Hantu Melayu kaya raya

Tinggalkan komen

September 9, 2007 oleh zamrimohamad


Ini adalah respon kepada entri di universiti PTS: Rekod Jualan Buku Thriller Hantu Tamar Jalis Mengalahkan DaVinci Code.

Respon saya:

Saya adalah pengikut novel Tamar Jalis sejak zaman sekolah.

Daripada satu sumber, beliau telah menulis lebih 15 buah novel bagi siri ini. Harganya sekitar RM4.50-RM9.00. Diterbitkan oleh Variapop, penerbit majalah Variasari.

Kekuatan Tamar Jalis selain daripada kisah hantunya.

1. Bahasa Melayu yang digunakan Bahasa Melayu standard. Tidak ada bahasa pasar antara beliau dengan datuknya.

2. Petua-petua, adat, kepercayaan dan sosio ekonomi orang Melayu kampung dan bandar diceritakan dengan begitu baik sekali. Malah penulisnya dapat menceritakan dengan jelas beza hidup dan amalan seharian serta budaya Melayu semenanjung dan di seberang.

3. Saya masih tidak boleh melupakan watak nenek kepada Tamar Jalis. Gambaran wanita Melayu yang hebat bagi saya. Walaupun ditinggalkan suami bagi tujuan dan tempoh tertentu, masih tenang dan berani. Malah ada satu episod nenek Tamar sendiri berhadapan dengan hantu yang mengganggu tanpa rasa panik ketika dia dan cucunya ditinggalkan datuknya yangberada di kampung lain. Jauh berbeza dengan watak perempuan dalam filem Mistik yang mudah dirasuk dan lari ke sana sini.

4. Novel Tamar Jalis menekankan kepada nilai. Bagaimana hubungan persahabatan orang tua digambarkan melalui karakter datuknya dan orang-orang sekeliling.

5. Siri hantunya kembali kepada satu konsep. Apa pun kekuatan yang dimiliki oleh jin, Allah jualah yang akan mengatasi.

6. Kebanyakkan petua boleh digunakan oleh pembaca. Ia bukan petua-petua reka. Sebagai contoh pernah nenek kepada Tamar Jalis mengajar bagaimana mengubat bisa cakar dan gigitan kucing dengan sejenis daun. Kucing juga ada bisanya.

7. Jalan ceritanya menghubungan dua zaman, era datuknya dan zaman Tamar Jalis sendiri. Konflik timbul antara datuk dan cucu digambarkan begitu menarik dalam beberapa siri.

Puan saya teruja dengan entri ini sehingga saya ingin berkongsi beberapa petikan daripada blog (dengan izin) peminat-peminatnya.

Saudara Nizam Zakaria berkata:

“Tidak keterlaluan juga saya katakan bahawa buku SBDJ dan lain-lainnya membawa kisah ‘coming of age’ protagonis utamanya. Di dalam SBDJ, kita akan melihat bagaimana watak Tamar, dari seorang pemuda awal remaja yang keanak-anakkan, berubah kepada seorang pemuda yang tabah, walaupun kadangkala kompleks idiosinkratiknya. Kita ternyata mempunyai Harry Potter kita sendiri lama sebelum watak ini diwujudkan J. K. Rowling!

Phillip Pullman, seorang penulis fantasi supernatural berkata bahawa kanak-kanak tidak semestinya mahu menjadi hero di dalam cerita yang mereka baca. Tetapi mereka mahu menjadi kawan kepada hero. Di dalam buku SBDJ, Tamar bukanlah hero, tetapi datuknya. Pendekatan yang digunakan Pullman sama dengan pendekatan yang digunakan oleh Tamar Jalis. Satu formula yang jelas berjaya di dalam konteks kaedah membawa pembaca mendekati kepada watak dan seterusnya jalan cerita.

SBDJ telah ditulis di dalam era selepas merdeka. Kesemua cerita di dalam siri ini ditulis pada tahun 60-an….”

http://nizamzakaria.diaryland.com/021113_87.html

Ada juga siri-siri lain yang mengikut jejak Tamar Jalis sepeti Tok Awang Ngah yang merantau dari satu tempat ke tempat dan pada masa sama menyelesaikan masalah hantu dan jin dengan ayat-ayat Quran

Puan, sekiranya PTS mahu turut serta dalam penerbitan buku seram yang ada dua nilai agama dan bahasa, Siri Bercakap Dengan Jin adalah siri yang dicadangkan diterbitkan semula.

Penerbit filem seram mesti menjadikan siri ini rujukan membuat filem yang bagus.

Jangan Pandang Belakang adalah contoh filem yang hampir kepada siri Bercakap Dengan Jin.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 360,195 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: