologi ini ketika di sekolah rendah.

Kali ini saya menonton semula rancangan yang sama di TV1. Teknologi beli-belah Future Shop, sebuah prototaip pasaraya mini menarik perhatian saya.

Pelanggan tidak perlu beratur dalam barisan panjang apabila hendak membuat pembelian. Semua pembayaran boleh dibuat ketika membeli belah.

Sebuah alat berkomputer diletakkan pada troli pelanggan. Setiap kali pelanggan ingin mengetahui harga produk, terdapat alat imbasan di sisi alat berkomputer itu.

Bagaimana jika tidak ada label harga. Sebagai contoh sayur-sayuran yang harganya dikira melalui berat.

Letakkan sayur atau buah-buahan pada alat bernama Vigie Vision. Terdapat kamera kecil yang akan mengesan imej produk dan kemudian beratnya ditimbang. Alat itu akan mengeluarkan cetakan harga untuk dilekatkan pada buah-buahan atau sayuran.

Bagaimana pula hendak mencari jus dalam deretan yang panjang. Terdapat alat berkomputer yang boleh membantu. Ia terletak di hujung rak produk. Tekan sahaja butang-butang senarai produk dan kemudian imej produk akan muncul dilantai. Ia dipancarkan dari projektor di atas.

Saudara boleh melihat kembali senarai barangan dan membuang mana-mana yang tidak perlu. Bagi tujuan pembayaran, alat berkomputer di troli boleh dicabut dan diserahkan kepada juruwang.

Mudah bukan?

Dalam otak saya membayangkan pasaraya ini menjadi set lokasi filem futuristik.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,987 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: