Saya percayakan saudara

Tinggalkan komen

September 10, 2007 oleh zamrimohamad


Hati saya tersentuh melihat video ini. Bukan video kematian atau kesengsaraan. Video ini bercerita mengenai sikap percaya.

Dalam video ini diceritakan beberapa buah cerita bagaimana sikap mempercayai menjadikan manusia lebih jujur dan memberi impak kepada jiwa.

Diceritakan, ada seorang penjual hot dog di sebuah bandar di Amerika Syarikat. Setiap hari, gerainya akan didatangi oleh ramai pelanggan. Keadaan ini membuat mereka terpaksa beratur panjang. Ketika penjual hot dog ini menukarkan baki wang pelanggan, dia melihat di tengah-tengah barisan ada seorang lelaki terpaksa keluar dan menuju ke tempat lain. Lelaki itu kesuntukan masa.

Apa yang dilakukan oleh penjual hot dog ini?

Mulai hari itu beliau mengubah cara kerjanya. Beliau menyediakan satu bekas berisi wang di sisi troli hot dog. Mulai pada hari itu, pelanggan meletakkan duit ke dalam bekas itu dan mengambil sendiri wang bakinya di situ. Ini mempercepatkan kerja penjual hot dog.

Pelanggan sendiri hairan dengan sikap penjual ini. Ditanya mengapa beliau berbuat demikian, kata penjual hot dog, “Kerana saya mempercayai saudara.”

Jualan hot dog berganda dan baki wang tidak diambil pelanggan. Sebaliknya ia menjadi tip kepada penjual hot dog kerana rasa percayanya kepada mereka.

Saya menonton video ini dan teringat sekeping gambar yang pernah saya ambil sebelum ini. Gambar ini menceritakan perkara yang sama, di hadapan mata saya sendiri. Gambar ini diambil ketika saya menjadi sebahagian residen Kolej Kediaman Ali Abi Talib.

Penjualnya hanya meletakkan air minuman berkarbonat dalam bekas dan bekas duit di sisinya. Bukan satu tetapi ada dua lagi di blok berbeza. Tidak ada sesiapa di situ. Residen hanya perlu ambil dan letakkan wangnya di situ. Adakalanya ada yang datang menukar wang kertas kepada syiling.

Sebelum ini ada yang meletak bungkusan kerepek dan sandwich di tepi tangga dengan cara yang sama.

Baik di sini atau di negara barat, penjualnya memberi mesej kepada para pelangganya, “Kerana saya mempercayai saudara.”

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 358,561 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: