Hai! Tingkah Lelaki Mencari dan Menjaga Cinta

Tinggalkan komen

September 5, 2007 oleh zamrimohamad


Baru sahaja menghantar manuskrip terbaru kepada PTS Millennia bertajuk Hai! Tingkah Lelaki Mencari dan Menjaga Cinta


Prakata

Bukan sekadar iklan, tetapi luahan

Seluruh negara melihatnya. Iklan satu halaman penuh yang muncul dalam semua akhbar nasional berbahasa Cina dan akhbar Inggeris The Star pada 18 Mac 2007 bukanlah iklan perniagaan atau promosi perkhidmatan.

Lelaki bernama Chan Ki Hap, peniaga berumur 60 tahun telah meluahkan rasa cintanya kepada isterinya, Lisa Wong sempena ulangtahun ke 34 perkahwinan mereka melalui cara luar biasa ini.
Bagi pengarah urusan Kamco Aluminium Sendirian Berhad dia mempunyai alasan tersendiri bertindak sedemikian “Saya ingin memberitahu seluruh negara dan isteri saya bahawa saya sangat gembira dan ikhlas menerima dia sebagai teman hidup istimewa.”

Katanya lagi, apabila bertemu pilihan hati yang sanggup susah senang bersama-samanya, maka dia percaya sesuatu yang luar biasa mesti diberikan kepada pasangan. Apa yang dilakukan oleh Chan dianggap satu tempoh matang percintaan yang tidak dapat diungkap oleh kata-kata.

“Jika boleh saya ingin satu dunia mengetahuinya,” katanya lagi

Saya memulakan prakata ini dengan cerita pasangan Chan Ki Hap dan Lisa Wong dengan satu mesej jelas, lelaki dalam dunia cintanya mempunyai kegilaan tersendiri. Kegilaan yang kelihatan romantis pada mata tersayang.

Dunia Hai! Tingkah Lelaki Mencari dan Menjaga Cinta

Hai! adalah sapaan mesra yang popular. Perkataan seringkas ini membuka pintu interaksi antara lelaki dan perempuan seluas-luasnya. Hai! juga adalah lambang mesra dan sikap terbuka penyampainya. Hai! adalah bahasa cinta paling mudah dan tidak melukakan hati.

Buku Hai! Tingkah Lelaki Mencari dan Menjaga Cinta membincangkan gelagat lelaki dalam proses perhubungan. Isu percintaan di pejabat juga dikupas bagi mendedahkan kepada pembaca bagaimana hubungan hati secara peribadi juga boleh memberi kesan kepada sebuah organisasi.

Hai! Tingkah Lelaki Mencari dan Menjaga Cinta membawa maklumat-maklumat kontemporari bagi memahami bahasa cinta lelaki bermula daripada lisan sehinggalah perbuatan.

Buku-buku perhubungan dan cinta sentiasa mengalami penambahan idea-idea dan pengalaman baru yang dialami oleh pasangan-pasangan bercinta yang sudi bercerita rahsia suka duka cinta mereka. Buku ini mengambil peluang mengutip beberapa cerita menarik sebagai rujukan kepada pembaca.

Hai! Tingkah Lelaki Mencari dan Menjaga Cinta adalah buku yang ditulis dan didekasikan khusus untuk saudari yang bernama kekasih, isteri dan pecinta yang menyemarakkan hidup dengan hati yang penuh kasih sayang.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 360,218 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: