Telefon dan buku menjadi satu

Tinggalkan komen

September 2, 2007 oleh zamrimohamad


Chaco, novelis telefon mudah alih (mobile) kini boleh berbangga dengan pencapaian luar biasanya. Novel mobile bertajuk What the Angel Gave Me telah terjual 1,000,000 unit melalui muat turun.

Cerita kedua mengenai Magic iLand turut menerbitkan buku-buku mobile dan di Jepun, lima buku teratas yang laris di dalam carta berasal daripada buku-buku mobile sebelum dicetak.

Klik di sini

Itu adalah antara maklumat yang disampaikan oleh Tuan Syaizul Amal, Pengarah Eksekutif Metadome, penyedia bahan-bahan tempatan bagi siaran TV-mobile di Malaysia.

Ketika beliau menerangkan kemungkinan-kemungkinan bagaimana buku dapat dijadikan bahan untuk telefon bimbit, saya semakin teruja dan ingin mengeksplorasi peluang ini.

Setakat ini Pustaka Mizan di Indonesia telah bekerjasama bagi menjadikan buku-buku mereka sebagai buku mobile. Di belakang buku, terdapat iklan buku mobile bagi mereka yang berminat memuat turun.

Kelebihan buku mobile Meta-Dome, ia tidak boleh dipindah milik dari satu telefon ke telefon lain. Ia terus kekal dalam telefon bimbit pembeli. Ini adalah langkah keselamatan yang diambil mereka.

Meta-Dome merupakan pembekal bahan mobile pertama dunia yang memperkenalkan portal Islam dan pernah melancarkan perkhidmatan waktu solat melalui telefon di United Kingdom.

Bahan yang disediakan oleh Meta-Dome bergantung kepada jenis telefon bimbit pengguna. Ia juga dipanggil terminal.

Antara bahan islamik yang popular dimuat turun oleh pengguna ketika Ramadan ialah surah Yasin dan tazkirah. Kata beliau, setiap aplikasi tidak boleh melebihi empat kali tekan butang kerana secara psikologinya pengguna akan mula bosan. Ia kelihatan kompleks dan sukar dikendalikan.

Pelbagai benda menarik apabila telefon dan buku digabungkan.

Saya sedang berimaginasi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,987 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: