Sejam bersama Pak Samad di UIAM

Tinggalkan komen

September 12, 2007 oleh zamrimohamad


Kedatangan Sasterawan Negara, Dato’ A Samad Said atau lebih mesra dengan pangilan Pak Samad ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada hari ini ialah bagi memenuhi jemputan Persatuan Pelajar Perpustakaan dan Sains Maklumat, UIAM yang meminta beliau menyampaikan ceramah bertajuk, The Writer is Also a Reader: Reflections on Reading and Writing.

Beberapa isi yang sempat saya ambil dari ceramah beliau.

Mengapa penulis dahulu banyak nama?

Pertama, fanomena seorang penulis dengan banyak nama pada tahun 1956 adalah bersebab. Situasi penerbit akhbar ketika itu kekurangan penulis mendesak para penulis sedia ada menggunakan nama yang pelbagai untuk dimuatkan dalam akhbar. Ini memberi persepsi bahawa adanya ramai penulis yang bekerja dan menulis dalam ruangan masing-masing.

Mereka perlu mencipta dari dalam penulis-penulis itu. Bahan yang diterima dari luar tidak sesuai, maka inilah alternatif yang digunakan mereka. Allahyarham Datuk Dr Usman Awang mempunyai 20 nama berbeza dalam dunia penulisan.

Koleksi buku peribadi di perpustakaan sekolah.

Pak Samad berkongsi cerita zaman sekolahnya. Ketika itu sekolah beliau memerlukan banyak bahan bacaan perpustakaan. Tetapi permintaan yang menunggu jawapan yang lama menjadikan Pak Samad membawa buku-buku milik beliau sebagai koleksi perpustakaan di kelas.

Sungai Road merupakan tempat beliau membeli buku-buku. Kebanyakan buku-buku yang dibelinya berkaitan dengan kesusasteraan Inggeris sekitar akhir kurun ke 19 dan awal kurun ke 20. Dibeli dengan harga serendah 40 sen, Pak Samad membeli buku-buku dan menjual kembali ke sekolah.

Pengalaman di agensi penerbitan akhbar

Bermula sebagai penulis untuk akhbar sayap kiri Fikiran Rakyat, Pak Samad mempelajari tiga formula ahli politik yang digunakan sehingga kini, iaitu:

Ahli politik perlu perlu bertindak

Vigorously
Seriously
Emotionally

“Kami bukan orang parti atau politik, ada masanya saya pergi minum kopi dengan rakan wartawan yang ditugaskan menghentam akhbar tempat saya bekerja,” katanya.

Pengalaman di kedai buku

Pustaka Antara di Kuala Lumpur antara kedai buku yang pernah dikunjungi beliau. Malah penjualnya memberi diskaun 40 peratus bagi buku-buku dari Indonesia yang dibeli Pak Samad.

Nasihat

“Tidak ada cara lain melainkan saudara melengkapkan diri saudara. Baca.”
“Dunia bergerak terlalu laju, jika saudara tidak membaca, maka saudara akan membuat banyak accidental decision (keputusan secara kebetulan dan terburu-buru).
“Kita tidak boleh memilih menjadi semua. Pilih satu jalan dan ketahui jalan-jalan lain.
“Jika hendak jadi bodoh, tidak perlu baca buku. Terlalu berjimat juga boleh buat kita jadi bodoh”

Budaya buku Pak Samad

Beliau membaca buku-buku pemenang anugerah, sebagai sasterawan adakalanya respon hadirin yang datang meminta komen mengenai penulis-penulis pemenang anugerah tempatan dan antarabangsa. Katanya kepada hadirin, beliau pernah membelanjakan sebanyak RM2000 sehari bagi membeli buku. Ada waktunya beliau meminta petugas kedai buku menyimpan buku-buku pilihan untuk dibeli kemudian.

Kini beliau sedang membaca buku Ayat-Ayat Cinta dan buku-buku berkaitan seni. Ramadan ini beliau mengkhususkan dirinya bagi pembacaan buku-buku agama.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 363,129 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: